SALAM MAAL HIJRAH 1432

Monday, December 06, 2010 PCL 5 Comments



Bagi mereka yang sentiasa alpha dengan tahun Masihi apabila ditanya bersamaan berapa haribulankah bulan Hijarah hari ini, maka ada yang 'ter anu-anu' untuk menjawabnya...
Usah dikata orang lain , aku sendiri pon terkebil-kebil mengingatkannya...

Nyaris aku tidak kelupaan tentang ini...
Bila Maghrib menjelang, tahun baru pun datang. Datangnya sungguh indah jika disambut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Berdoa untuk yang terbaik sepanjang tahun baru yang datang... 1431H pergi dan datangnya 1432H moga beroleh keberkatan hidup kita sekeluarga.

Apa yang perlu kita buat...
Sunat berpuasa dari 1 Muharam hingga 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Teruskan berdoa sepanjang sepuluh hari pertama mohon perlindungan dari syaitan yang nampak kita, tapi kita tak nampak dia. Mohon kepada Allah agar syaitan jadi putus asa menggoda kita sepertimana syaitan-syaitan tu putus asa daripada rahmat Allah dan diputuskan daripada keampunan Allah.

Salam Maal Hijarh dari PCL sekeluarga.

5 comments:

  1. salam pcl...
    tahun baru ni 1432h kan?

    ReplyDelete
  2. kan dah salah tu..tu la aku ni dah nyanyok agaknya...thks SZ

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrahh pak cik lie.....

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrahh dari saye ...

    ReplyDelete
  5. selamat BERHIJRAH.., salam Maal Hijrah & selamat Bercuti

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.