Bukan ILusi...

Wednesday, June 30, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

"Alhamdulillah ...dapat balik aku punya..."

Bukan ilusi, tapi itulah hakikatnya...apa yang dihebahkan semalam telah sampai di telinga si pencopek tuh...barangkali ada spy yang telah diizin Allah dan mendapat hidayah untuk membuka hatinya...Alhamdulillah..tiada ungkapan yg terbagus dari mulut ku...aku gumbira sambil terfikir ada kebaikkannya tidak bersemuka dengannya..mungkin ada yang tak baik berlaku...tapi biarlah..hanya aku dan dia..dan spy itu yg tahu selain dari Allah tentang siapakah pencopek tuh.

Thanks pada readers yang bersimpati dengan peristiwa semalam..
aku takkan lalai lagi...walau di mana berada harus waspada !!

p/s : luahkan dlm blog ..kekadang tu bagus jugak kan !!...jangan korang mengumpat plak..tak baik sangat.

...
.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sumpah..Bomoh ..!!

Tuesday, June 29, 2010 Nazlee Ismail 11 Comments

Nie pasal orang tak nak ngaku..dah terang lagi bersuluh..barang tu aku yang punya....pasal ko suka barang tu..ko amik jer ..tak sound dulu..

"..itu harta Ahmad Albab yang punya...hahaha.."

Aku letak elok je kat situ... selalunya tak penah hilang pon..
bukannay kecik,..besar n berat plak tu...hoho..ko memang cekap...takder duit cakapla..
nasib baik ko nak kawen..aku taknak kacau ko...,
tapi agak2 la...takkan nak buat hantaran dengan duit haram kot !!

tak payah bomoh2...ko cabar aku plak...
dari pagi tadi aku mencari...ade ko kesah...tanya pun tak..buat donno jer..nyammm...pah!!

..
.

p/s : Sumpah ke sampah !!..jangan mudah melafazkan nya..

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ayam Kampung..

Monday, June 28, 2010 Nazlee Ismail 12 Comments

Nie citer real punya ayam tau..kan maen2..., sana sini aku dengar ade org nak wat projek ayam kampung..fuh lumayan kalau menjadik...

semalam bertandang umah abg ipar...pekena ayam kampung Alam Budiman..ada jual siap potong (sembelih), bukan cm Bangla beli sekor2 tak nak sembelih...fuh memang sodap..makan dgn nasi lemak plak tuh..

lepas tu dengar diorang citer plak biras aku nak buat projek nie...haha harap2 sukses lah, sepupu mamaDiana dah buat projek tu dah..rasanya kalau duk kat kampumg memang boleh buat bende nie sume..

Aku pon ade teringin niat di hati nak buat sama...
hari tu balik kampung terfikir apa aku nak buat dengan 'kerambas sabut' (tanya Paklongsifu if not understand) nie..dah nak roboh pon..
..
.
p/s : Harap raya taun depan bole makan ayam kampung sendiri...

;

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

'BerCuCuK TanaM '..

Friday, June 25, 2010 Nazlee Ismail 9 Comments

Ehh ! apesal mata merah jer tu... ngantuk ker ??

...
..
.

tanya pada penganti baru....baru masuk keja selepas bercuti..

aah paham2 jer la..

nak cover..cakap jer tengok World Cup semalam..

ringkas jer jawapnya....senyum simpul la plak !!

..
.

ada orang menyampuk.. "MJ"...kat belakang tu.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

TAK kesah sangat la...

Thursday, June 24, 2010 Nazlee Ismail 9 Comments

fUIyOOO ! duit masyuk !! orang gomen dah gaji la tu..

.

sms mamaDiana, suwuh dia buat kira2 apa yg patut kena bayar...sebelum jumpa Kawanku..nak cucuk kena tau dulu banyak mana yg perlu.

Dah sekian lama dialah akaunten aku...duit tak leh banyak kat tangan..biasalah aku nie jenis
tak pk panjang...semua anak nak beli..amik jer...tak der la nak pk2.

My wife pon ada pendapatan sendiri, itu dia kira sendirila..apa yang dia nak buat, tapi selaunya ktorang cmnie la..
gaji aku tanggungjawab aku..tapi dia yg buat kira2...
gaji dia plak...aku tak nak masuk kira... kekadang tu dialah selalu belanja ktorng makan kat luar...

so, malam nie apa plan... nak belanja makan kat mana...uppps! tak dapat gaji lg ek!...
nampaknya turn aku lah..(dah selalu pon).

p/s : tak kesah bagi isteri pegang duit..untuk kebaikkan belanjawan keluarga.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

On My WAY....masih terbayang2.

