Mai mengaji ngan Atok...

Friday, January 29, 2010 Nazlee Ismail 1 Comments

"Kau la dulu...kau la dulu..semalam aku dah dulu..."

Teringat zaman aku kecik2 dulu...mengaji Quraan lepas solat Maghrib adalah satu kewajiban dalam rutin hidupku. Dulu sewaktu di kampung abah n mak aku yang mengajar kami adik beradik mengaji kekadang tu kalu depa kepenatan setelah seharian memeras keringat di sawah bendang maka atok n nenek aku takeover..mengaji ngan mak atau abah cepat sikit habis tapi yang tak tahan tu kalu silap baca kene cubit...aduuuyai..bukan sedap tapi sakitla..kekadang tu kami adik beradik berebut2 ..sampai bertolak2 bukannya nak baca dulu tetapi sebaliknya..hehe.., dalam sebulan tu ada la 2, 3 kali menangis ..hahaha tau la tu kan sebabnya...kena cubit la..

Kini giliran aku pula ...

Lepas solat maghrib jer adik n kakak dah bersiap dengan alQuraan n Muqaddam masing2.

mamaDian ajar adik Muqaddam n aku ajar kakak Quraan..biasanya hari Jumaat, Sabtu n Ahad jer yang ada kelapangan macam ni..lain2 hari diaorang ade tusyen.

Menitis air mataku bila kenangkan peristiwa lalu bertapa payahnya mak abah kita mengajar anak2nya untuk menjadi orang2 yang berilmu...walaupun aku tidak sebaik mana kebolehan mengaji seperti mereka, tapi aku akan sedaya upaya melapangkan masa untuk mengajar anak2...Sebenaqnya petang2 pon depa dah belajaq Quraan kat KAFA...masa dulu2 orang panggil sekolah arab @madrasah...aku buat ni sebagai ulangkaji untuk diriku sendiri...lagipun masa keje shif dulu mana sempat semua nih..

Sykur Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dariMu Ya ALLAH.

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Diet sihat

Wednesday, January 27, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Makan untuk hidup..bukan hidup untuk makan..hehehe, jadi apa guna diet ??

Sebenarnya tiada istilah diet dalam hidupku..maupun keluargaku..kalau ada kesempatan makan, aku tak akan lepaskan peluang untuk menjamu selera..

Tetapi semenjak kebelakangan ni aku rasakan diet itu perlu untuk kesihatan, memandangkan faktor usia dah meningkat dan juga mungkin kerja atau jumlah tenaga yang digunaka tak balance dengan amalam pemakanan seharian...senang katalah, makan banyak kerja kurang..sendiri mau ingatla..dulu kerja banyak , makan kurang...lu pikir la sendiri.

Sempena Maal Hijrah 1431H...selain dari muhasabah diri dan memperbanyakkan amalan , aku juga berazam nak slowkan sikit pasal makan-makan kat luar ni..maksudnya makan kat rumah saja lah., kebetulan pulak mamaDiana n anak-anak dah berhijrah kat sini , so dapatlah kami bincang pasal menu diet yang perlu untuk kami sekuarga..kalau anda nak ikut pon boleh la try..

MANU A

Minum Pagi (8.00am-10.00am)
# Roti gardenia (2 keping) @ biskut tawar (6 keping)
# Susu rendah lemak (1 gelas)

Makan Tengahari (12..00pm-1.00pm)
# Nasi (1 1/2 cawan), ikan bakar (1 ekor sederhana), sayur daun (cth salad 1 cawan).
# Buah-buahan
# Teh o kurang manis (1 gelas)

@

# Mihun sup (1 1/2 cawan)+isi ayam+sayur sawi
# Buah-buahan
# Teh o ais limau kurang manis (1 gelas)

Makan Malam (7.30pm-8.00pm)
# Nasi (1 cawan)
# Sup sayur campur , cth ubi kentang+lobak+sawi+fishball
# Buah-buahan
# Air masak

