Bini OK..Laki Yang Lebeh2..

Monday, May 31, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Dailog mengusik jiwa....

memuji ke mengeji nie...isteri pakcik terasa tau.. terasa tau.
.

Tuan Umah laki : Ohhh! bagusnya makcik nie...siap ada persatuan kunjung mengunjung lagi...nanti bila isteri saya dah habis berpantang boleh la dia join plak ye...
Makcik Siti : Saja datang nak menziarah isteri kamu..tadi makcik baru ziarah anak jiran kita tu..anak dia demam, semalam emergency pegi hospital..
Tuan Umah laki : Cepatnya berita makcik tau dari mana...Wah ! bagus la piring astro makcik..makcik beli kedai mana??
Makcik Siti : Apa pulak...makcik kalau setakat datang bergosip..tak nak la..
Makcik 2 : Panas la hari nie(sambil berkipas2)...kesian kat diorang nie, tak pasang aircond ke?
Tuan Umah bini : Takpe lah makcik..pasang kipas pon ok dah nie..
Tuan Umah laki : Makcik pasang jenis apa ye..bagus tak,..saya pasal harga tak kesah sangat..cakap je berapa..
Tuan Umah laki : Tak buat air untuk tetamu nie Yang..kesian, penat plak bersembang panas2 cm nie..
Jiran lain : Orang dalam pantang mana boleh buat air..tak payah la susah2..
Tuan Umah laki : a ah! betul jugak tu..dah nak Maghrib nie..budak2 susah nak jaga ..takut meraung malam plak nanti..
Makcik Siti : kitaorang balik dulu lah...malam2 kalau anak tak leh tido , panggil la makcik ye...
Tuan Umah laki : Elok la tu..nanti tak nampak jalan balik ..dah nak gelap nie.
Tuan Umah bini : Timakaseh la.. datang lg ye.

p/s : tak ziarah rasa bersalah, dah ziarah macam orang buat salah plak..emmph! cmnilah jiran dua tiga belah rumahku..rasanya last dia datang umah orang nie.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Orang beli tanah..Aku pon beli jugak!!

Saturday, May 29, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

Jeles2 betui...Depa semua dok pakat beli tanah...takpalah biaq pi kat depa..

La ni..Pakcik nak crita pasai kebun pulak...
Pakcik suka jugak pada kehijauan..
umah skrg nie rumah kerajaan je...kuarters semi-D..tanah mmg luas kat belakang kiri dan kanan..
jadi kalo nak tanam pokok dibolehkan tapi pokok renek dan sayur2 je..kena jaga btui2 supaya tak kelihatan semak pulak.
Cuti2 cm nie ada kelapangan sikit nak berkebun...Pakcik suka tanam pokok2 yang boleh dimakan.,,
kalau pokok bunga tu membazir je tanam ekeke..
best kann kalo kite berpeluang berbakti pada tanah..
kalo keluar umah tu tenang jek melihat kehijauan tumbuhan..
pastu kalo nak masak petik jek sayur kat belakang rumah..
Fresh gitu...

Adeh! terasa tua plak sebut pakcik2 nie..patut la sakit pinggang2 nie..mengagkut tanah baja dan mencangkul tadi...tapi takpa..keluar peluh cm nie bagus untuk kesihatan....

Nei hah ! korang dah beli tanah??....skrng nie member2 ramai dok cari beroker tanah...beli tanah nie untung..kalau ada duit beli la skrng...kalau tak nanti harga melambung..kalau tak pon beli je cm aku nie...

Korang dah beli..aku dah, baru je tadi..

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kuih Pau panassss!!

Thursday, May 27, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

Kawan : "hallooo bang...cermin kereta saya retak seribu la".
Aku : "lorrr...ko kat mana nie..apa masalahnya".
Kawan : "bang , tolong bang...saya nak pinjam duit..emergency la...saya kat tepi jalan on de way nak ke Klang"
Aku : "berapa banyak ko nak pinjam..."
Kawan : "seribu..."

Kawan pon kawan lah...mentang2 aku baru dapat gaji ko nak cekik aku..agak2 la kalu nak pinjam tu...setakat seratus dua boleh la...agaknya retak seribu kena bayar seribu kot...lastly aku tak bagi pinjam pon...sebab aku tau dah pasai budak nie..dan ramai dah yang terkena...
..
..
.
p/s : Beringat sebelum terkena...

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Serba tak kena..!

Wednesday, May 26, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

Wah ! bergaya nampak walaupun....

hohoho! ..siapa empunya badan betuah nie..jangan terasa ek!,..aku bukan nak mengata pada sesiapa..paham2 jer lah pada yang berkenaan..

Isteri2 yang punyai pasangan sebegini macho dah pasti akan berkata " saya suka lelaki perut buncit..takder orang nak menggatal..tak payah nak jeles2.." menyedapkan hati tapi hakikatnya hanya dia yang tau..alih2 suami plak yang menggatal, mungkin terlampau macho..dengan keadaan macam tu.. lagak macam bisnesman aka orang berada...haha macam tu plak dah...doneia2.

"hah ! abang jangan tunggu perut dah buncit baru nak sibuk...pagi2 minggu berjoging..petang2 hari berbasikal...apa yang nak dicari..keluarkan peluh boleh la..tapi kalau dah camtu..tak kan hilang buncitnya.." isteri mengomel.

Dulu2 sebelum dapat pingat PJK anugerah semulajadi penciptanya..takder plak ingat nak bersenam n diet ker...sekarang dah tak larat baru nak buat semua tu...
serba tak kena ye..bila kurus plak nanti ada plak orang kata "engko tak pandai jaga makan laki ker??..samapai kurus cam nie.."

Kesimpulannya , buatlah apa yang terbaik untuk keselesaan diri..puduli apa orang kata..asalkan sihat tak kacau orang lain sudahla.. syukur apa yang telah diberikan...
"JANJI BAHAGIA BERPANJANGAN"

p/s : kalau isteri 'buncit'...lagi seksi...aku suka.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Menambat hati Abangggg...

Tuesday, May 25, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Emmmmph!!! sodapnyer..

Alahai cik Puan semua..kalau nak menambat hati cik Abang korang tu kena tau la apa yg diaorang suka makan...haaa cam aku nie..kari kepala ikan..tak kesahla ikan apa pon, tak kan ikan sardin plak kot!! agak2 ler...
Nie ha..pagi2 lagi dah terbau aroma kari...pasti kari kepala ikan yg aku beli semalam...tak payah cakap atau suruh masak apa..tapi ini lah febret aku..tak sabar nak balik makan tengahari..ofis aku dekat jer...
Kalau korang tak tau masak kena belajar la.., mamaDiana dulu pon tak tau jugak...lastly yang terbaik dari mama...inilah hasilnya...membuatkan oner kedai mamak kehilangan customer..pasti bau kari lekat ditangan..makan guna sudu tak best!...ade idea nak hilangkan bau kari..hehehe..

Eh! korang si suami orang..jangan harap isteri jer nak tambat hati korang..sesekali belilah apa2 yang diorang sukaaa sangat...emas sebakul ker..ape sangat, gaji dah masyuk (gomen)...tunggu apa lagi, sama2 lah memahami antara suami dan isteri..jangan masa berkasih dulu jer romantik bagai..mintak jer semua dapat !!

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kembar tak jadi...

Monday, May 24, 2010 Nazlee Ismail 11 Comments

Telur 2 mata nie kalau goreng..berapa sen makcik cas nie !!?...

Sayang semuanya sudah terlambat...telur dah masak, kalau dibiarkan ibu ayam tu ramkan dulu telurnya...maybe dapat anak kembar...tak pon dua ekor dalam satu telur...mesti ada something spesel kan!...Allahhuakbar!

Sebenarnya pic nie amik dari Fb kawan aku,.. masa dia balik kenduri kawen, dapat telur nak cicah air asam..., tapi tak jadi nak makan...katanya takut!!..nanti dapat anak kembar siam plak...melekat, tapi bagi kita orang Islam wajib percaya..ketentuan dan takdir itu datangnya dari Allah SWT .Wallahualam.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ingat mengingati...

Friday, May 21, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

Jangan insaf seketika...selalulah berwaspada.

Kalau korang ada kat belakag lori macam pic kat atas tu..korang nak follow ke nak potong jer..??
Awas ek!..tu double line tu..biar lambat asalkan selamat..cari keadaan yg sesuai kalau dah rasa selamat barulah potong..ikut peraturan jalan raya, ingat orang tersayang..
Aku sekadar mengigatkan saja..sebab selalunya bila terpandang sesuatu musibah terjadi kepada orang lain, kita akan rasa tersentak..insaf seketika..itu bila terjadi pada orang lain..apa kata kalau ianya betul2 terjadi pada diri dan keluarga tersayang...beringat sebelum terkena.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selembut Sotong !..bkn aku yg cakap tau !.

Tuesday, May 18, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam, nak masak apa yang sedap nie...

eh! korang tau tak menatang ape ni...namanya selalu dikaitkan dengan sifat sesorang, kadangkala ia juga dikaitkan dengan benda2 macam pic bawah ni....hahaha saje jer nak tepek ..tapi ada betulnya kan?
macam sotong kering di jemuran...tak kesah la..tapi awas ek! nanti ada aktiviti mencandat plak kat kawasan perumahan
...

Sebenarnya ada kisah di sebalik tu...

Aku ingin berkongsi cerita mengenai kawan lelaki lembut.Suatu ketika dulu aku pernah belajar bersama pelajar lelaki lembut.Aku namakan dia ni ..Yusof (chup).Ketika itu Chup ni berada di Tingkatan empat.Orangnya memang cantik dan slim, mengalahkan perempuan.Kerja rumah yang cikgu bagi memang kemas dan dia ni memang baik.Tapi malangnya dia ni selalu diejek dan dipermainkan oleh pelajar-pelajar nakal. Sebabnya kat sekolah aku tu tak der perempuan.."wei ! sotong , hang mai sini"..Geram juga aku dengan sikap pelajar yng suka mengejek peribadi orang lain...jangan ingat aku geram kat dia plak...siut ! hahaha.

Selalu aku nasihatkan kawan2 lain agar tidak mengejek Chup dan bergaul dengan dia ni dengan baik.Semoga dengan cara macam ni, ia akan membantu Chup untuk kembali kepada fitrahnya yang asal.

Tapi,mungkin Chup tak tahan diejek dan mungkin juga ada kejadian yang tak diduga lagi memalukan...apa lagi kes ****t la..,dia pun berhenti sekolah.Selepas lebih kurang 5 tahun,aku bertemunya kembali .Terkejut tengok penampliannya yang bermake-up..m
emang nampak jambu.. sambil bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang lebih berusia darinya.

Kali kedua aku berjumpa lagi dengannya di sebuah restoran untuk mebeli sarapan .Ucup masih lagi bersama lelaki tersebu
t.Kami saling berbalas senyuman dan bertegur sapa...dia bagitau namanya sekarang Yus.. dia dari Kuala Lumpur.Tapi aku masih ingat lagi ayatnya...."Dulu lain.Sekarang lain"...aku tengok sama je dulu dan sekarang....rasanya lebih lagi kot dengan gaya penampilan nyah...mungkin saja untuk mengingatkan aku yang dia ni adalah seorang lelaki..Selepas itu aku beredar dari situ..

Aku tak malu untuk mengaku dia ni sebagai kawan cuma aku sedih dengan sikap masyarakat yang suka mengejek orang seperti dia ni. Sepatutnya kita membantu dia ni kembali kepada asal.Dapat tolong sikit pun tak pelah.Dapat juga pahala.Kalau kita tak dapat menolong, janganlah kita menyumbang kepada kerosakan hidup golongan ini dengan mencaci dan menghina.

Sebagai pengajaran dari cerita ini, kepada
ibubapa janganlah didik anak lelaki macam perempuan.Kalau tengok anak dah ada gaya nyah....hantarlah pergi buat aktiviti2 lasak seperti taekwando ker,silat ker...Yang penting banyakkan bedoa untuk kebahagiaan anak dunia dan akhirat.

“Robbana hab lana min azwaajina wa zurriyyaatina qurrota a’yun, waja'lna lil mutaqiina imama”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa”

Semoga Allah Taala memberi taifik dan hidayah kepada kawan ku Yusuf...(Amin).

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

LELAKI..apa kata anda?

Monday, May 17, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Cantik Vs Tak Lawa

Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

Ehhh! serba tak kena kan....

aku suka yang biasa2 saja....

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sarapan pagi...

Monday, May 17, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Salam ceria selalu semoga anda dirahmati dan dimurahkan rezeki..
Sebelum memulakan kerja kita perlulah bersarapan terlebih dahulu untuk mendapatkan kekuatan fizikal dan mental kita..
Sudahkah anda bersarapan, makan apa pagi ni?
Tak kisah la korang bersarapan di mana...yang penting amalan ini adalah perlu dilakukan untuk kebaikan diri sendiri.

Selalunya aku bersarapan kat rumah jer, tapi pagi ni mamaDiana tak sempat pulak nak buatkan..anak2 pegi sekolah awal..ada sambutan hari guru.

Awal2 aku dah sampai kat ofis, lepas antar anak2 pegi sekolah...
kawan2 ofis ajak sarap kat kedai kopi Wak Razak, memang selalu kitaorang makan kat sini..
biasalah ofis aku area kampung, so kat sini memang sedap kalau makan nasi lemak , roti canai, lempeng, dan kuih tradisi...fuhh! best.

"jom bos, Wak Razak..." member ofis ajak sarapan.
sambil makan sambil beramah dengan orang2 kampung yang memang selalunya bertepek kat sini...macam YB la pulak bila bersalaman. Orang kampung kat sini walaupun bertepek kat kedai kopi lama2..nampak biasa2..tapi diaorang ni kebanyakkanya adalah Usahawan IKS.

"bagi saya roti telur , neslo panas.." pesan kawan aku.
"teh o nipis kurang manis, makan.. lempeng " pesan kawan sorang lagi.
aku pun sama tapi lain sikit... "KOteh o kurang manis dan roti canai kosong".
...aku dah cakap seclear mungkin supaya diorang tak pikir benda lain...
tapi ada juga suara sumbang kat sebelah aku "weh ! cakap elok2 sikit...semalam tak dapat ker???..

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kejujuran Yang Menyakiti

Wednesday, May 12, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Sifat jujur biasanya akan member impak yang cukup besar dalam sebuah rumah tangga khususnya di alam perkahwinan. Lelaki yang jujur tidak akan menyakiti hati seorang wanita, sangat setia dalam perhubungan dan boleh dipercayai.

Betulkah dengan bersifat jujur boleh menyelamatkan rumah tangga?? Bagi aku rasanya tak betul tu..

Sebab untuk menjadi lelaki yang sempurna, semua aspek mesti diambil kira dan fahami termasuklah hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Lelaki yang baik adalah yang memahami akan tanggungjawabnya kepada keluarga dan juga urusannya dengan Allah SWT…harus diingat, lelaki yang baik tetapi tidak bersolat dan menjaga agamanya tidak berguna juga kerana semua ciri2 itu akan dinilai sebagai kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Lain orang lain ragamnya. Jika sesetengah wanita memilih lelaki jujur dalam hidupnya tetapi berlainan dengan cita rasa sesetengah wanita lain yang mungkin tidak menyukai lelaki yang terlalu jujur.

Antara ungkapan yang biasa di dengar :

"saya ada banyak kekasih sebelum nie, mungkin awak kekasih saya yg ke berapa tah..."

"jangan terlalu mengharap akan cinta saya kerana mungkin kita tidak sehaluan dalam banyak perkara"

Persoalan2 begini, ada kalanya boleh membuat wanita terluka dan tidak hairanlah mereka tidak menyukai lelaki yang terlalu jujur tentang rahsia hatinya.

Realitinya, dalam menjalin sebuah perhubungan, sikap meghormati sangat perlu ada. Baik lelaki maupun wanita, sikap ini saling mendukung dalam sebuah perhubungan.

Tidak dinafikan, sesetengah wanita cepat melatah apabila diberitakan kisah silam pasangan. Mereka akan cuba mencari maklumat itu sehingga ke akar umbi samada melalui kawan2, keluarga dan sebagainya. Sikap ini sebenarnya hanya akan merosakkan sebuah perhubungan sahaja dan tidak hairanlah sebagai lelaki kita perlu bijak mengawal keadan agar situasi ini dapat dikawal.

Jika anda ditanya tentang kisah silam, selagi tiada bukti yang jelas ditunjukkan di depan mata, jangan sesekali mengaku kerana hal2 sebegitu akan hanya menyakiti hati orang yang mendengarnya. Binalah kehidupan yang baru bersama pasangan anda. JANGAN DIUNGKIT KISAH SILAM...yang boleh menyakitkan hati.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Apa Saja ....

Tuesday, May 11, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

Wahai cikgu ku.....

Semalam petang Adik Hanis dah awal2 lagi cakap pasal nak bagi hadiah sempena hari guru..
Bulan Mei memang penuh dengan hadiah2...jangan pening2..ikut saja tapi patutkan kita meminta ataupon kita terima saja apa yang dihadiahkan !
  • adik : "abah, cikgu cakap kan..kalau nak bagi hadiah kat cikgu..jangan bagi bunga, cikgu tak nak bunga!".
  • aku : "habis tu Adik nak bagi hadiah apa?".
  • adik : "Tadi masa dalam kelas, cikgu ada tunjuk buku yang jual barang2 hadiah, banyak cantik2 bah..Adik nak beli pen, boleh tak bah?
  • aku : Cikgu tunjuk kat Adik ke hadiah mana yang cikgu nak?
  • adik : Tak la..tapi cikgu cakap kalau bagi pen kat cikgu, cikgu boleh guna selalu.
  • aku : Akak nak bagi hadiah apa pulak kat cikgu kak?
  • akak : emmh.. tak tau lah, kat koprasi ada jual macam2..tengoklah nanti.
  • aku : ada duit tak nak beli tu?
  • adik : adik tak cukup la bah..tinggal syiling ja...
  • akak : kak pon sama..hehehe.
P/s : Zaman aku.... tak da hadiah2 ni tau, yang penting belajar rajin2 sampai berjaya..tulah hadiah untuk cikgu2 dulu...

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak tau ..tanya, jangan main ikut saja!

Monday, May 10, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

Kisah1:

"Sembahyang tak susah, ikut je apa imam buat" pesan imam.

Allahu akhbar.

Tiba-tiba imam gatal telinga. Garu telinga.

Makmum pun semua garu telinga.

Imam gatal tekak, terbatuk la imam.

Makmum pun turut batuk-batuk.

Nak jadi cerita, lipas lalu atas kaki imam. Imam pun hentakkan kaki, nak halau lipas.

Makmum pun masing-masing hentakkan kaki. Imam hentak sekali je, tapi makmum bantai banyak kali...

Selesai sembahyang, lalu seorang makmum bertanya imam,

“Imam, tadi takpa ke saya tak hentak kaki, sebab kaki saya naik kebas….”

Kisah 2.

Imam baca ayat Quran dengan begitu lantang dan merdu, tetapi tiba-tiba tersalah baca….

Lalu makmum di belakang imam tegur,

“Salah tu mam….bukan macam tu”

Makmum di sebelah mencelah,

“Betul…betul…betul….”

Makmum yang lain menyampuk,

“Woi, dalam sembahyang mana boleh cakap, batal !”

Bersuara makmum lain,

“Nasib baik aku tak cakap”

Yang lain menyampuk,

“Cakap jugak tu”

Lagi makmum bersuara,

“Batal semua, aku sorang tak….”

Makmum yang dari tadi diam pun bersuara jugak,

“Bukan macam tu cara tegur imam daa…..”

p/s : sebenarnya kita nie bukanlah jahil sangat bab2 agama tapi saja malu nak bertanya..main ikut je.., sebaiknya carilah guru agama atau para ulamak dalam proses pembelajar agama supaya tidak terpesong dari landasannya.

Wallahu'alam.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Yang terbaik ...Bro !

Monday, May 10, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Anda bagaimana ??
Sempena hari ibu semalam...apa yg telah kita lakukan!
Dunia Hidupku menyikap kembali peristiwa semalam...

8Mei2010, lebih kurang pukul 10mlm selepas tengok AF , kitaorang sekeluarga pegi makan kat restoran , adik n kakak sentiasa rasa lapar bila time macam nie, selalunya mamaDiana dah siapkan masakan utk diaorang nie, tapi sempena hari ibu aku saja ajak makan kat luar . Suasana kat rumah kekadang rasa bosan bukannya apa...panas takda aircond..lagi pon boleh sembang2 dengan mood yg lain sikit. Lepas makan jalan2 cuci mata sikit tengok apa yang ada kat uptown Banting..mata boleh cuci tapi teling pulak yg sakit...karaok tah apa2..konon nak tujukan lagu utk ibu2..tapi kalu ibu diorang dengar tak tau lah..boleh sakit jantung kot!

9Mei2010, pukul 12 lebih kitaorang sampai kat rumah, Kakak n adik terus masuk bilik , diorang ada plan sesuatu untuk mama diaorang, kakak keluar dengan senyuman.."mama selamat hari ibu..nie ada hadiah utk mama". Adik pon sama juga..."mama adik tak da hadiah la..tp adik buat kad nie ja utk mama..adik tinggal syiling ja maa...ok tak ma?".Mama pon terus berpelukan dgn anak2nya...terharu la pulak aku.

Aku teringat pulak kat mak aku kat kampung...so malam2 buta cam nie sms ja lah..
"Ya Allah, kurniakanlah kebahagian kepada ibuku ini, ibuku yang cantik, kuat dan sabar..aku sangat menyayanginya...." , dan sms seterusnya yang sama buat ibumertuaku.
Pukul 4am aku tersedar dari tidur oleh reply ringtone sms dari bondaku "Semoga Doa Ibu Allah Peliharakan"..ringkas saja, biasanya mak dan ayahku dah bangun awal memasak untuk bisnes kedai kopinya.

Pagi2 lagi aku dah bersiap2 kat dapur , buat sarapan nasi goreng untuk diaorang, mamaDiana masih kat bilik lagi n anak2 ku kat bilik diaorang , pon sama jugak...semalam tidur lewat...hari minggu lagi lewat la bangun....biarlah sekali sekala.

Pukul 9am , aku ajak mamaDiana pegi pasar, beli ikan lampam 2 ekor n isi ikan patin sepotong...hari nie aku masak!
Masak memasak nie aku dah biasa, tak lah janggal sangat kat dapur...manu masakan aku simple ja.. febret kitaorang lah nie..masak cili daun kari ikan patin n masak kicap ikan lampam..masak lebih sikit utuk malam sekali.

Aku tengok, sepanjang hari tu, mamaDiana happy sangat..mungkin apa yang dia harapkan tercapai..sebenarnya aku tak penah tanya pon apa yang dia nak sempena hari ibu.
Begitu juga harapan ku pada bondaku dan ibu2 sekalian.

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Apasal 'catwalk' kat sini plak.. aduuus!

Thursday, May 06, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

Apa pon keja yang kita lakukan mestilah ikhlas...
macam korang jugak...aku pon sama..taip entri waktu keja...hahaha ..baguskan macamnie...
tapi tak kesahlah..kalau ada masa terluang...
Bos aku kata.."korang buatlah apa suka, janji keja siap!!..yang lain2 tu pandai2 lah cover"
so , keja aku siap..korang aku tak tau lah...

tengoklah diorang ni tak lepaskan peluang !!!

Sebenarnya diaorang nie terima arahan pandang ke kanan..
...

...

..

.

FIRIIII DILIVIRYYYYY pacikk!!!!!! (iklan seng heng)

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Macho sangat ke???...aduuuuhai!!! owh bad!

Wednesday, May 05, 2010 Nazlee Ismail 10 Comments

sekadar gambar hiasan dari google.

Ehh! mengapa ya,remaja zaman sekarang lebih suka berseluar pendek?? Malah bapak2 budak pon ikut sama.. Tidakkah diaorang tahu, seluar panjang telah dicipta?? Ataupun diaorang tidak tahu cara memakai seluar panjang??

Aku pernah tengok dan melaluinya, di bilik2 bujang atau di asrama2 sekolah, remaja sekarang khususnya para muslimin lebih selesa berjalan ke hulu ke hilir memakai seluar pendek,boxer malahan 'seluar katok apek longsi!!Alasan mereka seluar pendek lebih berangin. Kalau hendak sistem pengudaraan yang baik, pakailah kain pelikat,letaklah kipas angin mini di dalamnya...hahaha! kan lebih kondusif dan effisien.

Ya, aurat kita wahai adik2 dan abang2ku. Adalah macho bagi aku untuk mengatakan bahawa lelaki lebih alpa dengan auratnya,walaupun aurat para lelaki tidaklah rumit seperti wanita. Tapi
harus diingat juga KAUM HAWA yang berseluar pendek mengalahkan KAUM ADAM......cermin2 lah diri anda...aku takmau cerita bab nie lagi..

Memang, aurat lelaki di hadapan lelaki sama dengan di hadapan perempuan iaitu antara pusat dan lutut, tapi makruh kepada perempuan melihat bahagian yang tidak aurat. Maknanya makruh bagi lelaki menayangkan kepada perempuan bahagian badannya yang bukan aurat.

Ada orang mengtakan pakai seluar pendek bawah lutut tu takper..tutup aurat jugak !!
tapi hakikatnya..
Apabila seseorang itu memakai seluar pendek di masa dia berdiri memanglah berkeadaan menutup luntut akan tetapi bagaimana keadaan bila di sedang duduk dan tunduk, seluar akan menjadi singkat naik keatas dan akan terlihat luntut manakala seluar yang menutp pusat tadi akan turun kebawah dibahagian belakang akan menmpakkan sedikit pinggul dan baju yang singkat juga akan singkat keatas. Ini akan menyebab kan aurat lelaki terbuka.

Tolonglah,bulu kaki kaum lelaki tidak mempunyai apa-apa daya tarikan erotik kepada lelaki yang lain,tetapi ia tetap aurat yang perlu dijaga. Dengan hanya membuka sedikit aurat,kita telah berjaya dalam pelaburan mendapat dosa. Tahniah! Sanggupkah kita??

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Jadi adik2 dan abang2ku sekalian, jagalah aurat kita masing-masing ye..?? Betapa banyak bulu kaki kita,ingatlah bahawa ada lagi makhluk yang lebat bulu kakinya...

yang masih teringin untuk bergaya .
...
..
.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kalau Boleh jangan menyusahkan ORang!!

Tuesday, May 04, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

"Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana

mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit
bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan
diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki
dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya
tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut."

Walau macam mana pun korang jangan risau..., simati akan pulang waktu siang sahaja...
dan mana lah tau kalau tetiba jer ade orang ketuk pintu memalam buta...mungkin salah setting ke...(
Dengan izin Allah, semua pasti boleh terjadi....)

ooowh bad!..jangan tahan kencing plak!.