Wednesday, June 23, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

"Key Pad Lock"..hah yg tu terkelur dr mulut aku plak !!...(yg bagus kita ingat yg tak baik jgn ikut..style selibreti kita yg kena tangkap tu la).

Punya la berhati2 pemandu kate depan tu..perlahan sangat sampai aku mengantuk dibuatnya..nak overtake..keadaan tak mengizinkan..."sah dah ni mesti begayut tak pakai handfree nie.."..selalunya
macam tu lah.."tak pon org tua yg tak berapa nampak jalan..."

Aku dah la lambat sangat nie nak masuk keje...tunggu jer masa yg sesuai nak overtake...
dah dapat peluang..apa lagi , poootonglaaaa..

jeling kot tepi nampak la mamat ni ...buruk perangai rupanya..chaitttt!!

..sempat lagi tu mr Google snap pic nie..hahah..

p/s : Jangan dibuat benda2 tak senonoh masa memandu...bahaya diri sendiri dan org lain sama tau !!

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kongsi Baik punyer...

Tuesday, June 22, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Tajuk asal email ini ialah “Mata siapa yang tidak pernah menangis”….baca lah agar kita mendapat hidayah...

Kepada sesiapa yg belum baca lagi silakan lah baca sampai habes...aku pon tak tahu siapa penulisnya...Terima kasih atas karya yg menyentuh perasaan ku dan juga kpd fowarded email berkenaan.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan
beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan
itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa
pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga"
ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai
jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke
mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun
gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan
mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak
itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya
sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu
itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini
diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya
pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang
paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun
sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya lalu meneruskannya..

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk
terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada
anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng
ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan
terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan
tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang
menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat
alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak
disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula
yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang
seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang .

p/s : Ringan2 kan lah kaki untuk ke majlis2 ilmu supaya kita tidak terus lalai dan menyesatkan.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

BeRAMAS mesra !!...dulu dan kini..

Monday, June 21, 2010 Nazlee Ismail 11 Comments

Dulu, masa zaman minyak kelapa dibuat sendiri (zaman masa aku kecik2) ...'beRAMAS mesra' boleh digambarkan begini..

Memang mesra...ramas kelapa parut untuk dapatkan pati santan, lepas tu dimasak sehingga naik 'kepala' santan, asingkan dan kemudian masak lagi sekali sehingga jadi minyak...ramas mesra jadi tradisi seluruh isi keluarga dan jiran tetangga...nak skodeng masa balik kampung ari tu, dah tak der orang buat cm tu lagi..

Sekarang nie dah susah nak dapatkan minyak kelapa semenjak kelapa sawit dah jadi sumber utama minyak masak di negara ini.

Zaman dah senang..semuanya dah berubah..apa nak boleh dapatkan di pasaran...

Kini, Zaman serba maju..'beRAMAS mesra' semakin advance...
kalau tak sempat atau tak pernah tengok orang buat minyak kelapa...haaaa kat sini ada..
..KLIK sini.

P/s : bawah pokok kelapa...sebab tu tak jadi minyak.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih Anakanda...

Monday, June 21, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

Semalam hari bapa...selalunya hari ibu lah yang selalu sangat diingati oleh anak2...mungkin sebabnya mereka lebih akrab lagi. Semalam juga merupaka sambutan hari bapa yang kedua buat ku...yelah dulu diorang nie kecik2 lagi..mana tau semua nie...mama diaoranglah yang banyak mendorong untuk mereka mengingati hari2 penting dalam keluarga.

Aku hairan kenapa adik n kakak tak bangun2 tido lagi...dah dekat pukul 1 tgh. masih senyap sunyi umah nie...Aku n mamaDiana tinggalkan diaorang yang masih melayan tilam n bantal...ktorg pegi pasar n sarapan kat luar.

Sampai jer ktorg kat umah..kakak n adik wish "Happy Fathers Day" kat aku...
Ada something special untuk aku...dapat hadiah lagi.

"Semalam akak n adik buat nie untuk abah..sampai tengah malam Bah.."...owh!! patut la bangun lewat hari nie..

.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak PUas HATi...