Manu B

Minuman Pagi (8.00am-10.00am)
# Roti gardenia (2 keping) @ biskut tawar (6 keping)
# Nescafe kurang manis (1 gelas) (cth : 2 in 1 cafe)

Makan Tengahari (12.00pm-1.00pm)
# Nasi ayam (nasi putih) (3/4 cawan)
# Ayam (1 ketul)
# Buah-buahan
# Air kosong (1 gelas)

@

# Nasi (3/4 cawan)
# Tomyam - isi ayam.sayur campur
# Buah-buahan
# Air kosong (1 gelas)

Minum Petang (3.30pm-4.30pm)
# Kuih (kurang manis/goreng/santan) (1 biji kecil)
# Air kosong

Makan Malam (7.30pm-8.00pm)
# Sandwich telur+salad
# Yogart/Susu rendah lemak (1 gelas)

@

# Oats (6 sudu makan)
# Susu rendah lemak (4 sudu makan)
# Milo (1 cawan)
# Buah-buahan

...

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cucur Udang mamaDiana..yum..yum !

Wednesday, January 27, 2010 Nazlee Ismail 1 Comments

Hari-hari tiap pgi sarap roti teloq kekadang tuh boring gak..sesekali nk gak try yang havy sikit...Fuhhhh!!! bau teramat sedap ..belum makan dah terasa satu rumaah bau kucai kena goreng...mamaDiana hari ni buat cucoq la pulak...berminyak sikit takpa bukan selalu...

Resipi turun temerun dari ibunya semamngnya tiada tandingan dgn yang jual-jual kat pasar malam..yang tuh diaorang buat lebih kurang jer..janji boleh jual untuk hari tu..

Sendiri makan mestila mau buat yang sedap-sedap ..betoi tak??

Cucoq febret anak-anak aku gak...tapi no sayoq..hehe budak zaman sekarang ..makan pon memilih.

MamaDiana buat lebih harini sebab nak bagi kat jiran-jiran katanya..bagi la depa rasa sama ..yang sedap kita cerita kat orang n yang tak sedap tu kita diam-diam ja lah..tak gitu mama..hehe.

Ni dia cara-cara membuatnya :

Bahan-bahan,

Tepung gandum,serbuk penaik, garam, air , telur ayam, taugeh, kucai dan udang.

Adunan ,

# Tepung (500g). air (2 cawan), serbuk penaik (sedikit), garam(secukup rasa), pecahkan telur (sebiji) -- gaul semua sekali sehingga sebati, kalau pekat sangat tambahkan air sedikit.

# Setalah sebati adunan tadi barulah dimasukkan taugeh,kucai dan udang mengikut kehendak anda.

# Panas kan minyak untuk menggoreng --- api kena jaga sikit, jangan terlampau kuat nanti bahagian dalam tak masak, dan jangan pelan plak nanti masuk minyak pulak cucuq tuh...

>> dah siap untuk dihidangkan dgn kuah sos

p/s : Kalau nak buat sendiri kuah sos pon boleh..senang jer..

# Kisarkan (bland) cili merah,bawang putih, cuka,garam , gula secukup rasa dan sedikit air.

..

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Char KTeow

Tuesday, January 26, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Resipi dari mamadiana.

Bahan-bahan

K.teow,kicap cair ,udang ,gula,minyak masak,taugeh,kucai , telur ayam dan air.
Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar)
Bawang putih + air (bahan dikisar)

Cara Memasak

# Panaskan minyak masak (2 sudu besar) ,tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (3 sudu besar) ---- tumis sampai cili masak ,

# Masukkan udang (10++ ekor bersaiz sedehana besar, kicap cair (6 sudu besar), air (2 cawan) gula (secukup rasa) ,

# Masukkan k.teow (600g), taugeh dan kucai (agak2) ,

# Pecahkan telur ayam(3 biji) ---- kacau sama rata sehingga masak.

>> Anggaran masa memasak/ goreng ialah 3 minit (bergantung kepada saiz api dapur yang digunakan)

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Char koey teow Penang.

