TErcekik TuLang !!

Wednesday, March 31, 2010 Nazlee Ismail 1 Comments

* Nota: Aku dapat nie dari forwarded e-mail, sesiapa yg menulis benda nie aku rasa dia memang kelakar..... .... and not only that the message were well presented... ....... Nice!!!!
kredet kepada yang empunya idea....

Aku datang dari keluarga yg besar....16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh.. Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound: "apahal duduk macam nak berlari ajer...." "tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?" Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen....aku pun basuh tangan, Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 朒utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!! Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan m eja ....bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh.. Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah" Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? " Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! " Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman.. Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku... "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku. Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya : Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat... Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. " Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan... (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku... "Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer....Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. " Mak akupun buat..tapi masih tak jadi... Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..) Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman. PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat).

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mari sertai saya..CATCHEYE MALAYSIA.

Tuesday, March 30, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

Tak perlu tinggalkan komen anda pada entri kali ini cuma klik dan saksikan samada betul ke tidak tentang perkhabarannya..!!!

CUMA KLIK DAN DAN DAPAT WANG..!!!!

Salam..Tolong baca ni...1 sen pun tak payah keluar duit.daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes jom..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,ya, mudah saja, klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit, malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti.. katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak anda akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda perolehRM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300.. banyaktu .. anda tak nak ke? cepatlah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak.. untuk maklumat anda, keahlian catcheye hampir mencecah 90,000 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

Cara nak register:

2.Klik join catcheye now

3.Isi maklumat diri,IC dan alamat (penting)termasuk tel rumah..kalau xde belasah jer..sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4.Isi jawapan:soalan 1 jawapan A (atas sekali),soalan 2 jawapan B (yang tengah),soalan 3 jawapan A (atas sekali).

p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)

5.Klik agree and proceed..Ok siap kemudian apa perlu buat? a) klik sign in. b) lepas sign in klik reward panel. c) anda lihat akaun anda ade RM1 (bonus) dan link anda. d) Copy link anda dan gantikan link saya ini dengan link anda. e) postkan risalah saya ni di blog,Fb, buletin myspace & emailkan kepada kawan2 ataupun apa cara yang difikirkan boleh.

6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.percayalah!sebab benda ni 100% PERCUMA (FREE) REZEKI TUHAN YG BG..TP, KITE KNE USAHA JGAK KN?? TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)SILA DAFTAR KAT LAMAN WEB BAWAH NI...

FREE JE...XTIPU..KORANG TAKKAN RUGI APA-APA, TAPI ANDA AKAN BERTUAH(SERIUS MEMANG MENGUNTUNGKAN)X PAYAH KELUAR DUIT PUN...APE YANG PENTING CUBE DULU .......1 MALAYSIA 1 KLIK..SALAM

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Port Baik Punyaaa!!!

Monday, March 29, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

“ini udang manyak mahal woo..”, “ini sayur bagus , sedap woo, tapi mahal sikit la..”

Haiyaa!!…itu Nyonya sudah bikin aku geram..ingat aku tak da duit ka mau beli itu udang n sayur…aku baru dapat gaji la…

Ada sesuatu masa kita akan rasa tercabar jika perkara seumpama ini terjadi ..
Sikap peniaga di pasar yang mengkelas2kan pelanggan.
Tak semua pelanggan suka dilayan macam tu..
INGAT! korang tu berniaga…jangan hingat taukey kaya saja boleh makan udang fresh..aku pun boleh la..tapi kena usaha la sikit.

aku mancing kat sungai Banting....belakang McD.

Port baik punya !! tak tau lah sekarang macam mana..sejak ada Uptown kat situ aku tak penah mancing kat situ dah....

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Karnival Jualan Nissan

Thursday, March 25, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

NISSAN MEGA SALES

dia orang buat sale...diskaun gila2... bayar dlam RM400 atau RM500 dah boleh bawak keluar satu.. tak payah penjamin dan interest free tu!

KLIK sini.

Korang dah terbaca blog ni cubalah jawab yer teka teki nie..tak der hadiah pon...saja suka2

i) “1, 3 ada dekat, 8 tarak habis, 5 tarak, 6 tarak”…..(cakap slang Bengali Singh)…hey abang ansem/adik manis, Lu tau ka itu apa nombor kereta??

ii) “Ini bintang aiiya conpom jantan punya..bukan selalu ada ma..ini musim saja lo..lagi panjang dia punya badan, lagi banyak dia punya telor..Lu tau ka apa itu??

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

SATELIT MALAYSIA

Thursday, March 25, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

TiungSAT

RazakSAT

MEASAT

Pengenalan

Satelit buatan manusia yang pertama mengorbit bumi ialah Sputnik 1. Ia dibina oleh Soviet Union dan telah dilancarkan pada 4 Oktober 1957. Sputnik mempunyai orbit yang berbentuk elips dan berasa pada altitud di antara 225 hingga 950 km. Sepanjang berada di orbit ia menyiarkan isyarat bip selama 21 hari sebelum terbakar di atmosfera bumi pada 4 Januari 1958. Satelit memerlukan teknologi yang unik dan tahan lasak bagi membolehkan ia bertahan sewaktu proses pelancaran dan menghadapi persekitaran angkasa yang ekstrim. Satelit juga perlu membawa sumber tenaganya sendiri kerana ia tidak dapat menerimanya dari bumi. Ia harus mengekalkan orientasinya atau menghadap pada arah yang tertentu bagi menjayakan misinya. Satelit perlu mengekalkan suhu yang bersesuaian ketika berada dalam keadaan panas menghadap matahari dan keadaan sejuk ruang angkasa. Ia juga mestilah mampu bertahan dengan tahap radiasi yang tinggi dan pelanggaran dengan mikrometeoroid. Kebanyakan satelit dilengkapi dengan onboard computer bagi mengawal operasi dan misi satelit tersebut.

Tiga Segmen Satelit Malaysia Merencah Ruang Angkasa
Sumber: Harian Metro, 15 Julai 2009.

Malaysia juga mempunyai satelit tersendiri ke angkasa iaitu TiungSAT, MeaSAT dan RazakSAT

1. TiungSAT

Dilancarkan pada 26 September 2000 dengan jolokan satelit mikro pertama negara berlepas ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.

Pembangunan satelit mikro pertama ini diperkemas agensi tempatan, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd.

Sejurus TiungSAT-1 berada pada orbit yang ditetapkan, sistem kawalan di Stesen Kawalan Bumi ATSB terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus menghantar dan menerima isyarat komunikasi untuk berhubung dengan TiungSAT-1.

TiungSAT-1 itu mempunyai berat 50kg dan dimensi 690 x 366 x 366 mm yang beroperasi pada Orbit Bumi Rendah pada ketinggian 650km dari aras bumi dengan kecondongan sebanyak 65 darjah.

Tiga misi utama menjadi tanggungjawab TiungSAT-1 iaitu pencerapan bumi, ujikaji saintifik ‘Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment’ (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi.

Ia dilengkapi sistem kamera ‘Multi Spectral Earth Imaging’ yang mempunyai resolusi 72m dan sistem kamera ‘Meteorological Earth Imaging’ dengan resolusi 1.2km bagi menjalankan aktiviti pencerapan bumi.

2. MeaSAT

Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn. Bhd.

Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia dan perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii serta dari Jepun ke Australia Timur.

Antara perkhidmatan DTH adalah pemancaran program televisyen dan pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil.

Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuk perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan.

Kedua-dua satelit MeaSAT di bina di El Segundo, California, oleh Hughes Space and Communications Company (HSC) yang mana sekarang menjadi sebuah Pusat Pembangunan Satelit.

Satelit pertama dilancarkan menggunakan roket Ariane pada 12 Januari 1996, dari Kourou, French Guiana sementara pelancaran satelit kedua pula dilakukan pada 13 November 1996.

HSC bertanggungjawab membekalkan kelengkapan untuk stesen pengawasan satelit di Pulau Langkawi, Malaysia serta melatih jurutera Malaysia untuk mengawal dan mengoperasikan satelit.

3. RazakSAT

Pada masa sekarang, agensi di Malaysia memerlukan banyak imej satelit yang bergantung pada data, imej dan maklumat diperoleh dari satelit luar negara.

RazakSAT adalah satelit kecil kedua Malaysia yang berupaya membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa.

Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture) atau lebih dikenali sebagai MAC.

Ia sejenis kamera ‘pushbroom’ yang terdiri daripada lima pengesan berjenis linear (satu pengesan berjenis pankromatik dan empat pengesan berjenis multi-spektra).

Satelit itu dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS).

MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSAT, termasuk penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit manakala IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej RazakSAT sebelum diedarkan kepada pengguna.

RazakSAT dihasilkan menerusi kerjasama antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.

Info lanjut sila layari : http://www.angkasa.gov.my/

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Wednesday, March 24, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

(nie baru betoi2 road block..credit to google)

“You must slow down..this is road block”…hahaha aku masih ingat lagi ayat tuh..abang singh yang tahan keta aku masa melalui jalan selepas tol Sp Selatan…dah 10 tahun masa berlalu agaknya..
Tapi secara kebetulan pulak ayat tuh datang balik…keluar dari mulut mamaDiana pulak..mungkin dia teringat peristiwa dulu sebaik saja nampak road block kat depan tuh..
23 Mac roadtax dah mumphost, dah renew tapi tak sempat nak lekat lagi..masih ada dalam deshbord..
Waktu tu masa dah pukul 1155pm …lagi 5 minit nak masuk 24hb Mac..Di sebabkan keta banyak Q..pukul 1203 sampai turn keta aku pulak..releks jer cam tak ada pa2 ..

Polisia : “dah tamat tempoh nie encik !!..mintak kad pengenalan dan lesen encik”
Aku : “..Kenapa Tuan..ada masalah ke?”
Polisia : “ mana roadtax baru..encik tak buat lagi ka?”
Aku : “ ada..ni dia Tuan..maaf Tuan..tak sempat nak lekat..baru amik jer tadi petang….Tuan nak saman ke?”
Polisia : sambil tersenyum… “jangan lupa lekat ..cepat jalan..jangan main2 !.”
Aku : “Terima kasih Tuan”.

Kenapa kita rasa takut jer bila nampak polis ?? diaorang nie ada dolat (daulat) betoi ka??Selalunya kalau kita dah tau tak buat salah kita tak akan rasa takut pon…kalu ada salah pon buat releks je..tak gitu .

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nanoteknologi Dunia Semakin Mengecil ?

Tuesday, March 23, 2010 Nazlee Ismail 1 Comments

sumber dari : estidotmy

Sejak bermulanya era sains, saintis telah sekian lama mencuba untuk meneroka dimensi yang kecil ini. Bermula dari teori unsur dibina dari susunan atom, saintis meluaskan kajian dan kini atom bukan lagi teori. Malahan saintis sudah mengenalpasti kandungan atom.
Suatu ketika dahulu, kita sekadar dapat melihat unsur seni ini tetapi kini kita mampu mengubahsuai struktur seni tersebut untuk kepelbagaian penggunaan dan telah dikenali sebagai nanaoteknologi. Richard Fhilips Feynman yang beasal dari Amerika Syarikat merupakan saintis yang bertabggungjawab mewarnakan dunia tentang dimensi nanao ini.
Secara amnya,teknologi nano boleh digambarkan sebagai mengubahsuai struktur asas suatu bahan. Nano adalah ukuran yang dipakai dalam fizik yang berdimensi satu per billion meter.
Hasil-hasil dari kajian nanoteknologi telah pun digunakan hari ini. Di Jepun contohnya mereka telah mencipta satu papan tanda jalan yang berubah-ubah tulisannya mengikut peredaran musim. Ini berlaku kerana mereka telah mengubahsuai struktur nano bahan tersebut untuk berubah mengikut suhu.
Di Negara maju lain pula, mereka telah mencipta baju yang hanya sebesar tapak tangan tetapi boleh dipakai orang dewasa. Baju itu akan berubah saiz apabila direndam ke dalam air. Ini semua adalah hasil dari kemampuan kita untuk mengakses dunia yang kecil ini. Teknik ini boleh digunapakai dalam semua bidang dan tidak lama lagi, dunia ini akan dipenuhi dengan hasil dari nanoteknologi. Negara kita juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam arus perkembangan nanoteknologi ini dengan pelancaran pusat Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) pada 19 September 2006 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggariskan penggunaan nanoteknologi dalam pembangunan sains, teknologi, industri dan ekonomi mampan.

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

HADIAH mENARIK BEB !!!

Monday, March 22, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

HADIAH MENARIK BEB !

http://djepoi.blogspot.com

Salam semua..nie Bro epoi nak bagi hadiah kat korang ..TERJAH lah !!

kalau korang nak deco rumah/perkhidmatan dj with PA system contac terus dengan dia kat link atas tu.

Lu memang hebat n kreatif ..bukan saja nak memuji tapi gua nak belajar dari Lu bro..

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kain berlapis2..bila selak nampak bulu..selak lagi nampak bijik..

Monday, March 22, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

Haaa nie haa terbaikk dari ladang...bukan aku yang tanam..kebetulan diaorang baru kutip jer..adala informer kat ofis nie yang bagitau ..

bukan senang nak dapat yang fresh macam nie...murah pulak tu..

sebabnya tuan tanah kita yang punya..tu pasal dapat harga macam tu...

selalu sangat dapat free, sekali sekala kena bayar la..lima henggit jer setengah guni...

aku nak buat ape yer..

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

22 Degree Sun Halo Over Langkawi

Wednesday, March 17, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Sun Halo images by Norrafidah Saibaka.

Images were taken around 1.00 pm (17 March 2010) at Langkawi National Observatory by Nur Aishah Mat Yusoff.

22 Degree Sun Halo Over Langkawi
by Karzaman Ahmad. (17.03.2010)

A halo is a ring of light surrounding the sun or moon. Most halos appear as bright white rings but in some instances, the dispersion of light as it passes through ice crystals found in upper level cirrus clouds can cause a halo to have color.
Halos form when light from the sun or moon is refracted by ice crystals associated with thin, high-level clouds (like cirrosratus clouds). A 22 degree halo is a ring of light 22 degrees from the sun (or moon) and is the most common type of halo observed and is formed by hexagonal ice crystals with diameters less than 20.5 micrometers.

Sebelum ini pernah berlaku....

LANGKAWI, 6 Ogos (Bernama) -- Kemunculan secara tiba-tiba fenemena luar biasa pelangi penuh yang dipanggil "Solar Halo" atau "icebow" di ruang angkasa Langkawi hari ini menarik perhatian para peserta dan media yang membuat liputan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2007. Beberapa dozen jurufoto yang membuat liputan LID telah begegas untuk mengambil gambar pelangi penuh yang mengelilingi matahari pada kira-kira jam 2.40 petang, sebelum ia hilang kira-kira 20 minit kemudiannya. Bukan sahaja jurufoto yang tertarik dengan fenomena itu, Menteri Kerja raya Datuk Seri S. Samy Vellu, yang turut menghadiri LID, juga turut kelihatan di kalangan orang ramai mengagumi pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat itu. "Icebow" adalah satu fenomena yang sama dengan kejadian pelangi, terbentuk melalui biasan cahaya matahari melalui awan yang mengandungi kristal ais, bukan titisan halus hujan atau titisan air yang terkandung dalam udara. Kristal ais itu adalah dari awam "cirrus" berada pada satu kawasan yang mempunyai jejari yang luas dan berada pada satu ketinggian tertentu bagi membolehkan fenomena itu berlaku. Angin juga tidak boleh ada pada waktu itu dan matahari berada pada altitud kurang 34 darjah untuk membolehkan kewujudan "icebow" itu.
-- BERNAMA

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PAKCIKKKKK!!!

Friday, March 12, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Buat keje sikit dah terasa letih teramat sangat..HUH!!..

Tak payah korang cakap..memang selayaknya aku dipanggil pakcik..bukannya aku baru sadar tapi itu kenyataannya.
Dikelilingi anak2 sedara di sebelah keluarga aku maupun keluarga isteriku..

Pakcik, pakcik, pakcik...hahaha dah tua rupanya aku ni..

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku BENGANG ..Diaorang BENGONG...

Friday, March 05, 2010 Nazlee Ismail 1 Comments

Tempat2 macam nie aku dah malas nak pegi...untuk kali yang seterusnya...aku bukan nak ajak korang boikot..korang pikir la sama arr !!
Stesen Minyak Petronas Kanchong .
--->Bengang Sebabnya, 2 orang pekerjanya dah buat taik kurang hajar kat makcik kakak yang mintak tolong topup kan minyak petrol untuk kereta dia, siap maki2 plak depan aku, kata macam2 kat orang tu. "Weii!! bawak kete pandai , nak bubuh minyak tak reti..tak nampak ka aku tgh sebok nie..lain kali bawak basikal la.." "ape la punya bangang...isik la sendiri..kalu tak leh gak ..suruh la sapa2 kat sana tu.". Kebetulan masa tu aku nak bayar kat kaunter tu. Tengok kakak tu tecegat ,tecari2 orang mintak tolong , aku pon tolong lah dia.
Kedai Mamak Taufik.
---> Bengang Sebabnya, dah 2 kali anak2 sakit perut makan roti canai kuah cam nak basi, kuah yang sama dok perangat banyak kali, pas tu roti liat semacam jer..bawak air, jari sampai masuk dalam gelas plak ...Yeeakk!!
Kedai Nasi Lemak Kepak ayam.
---> Bengang Sebabnya, kalau nak jual nasi lemak, jual nasi lemak dah ler..dah itu kepakaran dia, ni tidak nak jual bende2 makanan lain , kalau buat okay, sedap rasa orait la nak tambah menu..masalah nya tak sedap langsung ! oder nasi goreg kampung yang sampai nasi goreng bodo jer...patutla cepat sampai..dah goreng siap2 rupanya.

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Friday, March 05, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Dah lama aku tak pegi memancing...sejak mamDiana n anak2 berhijrah ke sini..

Sebenarnya kitaorang ni kaki pancing jugak lah, dari Tokwan, mertua,pakcik,makcik,abang,adik, ipar semuanyalah...tapi aku bukan kaki pancing tegar macam sesetengah orang tu..asal nampak air jer cite pasal ikan..nampak ikan jer cita pasal pancing tapi masa memancig tu senyap jer tak cakap apa2..fokus la konon..

Nie hah !! hari Sabtu nie , aku bercadang nak pegi memancing , cadang jer lah jadi ke tak , tak tau lagi...dengar citer kawan cam best jer tempat nie..die dah pegi minggu lepas ..

...nie lah hasil nya

Dia cakap kat situ pon banyak ikan puyu...wah!!! bestnya tak sabar aku nak pegi..

tapi hari tu dia dapat free jer ..ada orang pasang pukat bagi dekat dia..so aku dapat la sikit...empphh! sedapnya puyu masak cili n goreng pon sodap nie!!

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

...terimakasih Bondaku..teringat kampung kita.

Wednesday, March 03, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam....rakan2 n kulaaan.

dah lama aku kadak balik kampung..kadak bisa bersurah banjar...kadak tahaga kulaan di sini..sibuk dengan gawiyan ..kadak sawat handak menjanguk kulaan di kampung...semuanya kadak..kadak..kadak..sampai blog ni pon kadak berupdate...
Di rumah ku kadak ada sapa yang bisa bersurah...kadak maharati !!
Hari Sabtu yang lepas mak aku ada datang dari kampung, saja nak ziarah kami di sini kebetulan dia pergi rumah adik aku kat Klang ari tu..datang sekali dengan adik2 ku yang lain, jarang sekali bondaku nak bejalan2 jauh, itu pon kalau ada yang bawak sampailah hajat. Kunjungan diaorang dengan membawa buah tangan spesel yang
mengigatkan aku kisah2
silam di kampung dulu...nak tau apakebenda nya tu?
...wadai kalakatar..bagi sapa yang berketurunan Banjar tu almaklumlah..tapi bagi mereka yang tak tau atau buat2 lupa...silalah klik link disini untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi.

...sambil makan2 dan sembang2 tuh teringat aku pada jalan2 kenangan semasa kami masih bersekolah di sana yang kini sedikit2 dimamah usia. Terima kasih pada sahabatku Awa yang mana aku telah cilok gambar2 dari FB beliau...nanti aku mintak izin kemudian..

Terima kasih bonda kerana datang kerumahku dengan buah tangan yang spesel tuh..

Kalau korang nak tau tentang kampungku sila klik disini.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

mengidam MOI sup sayur....

Monday, March 01, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

Mama...ada orang mengidam moi sup sayoq la...hehehe.
tak pa lah nanti mak mai sini kita buat makan ramai2.
Mak punya resipi lagi mantop..!
Ini moi bukan sebarang moi...Moi sup ni la buat Pak mertua aku masuk ICU dulu...sedih bila terkenangkan. Arwah Tok Abah penah kata kat kawan dia "moi bini aku buat tak sama macam hangpa makan kat kedai tuh..lagi sedap tau"..
Tapi bukan sebab musababnya arwah pergi meninggalkan kami..dah 8 thn arawah kembali kerahmatullah..Al-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.