Friday, June 18, 2010 Nazlee Ismail 11 Comments

I : "Kak, mai kira sat berapa smua nih..."
W : "kira sekali ka.."
W : "$$$.@@..."

cm tak betui ja dlm hati aku cakap...
mamaDiana dah mencongak ...memag sah dah kak tu kira tak betui...(menu prise ada kat situ)

Aku panggei kak tu kira semula...tapi dia tak mai, weter lain yg mai...kat belakang dapur aku dengaq
cm dia kata "awat tak puas hati tang mana lagi..." sebabnya mamaDiana tanya satu per satu harga makanan tu..
Sememangnya kami tak puas hati..dah la salah kira, dah kira semula pon ...bagi balen tak betui lg..
maaf pon dak..suruh org lain hantaq balen..kat belakang dok bising2...aku biasala..tp org pompuan cm mamaDiana..dia mmg detail sikit bab2 cmni..apa lagi panas la telinga..sampai umah dok tak habes lg geram dia...

Korang penah datang SP Pelaza dak, untuk org SP la ekceli...aku saja nak habaq kat hangpa..kedai cafe dianie kat tepi tangga belakang lif..dekat dgn kedai bundle ..senang aku cakap ja la nama kedai dia..Lynd Cafe...
Aku bukan suruh hangpa boikot...tak baik..takpa makanlah kat situ..lagi pon org kita meniaga , kita kena saport la...bukan ka!

Nie hah, untuk pekerja Lynd Cafe..wat la keja dgn ikhlas...aku sure yg kira tak betui tu bukan tokeh dia...maybe bukan secara tak sengaja ataupon sifat ego dia yang tak mau mengaku salah..
Aku tau ramai staf MPSP dok melepak@makan kat situ...tolong tegoq2 sat no...

p/s : Buruk Bahas Elok Rupa...tak dak makna semua tuh !!
(bak kata Marsha..takder maknernyer !!)

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

tak dak KAREN plak!!

Thursday, June 17, 2010 Nazlee Ismail 10 Comments

Emmph ..dia buat dah...semalam tak dak karen..nk tgk bola pon tak leh...baru dok komen blog SZ pasai nie..tup2 kena kat aku plak..hehehe..hantu btui!.

Tapi kat restoran mamak depan sana tu..ok plak..diorang guna genset kot...tak kesah lah...
mak aiii !! penuh...ramainya orang..aku nak menyelit kat mana nieh!..

kat umah dah kelam kabut..panas2 beb berkuap....diorang lepak kat luar, tak nak join aku tgk bola...tp tak lama pon blackout...cuma 2-3 jam je hehehe..(tak lama la sgt ...tenQ org TNB).

Nie hah! pesanan untuk korang yang duk kat Umah tinggi2 tu lebih2 lg yg guna lif..kalu masa2 emergency cmnie..jangan amik kesempatan plak..masa tak dak karen pon nak guna lif wat pa..nanti mcm2 terjadi...takut ada yang salah tekan plak...huhuhu..becareful utk kaum wanita khususnya..

...

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

OLe-Ole dari kami...

Wednesday, June 16, 2010 Nazlee Ismail 13 Comments

MMOOOhhhhh!!! kulit aku pon ko makan ke !!!

Mak aiii! kulit lembu..boleh makan ke??
arrr nie dia ole2 dari Banting untuk orang Sp..

korang penah rasa tak?

Ari tu sebelum balik kampung, kitaorang pikir apa yang nak di bawa ke sana...
mamaDiana col mak dia tanya pasal benda nie kat sana ada tak....katanya kalau kulit lembu tak penah jumpa lagi orang jual..untuk buat gendag adalah ...so , kalau dah cerita pasal bende makan lagi2 bende makan pelik, mak mentua aku memang excited...walaupun kolestrol tinggi...sekali sekala katanya.
Adik ipar aku cakap..setakat bawak balik kulit lembu wat pa..bawak la lembu sekor utk wat bbq..kuang asam toi!!...Diaorang kat sana tak penah terlintas nak makan kulit lembu...sama la , aku pon first time makan kat umah org kenduri kat sini...dah makan baru diorang bagitau ...wuuiiich!! memang sedap!, masak lemak cili

..WoW!!.

Tak mau citer pasal tu tapi citer pasal proses kulit lembu..ni pon tau sikit je dari orang2 sini..biasanya orang Indon/Jawa jer suka makan cm nie..
Selalu nya kalu musim korban ker.. diaorang ini akan ambil kulit2 tuh..setelah disiat kulitnya dan dibersihkan dahulu sebelum dipotong kecil bagi memudah proses pembakaran...
Tujuan utama kulit dibakar adalah untuk membuang bulu roma yang keras tuh... kulit dibakar sehingga hitam macam arang... setelah dipastikan semua bulu terbakar.. pembakaran juga bertujuan untuk membuang air/penyejatan supaya kulit menjadi tahan lebih lama..
Kulit yang hangus dikikis bagi membuang arang dan juga bulu2 sehingga ianya menjadi bersih semula.. kikis pun ala kadar je laa... selepas itu, kulit akan dipotong lebih kecil dan dijemur di panas terik matahari bagi memastikan ianya benar2 kering.. tahan lebih lama.
Kulit yang dijemur akan menjadi keras.. apabila hendak dimasak, ianya perlu direndam terlebih dahulu di dalam air bagi melembutkannya semula... kalu dah kembang.. rasa kulit kenyal2 jer ..heheeh..
Tapi sekarang nie tak payah susah2..pegi beli jer kat pasar2 tani..mesti jumpa punya...sebab kat sini dah ada kilang (IKS) memproses kulit lembu, lebih bersih n berkualiti...nak try..sekilo Rm8.00 jer.

p/s : pasal mak mentua aku nak sangat makan bende nie, sampai sanggup patah balik amik kat Perak..tertinggal dlm fridge masa aku singgah umah mak aku..

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MengIDAM !!

Tuesday, June 15, 2010 Nazlee Ismail 14 Comments

Buah jentik

Sapa pulak yang mengidam nie...
Kalau isteri yang mengidam..cari la benda2 yang senang yer..jangan nyusahkan para suami plak!!

Ini ada satu kes mengidam buah jejentik..yang mengidamnya bukan pompuan tapi lelaki...haaa tu yg payah tu..belum bebini lagi dah buat hal macam nie..aduuuuhai..opismate akulah nie!

Sebelum aku balik kampung lagi dah pesan jangan lupa pasai buah jejentik..maklumlah belah utara dulunya memang banyak buah macam nie..korang biasa makan ke?? Tanya kat mak mentua kot2 dia tau mana boleh dapat buah nie...alih2 mak mentua pandang semacam jer..ingat nak dapat cucu lagi kot.

Pasar tani, pasar2 malam semuanya tak dak jual buah jejentik...aku dah mati akai nak cari tang mana...sememangnya buah jenis nie tak jual kat mana2 pon. Tanya kat peniaga buah, diorang kata bukan musim lagi..buah jejentik nie kalau ada pon masa nak abis musim buah..la ni baru nak mula..patut la pon cari tak jumpa..

Last sekali aku penah makan buah nie masa aku darjah enam...hehee lama dah , hampir lupa aku cm na rupa dia...kalau nak makan isinya kena jentik dulu.."pegang tangkainya , lepas tu jentik.. bahagian kulitnya akan terbuka...isinya cm rambai, rasanya pon lebihkurang sama jugak..tapi saiznya agak kecik sikit..
So kalau korang ada info mana boleh aku dapat buah jejentik..bagitau aku..okeh !

p/s : buah jejentik@jentik ..bukan jentik2 (anak nyamuk)

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

macam pengantin ?

Monday, June 14, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Salam readers..thanks kerana sudi berkunjung ke blog ini...

Semalam kami sampai di rumah lebih kurang 10mlm setelah singgah menyinggah di rumah sedaramara..rumah kenduri sepupu kat Tasik Biru Kundang n rumah abg Ipar kat Saujana...,

terasa sunyi di sepanjang perjalanan sebab anak2 tak ikut balik sekali..diaorang masih ada kat sana lagi , diaorang nak ikut balik dengan sepupu2 nanti.

Dari Sg Petani pukul 9 pg terus ke Kundang..pukul 1 tgh baru sampai rumah kenduri..sebab lama dah tak ke sana, so nak cari jalan amik masa sikit..lupa.. dah 10 thn tak ke sana.

So, makcik2 semua tanya mana anak2nya tak ikut sama.."hangpa ni cm pengantin lah?..jln2 anak tak bawak sama..". Biasalah bebudak sekarang nie..mana suka kalau ajak p rumah adik beradik..lagi la kalau diaorang tak berapa rapat...kalau p jln2 makan angin..suka la.

"pesanan untuk kita semua.. google like u"

p/s : terima kasih atas doa kalian kerana aku masih di sini n terus berblog lagi...

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Syoknya Cuti...!!!

Friday, June 04, 2010 Nazlee Ismail 8 Comments

pic dari FB makngah..cilok baik punyer!!!

Wah2 ! best nampak kakak aka Nina n sepupu dia Alin ronda sakan dengan basikal pinjam....
Haa..cam nilah diorang kalau dah jumpa..mesti nampak hepi selalu...sama umur tapi saiz tak sama...
Semalam planing balik kampung sekali ..alih2 tak jadi pulak..pasai pa taktau lah..maybe diaorang balik minggu depan kot.
so nampaknya kitaorang balik terus je dari sini , maybe lepas magrib dari sini sebab adik n akak sekolah , last day ari nie! ...

MamaDiana lagi la hepi sebab sebelum nie dok kat sana tak der balik2 kampung...6 bln pon dah rasa rindu sesanggat dgn famili n member kat sana..so excited ..biasalah..org tino.

p/s : Doakan perjalanan kami selamat sampai pergi dan balik.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kerisauan melanda.....

Thursday, June 03, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Cuak rasanya semalam bila tetiba anak dara yang kecik tu demam..apa taknya sekarang ni tengah exam sebelum cuti sekolah..sekejap baik lepas tu demam balik..dah pegi kelinik tapi doktor kata demam biasa saja..Alhamdulillah Umairah nampak ok dah..dah pegi sekolah pon tegahari tadi...harap dia tak demam dah...kalau demam jugak mesti kena pegi hospital..

Apa yang merisaukan lagi bila dapat berita mengatakan ada kes denggi kat kawasan aku nie..dalam kuarters yang sentiasa dijaga rapi kebersihannya oleh kontraktor lanscape pon tak terkecuali dari serangan denggi...aduh! memang cukup merisaukan !. Mungkin nyamuk aedes nie datang dari luar iaitu di tapak binaan sebelah kuarters..

3 hari lepas anak jagaan kami ..Bartisya disahkan denggi dan sekarang masih lagi ditahan diwad, dan baru pagi tadi ada seorang lagi pekerja binaan dimasukkan ke hospital disyakki denggi.
Pihak berkenaan telah membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan dan dikhabarkan petang ini mereka datang untuk membuat semburan asap (foging) di Kawasan dalam kuarters..
Sebelum nie semburan asap telah dibuat minggu lepas tetapi hanya di kawasan sekitar kampung2 berhampiran saja.., mungkin ini menyebabkan nyamuk2 ini berpindah ke kawasan kami...

Untuk langkah berjaga2...aku akan pastikan diaorang tak keluar rumah dan tak akan buka tingkap waktu senja...sebabnya apa yang aku dapat info dari ibu Bartisya yang diaorang nie selalu buka tingkap tiap2 petang sampai ke pagi esoknya.. "nak dapatkan udara segar dari luar...bahang panas waktu siang tak keluar sebab tu kena buka tingkap2"...katanya.

Aku harap korang pon kena berjaga2 jugak...pastikan kawasan sekitar bebas dari nyamuk aedes..

p/s : dulu kat kampung2 tak ada denggi pulak..pakai kelambu bila tidur.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

ada Chemistery ker???

Wednesday, June 02, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Pernahkah anda selalu ada persamaan perasaan dengan pasangan anda?? apakah kaitannya , adakah ia berlaku secara kebetulan atau ada sesuatu yang belum pasti jawapannya..
Inikah yang dikatakan sehati sejiwa...ada chemistery!

"abang belikan saya air kelapa bila balik keje nanti ye.." pesan si isteri yang tersayang..
Sebenarnya apa yang dipesan oleh isteri itu telah dirasakan sebelumnya..suami dah siap beli pon kerana rasa gerak hatinya memang begitu.

Dalam kejadian lain pula, si suami bila pulang dari keje lalu berkata..
"wah! cm tau2 je abang nak makan kari kepala ikan hari nie..."
Sebenarnya si isteri dah ready awal2 lagi...

Walaupun sesuatu kejadian persaan sama itu adalah perkara kebiasaan yang dilakukan, tetapi ada juga perkara2 yang di luar jangkaan...sudah tentu ia akan menjadikan kita rasa dihargai selalu...
Ini lah dunia hidupku ..