Monday, January 25, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Fabret sebelah keluarga mertua aku..jalan-jalan cari makan..bajet tong-tong la...

degaq kat mana makanan sedap..sampailah...selalunya sekitar Sg Petani dah familiar sangatlah...faberet kami kat warong-warong ja la...low profile sikit..hehe.

Sebenaqnya makan kat mana pon sama jalah, yang pentig sedap..keselesaan tu no.2...

makan dulu baru tau!!

Bukan tak masak kat rumah..tapi saja nak rasa makan kat luaq..tak la tiap tiap hari..ikut keadaan semasa jugak...selalunya awal bulan atau hujung bulan..awal bulan mak mentua dapat pencen, hujung bulan akulah pulak..baru dapat gaji..biasanya sebulan 2 kali paling kurang la tuh..ini adalah salah satu cara kami mengeratkan hubungan kekeluargaan...bukan setakat kami saja, kekadang tu ipar,mak menakan,sepupu pun joint sama..fuhhh! meriah ooo!...tapi kalau orang yang berada sikit tu..macam Kak Intan selalunya diaorang la yang belanja..sesekali balik kampung.

Tak dinafikan keluarga sebelah Diana memang kuat makan, bukan nak mengata tapi kenyataan..tengok saiz la hahaha...tapi apa pon semuanya best sebab dengan cara sebegini kami bahagia...alhamdulillah aku dapat famili yang happening tapi kekadang pening jugak sebab nak buat bajet.

Makanan kegemaran kami selalunya berubah mengikut citarasa masa tertentu..ada masanya char koew teow,tomyam,ikan bakar...emmmm macam-macam lagi lah..

Hari ni aku nak kongsi resipi char koew teow...sendiri punyalah..takdak copy mana-mana tau..disebabkan dah banyak kali makan masakan orang sesekali tu aku cuba jugak nak buat sendiri...ternyata hasilnya cukup menbanggakan diriku ...sebelumni tak penah tau pasai masak memsak..tup-tup dah boleh buat resipi sendiri Original pulak tu...dah boleh buat sendiri rasanya makan char koew teow kat luar dah semakin kurang...save budget..rm3.50 biasa, rm5.00 special...mahal tuh.

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Adik (nurhanis umairah)

Friday, January 22, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

..Ingin diriku dekat dihatimu berdua kan kita bersama...lalala..(lagu Aril versi adik)

macamtula lebihkurang adik mendendangkan lagu Aril yang selalu kedengaran bila dia happy..maklumlah hari-hari dengar kat astro...ada lagi lagu-lagu lain Stacy n Akim...emmph! sedap jugak....tapi aku tak reti nk nyanyi langsung.

Nurhanis Umairah Binti Muhamad Nazli, dilahirkan pada 14jun2001 kat privet hospital Sg petani.

Tup..tup dah besar pon budak ni..dah darjah 3 skang ni..bersekolah kat SK Kanchong Darat Banting..sekolah baru la ni..sblum ni kat SK Sg Lalang kedah..

ADIK..pangilan manja kat rumah..tapi kt skolah ada yang panggil Hanis..anis..Umairah...tapi dia tak kisah pon .

"Rupa ikut abah..perangai ikut mama" kata orang-orang sekeliling yang mengenalinya...biasala nak ikut sapa lagi kan.

Dari kecik sampai skang ni tak penah berenggang dengan mama...emph! anak mama la katakan.

"adik....bawak bekal apa hari ni?"...saja aku tanya walaupun dah tahu jawapannya.

"adik bawak roti teloq..."

anak aku sorang ni dari tadika lagi tak penah bawak sekupang pun duit ...bagi dia tak best makan kat kantin..tapi kami dah tau ..dia ni budak yang pemalu...pasai tulah dia jadi macam ni...

"adik..rehat dengan sapa hari ni?... tanya mama.

"dengan kawan adik la...tapi depa mintak roti adik..depa dah beli pon depa nk makan adik punya"

Roti celup teloq adalah febret adik dan kami skuarga bila bekfes..kalau beli sebuku roti gardinea pack besaq..sat saja kami bedal...hantu roti btui !.

"Maaa...esok cuti skolah kan??...adik nk tidok ngan mama.
Masa aku duduk sini sorang-sorang , depa tidoq sekali..tu pasai windunya nak tidoq ngan mama ...teringat la. Kat sini depa ada bilik sendiri..tidoq ngan kakak dia ja lah.

Hari -hari sebelum masuk tidoq peluk cium anak-anak dan solat berjemaah dah menjadi rutin dalam kluarga aku.

adik apa lagi..masa ni lah dia nak amik kesempatan...nak cium ketiak mama..nak tunggu hujung minggu baru boleh tidoq sama..kadang-kadang aku tengok dia ni melucukan..ikut sapa tak tau...mama kata bukan ikut mama arrrr!...abih tu ikut abah la kot masa kecik-kecik dulu...taktau lah.

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Villa Kejora ...Pengenalan dalam Dunia Hidupku

Thursday, January 21, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Dari segi keperluan hidup dan memulakan
hidup baru setelah sekian lama...terbelenggu dengan bersusah dan payahnya bermajikan dengan kerja kampeni kilang jepun....siang dan malam kerja..sampai tak bermasyarakat dgn tetangga..anak pon boleh tak kenal bapak dia..

pergi kerja gelap subuh , balik pon sama jugak.. gelap malam .dan sikap pon dah macam org jepun, cari kerja dan enjoyed. 

10 tahun lebih menempuhinya dengan kesabaran yang sememangnya sebelum
ini aku sangka kerjaya itu adalah yang terbaik dalam hidupku...

tahun 2007 ,  Industri perkilangan mulai gawat, ..ramai rakan seperjuangan beralih arah kepada kerja dengan sektor kerajaan.

Sukar dipercayai kerana sudah beberapa kali aku mencuba nasib dengan isi borang SPA, interview beberapa kali ...tapi yang ditunggu tak juga tiba sehinggalah ...

9hb Jun 2008..masih aku ingat lagi tarikh itu, ...Lapor diri dengan Kementerian Kerja Raya Persekutuan...

surat rasmi berbunyi.."Sukacita dimaklumkan saudara telah berjaya....".Syukur Alhamdulillah.

kini Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi adalah majikan baru sekarang..dan syukur juga kuarters masih baru, Villa Kejora...nama diberi untuk kuarters/rumah jabatan telah ditawarkan.

Peringakat permulaan kehidupan di sini agak ketara juga ..berjauhan dengan
keluarga tercinta...aku di sini, Banting Selangor  dan mereka di Sungai Petani Kedah..

...segala pengorbanan aku gagahkan untuk perjalanan Dunia Hidupku... #dunai yang hanya sementara..

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Salam pengenalan

Wednesday, January 20, 2010 Nazlee Ismail 8 Comments

Salam..

Selamat datang .....ke Villakejora.blogspot.com

#Buat semua keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Pertama-tamanya saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah Subhanahuata'ala kerana dengan limpah kurniaNya saya masih lagi berada di atas muka bumiNya untuk meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta dan mencoretkan apa yang rasa dan mahu untuk sama-sama kita berkongsi di Dunia Pinjaman ini.

Harapan saya agar blog ini dapat menggamit kenangan dan juga tatapan buat seluruh keluarga dan rakan-rakan khasnya generasi mendatang dalam Dunia Hidupku. Terima Kasih.

20 Januari 2010 ~ lafaz 'Bismaillahirrahim'  dengan rasminya blog ini bermula.

Sekian.

8 Comments: