Mahu Yang Terbaik...!

Thursday, September 30, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

untuk keluarga....

..Malam tadi kurang lebih jam 10 pm..ktorang pegi makan2 , saje sebenarnya memang kekadang menjadi kegemaran ktorang sekeluarga jln2 malam..maklumla umah takde erkon!..lagi pon akak punye besday tak berapa jam lgi tu..kata je aku nak buat seprise..padahal biasak je makan2 tu..adik ngan kakak tu mmg time diorang cmni, mitak2 makanan malam2..selalunya makan
roti kebuloq je..tapi malam nie nak makan lebih sikit katanya..

"kan malam ni kakaknye besday...kita makan luar Bah ye?..makan best2 sikit"
..alah cm tak biasa makan luar.

Sebelum ni mamadiana dah tanya kat kakak nak hadiah pe besday dia ni...
..tapi adik yg tolong jawabkan .."akak nak henpon"...huhu bukan main lagi no!...

aku kata takleh henpon2 ..lgpon budak2 skolah takleh pakai henpon baru..yang lama2 pon cukupla tu..tu pon mamadiana bagi kebenaran, kalo ikut aku tak perlu lagi la..nanti2 la..bukan masanya lagi.

So , dah habes makan lbh kurang jam 11.30pm ktorang balik umah...,
akak cm tunggu2 jer..takde ape2 ke utk besday dia...

gambar hiasan : mesra

kesian plak aku tgk..bisik2 kat mamadiana, tapi mamadiana buat2 tidur plak...
..yang tak tahan mulut tu adik la...lagi 5 minit jam 12.00 tghmlm...adik dah nyanyi lagu 'happy birthday to kakak'...lepas tu ktorang nyanyi lagi sama2..then mamadiana keluarkan present ...

taraaaaa....

nampak kakak sukaa sangat...rasa cm terharu sangat walaupon tak dapat apa yg diinginkan..
..hadiah ni pon dah lebih dari okey...mmg sesuai utk keremajaannya.
ekceli hadiah ni adalah sumbangan dari duit raya adik sama..walaupon tak banyak tapi rasa teringin nak share tu yang membuatkan aku n mamadiana bangga dgn budak kecik tu.

budak kecik..hanis umairah (adik)

aku punya hadiah lagi spesel...lain sikit dari biasa...
sebagai bapa aku cuma bagi nasihat yang aku kira akan menjadikan kakak seorang yang berdedikasi, berdikari dan sentiasa menjaga nama baik keluarga InsyaAllah mudah2an.

..sebelum ni, aku cuma memantau je perangai dorang...
aku nak buat stail 'Nanny 911'...korang biasa tgk ke rancangan di NTV7 (kalau tak silap aku la bulan2 yg lepas..skrg tak pasti ada ke lg )..bukannya 100% tiru diorang, tapi amik yang mana perlu dan patut saja..

maka hari seterusnya bermulalah episod 'Nanny 911' dalam rumah tangga ku...

>> gambar2 terbaru Nurhusnina..next post ok.

>> Salam.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selamat Hari Lahir Nurhusnina yg ke 13

Wednesday, September 29, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

30 September 2010

to

Nurhusnina Nazlie

Salam...

hari ni ..hari ulang tahun kelahiran anak ku yg ke 13 thn.
ehh! dah besar rupanya..walaupon orgnya kecik je...

Selalu je citer tentag adiknya , kaknya takde la sangat nak menonjol...biasala anak aku ni pemalu orangnya..

si kakak ni adalah lebih mirip kpd wajah mamadiana dolu2., tetapi lebih manja dengan aku.
saiz badannya pon lebih kurang mcm tu..kata mak mentua aku la...

walaupon di luaran nampak kool je...tapi di umah ktorang ni dialah yg suka menyakat adiknya...balik je dr skolah, mulalah usik mengusik dgn gelak ketawa...kekadang tu sampai makcik jiran sebelah pon tdengar suara diorang nie...kalau cuti skolah tu sampai ke subuh la jawapnya..ntah bila diorang tido pon tak tau la...

tapi kami sebagai ibubapa rasa sangat bersyukur kerana kakak sangat menghormati kami dan juga seluruh keluarga, harapan kitaorg agar beliau dapat mengekalkannya.

"malau kena pada tempatnya...jangan depan ibubapa buat2 malu , belakang lintang pukang,
abah taknak anak2 abah n mama jadi macam nie."

p/s : susah kan nak jaga anak pompuan...!

>...ada supprise !!

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tips ke arah ibubapa mithali..

Tuesday, September 28, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

>>>Siaran ulangan je..

gambar hiasan

Lazimnya ibubapa, pantang bila anak menegur walaupon tahu ianya ternyata bersalah. Jangan rasa tercabar..!

Pepatah melayu mengatakan"bisa ular tidak akan hilang walau menyusur dibawah akar",
Saiyidina Umar pernah berkata " kanak2 tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima, begitu juga dengan junjugan kita Rasulullah SAW kalau berjumpa dengan anak2 kecil, Baginda cukup hormat dan sayang dengan mereka sebab mereka tidak berdosa. Lagipun kanak2 menegur memang ikhlas, jangan endah tak endah dengan teguran mereka. Perasaan anak juga harus dihargai,
sesetengah orang tua jarang bercakap dengan anak2, kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan saja. Mulalah anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Tak ada tempat mengadu, cari kawan untuk meluahkan perasaan..dapat kawan yang okay tak apalah..kene yang samseng dah tentu ia membawa padah.

Dalam dunia hidupku..perkara2 semacam ini sentiasa diambil berat..malah akan dipraktikkan setiap masa demi menjaga keharmonian dalam sebuah keluarga. Kitaorang bebas untuk menegur sesama sendiri.

Di sini ada beberapa tips yang diikuti oleh dunia hidupku antaranya adalah seperti berikut :

# Mulakan hidup anak kita dengan nama pangilan yang baik, nama yang memalukan diri mereka akan menjejaskan kredibeliti dan rasa rendah diri mereka.

# Peluklah anak kita setiap hari sekurang2nya lima kali sehari (ada kajian mengatakan, kekuatan IQ akan bertambah berbanding mereka yang tidak dipeluk).

# Pandanglah anak kita dengan rasa penuh kasih sayang, keyakinan mereka terhadap persekitaran akan bertambah.

# Berilah kata2 perangsang,hadiah atau senyuman bila mana mereka melakukan kebaikan.

# Jangan mengaharapkan perkara kebaikan secara berterusan, setiap anak yang sedang meniti kematangan harus melalui setiap perkara termasuklah berbuat kesilapa dalam hidupnya.

# Apabila berhadapan dengak masalah kerja dan keluarga maka pilihlah keluaga terdahulu kerana masa akan berlalu dan tak akan kembali.

# Jangan mengeluh dihadapan anak2 kerana mereka merasakan dirimereka beban terhadap keluarga.

# Jadilah pendengar setia kepada cerita atau permasaalahan anak2.

# Luangkanlah masa bersama anak kita di luar rumah, peganglah tangan mereka apabila berjalan2. mereka akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam hidup kita suami isteri.

# Janganlah membiarkan anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Anggaplah tangisan anak sebagai sound effect sahaja, dengarinya dengan rela hati mungkin 20 tahun akan datang kita pula yang menangis apabila rumah terasa sunyi.

> sumber.com

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh...Amin.

p/s : sama2 kita praktikkan..insyaAllah.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kes Ragut..petang tadi..

Monday, September 27, 2010 Nazlee Ismail 8 Comments

lain dari yang lain..tak perlu di'panaskan' lagi dgn kes2 mencari bahan bukti yang meng'forfulakan' pekan Banting...biarlah diorang(polis) buat kerja dgn tenang..jgn dok sibuk2 , kita tunggu dan dengar saja dari pihak berwajib.

SALAM...

Kangkung idamanku sudah menjadi...petang tadi sempat ragut sebahagiannya untuk menu malam nanti (yang pasti.. tiada hancing menyelubunginya)

sambil meragut dikawasan yang dibenarkan..(kebun laman dapur aku la..),
teringat kuah rojak mak bee member bagi ari tu masih ada lagi...cakap je pasai tu terus
meleleh ayaq lioq teringatkan yong tau fu KL..tapi kat SP(dekat jam besaq) la aku pekena dengan mamadiana suatu masa dulu....

gambar hiasan : makanan yang sentiasa nampak 'meleleh'

yang pasti ktorg order sotong dgn kangkung saja...hehe, yang lain tak berapa best sangat dan nampak biasak je...

"semuanya dah ada....CUMA...SOTONG rendam je kena pegi beli kat econsave" (kalu yg kat umh tu kena rendam plak..tah bila bole makannya..hehe nk ker!!??) merapu je..

>> resipi ringkas dari mamaDiana,

gambar hiasan utk tatapan sahaja...

>kangkung dicelur + kuah rojak makbee + serbuk kacang (jika mahu jerawat mengganas..!) .

>>> untuk MAK BEE kuah rojak yg tidak asing lagi ..terima kasih!

..>> selesai untuk malam ni...petola pula semakin menampakkan hasil...sang monyet dok intai2.

>Alhamdulillah....

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Suka Char Koey Teow tapi tak suka tauge...

Monday, September 27, 2010 Nazlee Ismail 13 Comments

Kebanyakan orang macam nie...tapi kalau takde tauge takde la umpph! nyer...

Ku sampaikan juga info yang ku dapat ni...

gambar hiasan: pastikan anda tidak membiarkan anak kencing dalam bekas ni..!!

Kepada penggemar char koey teow khususnya..dan lebih tepat lagi pemakan sayur taugeh
...ada sikit info berkenaan tu...saya copy jer dari sini.

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jadik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera.

p/s : "susah nak pastikan yang bumiputera punya...lebih baik jangan simpan sampai hancing ..
beli..cuci n terus goreng..guna tanpa was2.
so..takde bau tu takde ngada-ngada...nak makan..makan la!" ..>PCL

.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kenyang2...

Friday, September 24, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

kami dari kementerian......kerja dan raya,....haha..layan je.

Sedapnya.... lepas solat Jumaat pon sambung lagi tu...
haha tadi awal2 tu mukaddimah je...

my bigboss...tak besor2..walau pon attend open house hari2...

p/s : bos bukan bloggers or readers...berani buat berani tanggung!

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Belakang ...

Friday, September 24, 2010 Nazlee Ismail 11 Comments

Belakang2....jangan main no !

mengantuk la pulak...dah dekat tengahari ni lagi la ngantuk...jap lagi dengar khutbah ,..harus da..mesti terlelap nyerr...akan ku bawak bilah mancis untuk menyengkang mataku...bole ke buat cmtu..segala tiang dan dinding dah tentu dibooking..kalau nak pon kena datang awal2 ke masjid..kalau la niat cmni kurang pahala la..

tak habis2 dengan sikap terkebelakang...sejak dari bangku sekolah lagi...dalam kelas nak pilih meja belakang sekali.., kalau ada perhimpunan ke..majlis2 ilmu ke...tempat belakang sekali..asyik2 belakang jer...samapai kertu skrg nie pon nak duduk belakang lagi...

jap lg pukul 12pm ade makan2...staff buat jamuan raya kat pentry... nie plak semua pantas kedepan....kena paham la , kita org lelaki nak pegi solat Jumaat...beri laluan sikit.

waaa ni lagi tambah ngantuk nie...apa lagi tunggu.

gerak dulu ...bye2 >

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

lagi-lagi MENANTU.

Thursday, September 23, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Sayangkan tidur lebih dari segalanya...

"...tak dinafikan aktiviti malam memamg menyeronokkan khususnya bagi mereka yang suka berjaga malam..tetapi kekadang tu boleh menganggu keselesaan kita bila terlalu berjaga malam sehingga susah nak bagun dari tidur untuk melakukan aktiviti yang septutnya di siang hari, janganlah kita jadi hamba tidur."
-orang rajin

...lainlah kalo dia cuma ada aktiviti malam saja...siangnya hanya membuta je kejanya...
dah terbalik kod...yang keja shif tak termasuk la dalam kes ni..jangan kecik hati plak no...

orang2 keja ..memanglah hari2 cuti minggu adalah hari yang dinanti untuk qada tidur (hat ni bole qada plak ..hat lain2 tu tak ingat nak qada..aparah !!)...bole bangun lewat sikit...sikit tu takpa lah..tapi jgn melampau2 ...4 ptg blum bangun2 lagi ni ape cer !!

kes ni pasai menantu la plak..salah pilih menantu la lebih kurang nya...bukan menantu belah makbapak atau mentua aku...belah2 korang pon bukan kot agaknya..aku cuma citer je buat tatapan bloggers ..takmau la, kalo bole tak kan ada menantu cmnie..malu la sikit...

..waktu merisik dulu ..utk menantu pompuan la...memang kita pon taktau dia bangun awal ke tidak waktu pagi..ye lah merisik pon bukan time pagi2 kan...lagi pon dah bagitau awal2 tak kan anak dara tu nak bangun lewat plak...hat ni susah sikit la nak test...selalunya dah kawen baru kantoi..cukupla tu..dah kawen ubahla sikit perangai tu.. ,

takpalah tu rumahtangga depa..dah jadi laki bini biaq pi lah kat depa ..tapi kalo masih tinggal serumah dgn mentua..cuba lah elakkan, sakit hati mak mentua bila tengok mcm nie nanti...cepat2 carik rumah lain kalo nak buat cmnie (ehh aku plak bagi cadangan..)

...menantu laki plak..bole ke nak risik2 bab tidoq lebih ni?...

emmph! payah kan...masa belom nikah dia buat la rajin...memang nampak baguih la...CUMA..
(ikut suka korang la nak tambah ayat yg sesuai kat sini..)
lepas seminggu kawen...kantoiii!...sama naik dgn anak pompuan kita...2 laki bini mergheloh sampai ke petang...

kalau lah korang/hangpa jadi pak/mak mentua dapat menantu cmnie ...apa nak buat??
ehh! tetiba ja tanya soklan...awatnya..kena tang mana??

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

cari MENANTU...

Wednesday, September 22, 2010 Nazlee Ismail 12 Comments

...sakan..awai lagi tu..anak dara kecik lagi dah citer pasai menantu..pekehey nyer nih!!.

haaa ni takde kena mengena dgn anak dara aii wokay!

...Ermmm ..musim mengawan dah tiba (pe..ingat ayam hutan ke!)..
..kalo nak mengawan tu biarla disahkan dulu ye bakanya..
maksudnya halalkan dulu perbuatan tu...

ajakla makbapak pegi beraya umah buah hati tu..kenal2 dulu...kalo dah bekenan cepat2 la ...cuti sekolah ujung tahun ni bole langsug dah...

kenal2 la hati budi masing2...makbapak kena buat penilaian yg terbaik untuk pasangan anak2 walaupon mereka sendiri yg memilihnya ..

jangan pulak dah jadi menantu baru dengar citer sana sini ..kalo citer baik takpe jugak..bole la dibanggakan..kalo cm anak antoo gaya nye cmner??.

bukan memilih... tapi carilah yang terpilih..

"menantu Cik Piah tu nampak bagus sangat dgn jiran2...CUMA.. "

"menantu dia tu peramah la...CUMA.."

"menantu wak tu keje bagus..pelajaran tinggi plak tu..CUMA.."

haaaa.....tang cuma tu la yang sakit telinga mendengarnya...

yang lain2 baik sangat!!!...cuma ape ???

CUMA TAK SOLAT !!!

p/s : ni bukan perkara remeh temeh tau...solat tu tiang agama.

.

12 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

cari makan !..raya sakan...!!

Monday, September 20, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Baru ada kesempatan petang tadi..balik dari keja lepas solat terus ke kebun laman dapur...
bepeloh deh...lama tak xsecise!

...balik dari kampung petang semalam, ingat nak kemas2 belakang umah tuh...
tapi tak kesampaian..kaki dah lenguh2 tekan clutch..walaupon jalan tak jem..terasa juga keperitannay..pinggang ok lagi tapi yang lebih menyakitkan adalah kepala nih...bahang panas buat kepala pusing..

..rimas tengok laman dapur aku sudah berantakan..ada tamu yang berkunjung di pagi raya di kala ketiadaan kami di rumah...

"takde sape janji sama Lu pon...angkat geng kasi sepah gua punya kebun..."

Naseb ko n de geng yang datang..kalu itu penyamun..lagi haru..cm jiran depan rumah aku kat kampung tu..balik je dari kampung tengok umah bersepah...diorang dah kebas barang2 beharga..
nauzubillah...syukurlah tak jadi pada aku.

P/s : rezeki monyet..redho je lah.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

'Sapa Lebih Hebat' ?

Monday, September 20, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam untuk semua bloggers.

Selamat sejahtera semoga kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti mendatang...

Apa khabar ???..masih pening2 lagi ke?..perut dah tak meragam!?..

elok sangat lah tu tinggal2kan seketika juadah hari raya tuh.....bagi mereka yang belum berkesempatan untuk berpuasa enam...silakan lah, kalau tak boleh berturut2..selang hari pon tak pe..tapi yg lebih afdal buatlah berturut selama enam hari dalam bulan Syawal nih..pahalanya seperti setahun berpuasa.

berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat Syawal...selamat berpuasa PCL ucapkan..
Dikesempatan ini PCL suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati2 dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

Ia menjadi seolah2 satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi pada masa sama ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masinga2 yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Tak salah menerima jemputan 'open house' rakan2..tapi pandai2 lah menjaga hati dan niat agar tidak tersinggung.

p/s : "Ehhh! ko pose 6 tak???...syshhh! diam2 la.."

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selamat Pengantin Baru..Faisal@along Chai..

Sunday, September 12, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam..

dan Selamat Hari Raya...upss! raya ke 3 dah nie...
sesuatu perkhabaran yang mengembirakan buat teman saya nie..

Mohd Faisal Mohd Najib,..seorang sahabat yang saya kenali sejak bekerja di sini..sungguh baik hati, periang dan senang didekati...mudah mesra dengan semua orang.

http://www.facebook.com/event.php?eid=137005893010649&ref=mf

Alhamdulillah..akhirnya tamatlah zaman bujangnya di mana beliau akan bernikah pada hari ini
di Besut Terangganu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Saya dan keluarga mendoakan semoga beliau berbahagia dengan kehidupan baru setelah begelar suami kepada Cik Diah.

walaupon majlis kendurinya belum lg diberitahu..agak2nya dalam bulan Nov2010 katanya sebelum nie..

pesanan gue pada lo beb .." peduli apa orang cakap ...yg pasti Halalan toiyibah".

p/s : Dengaq kata berbulan madu kat CH...teruskan perjuangan!!..kawan2 dah tinggai jauh da nie..jangan tunggu lagi.

.
.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Laksa Goreng...nyum2.

Tuesday, September 07, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam...

hohohoho..sempat lagi tu mamadiana duk siap2 bekemas pakaian anak2...
dgn anak2 jagaan 2 org tu yg 'bueh' sangat taktau nak habaaaq!..
kelang-kabut jugak tu..tapi naseb baik la kakak n adik ada tolong2...

..saja aku calling2 tanya dah beres ke semua barang2 nak packing.. nantikan ada yang
tetinggal plak.
"don wori bang..semua okeh!...nak bawak bekal tak?? tanya mamadiana.

..mamdiana memang rajin sangatla..lebih2 lagi kalau anak2 yg request..
katanya anak2 nak makan laksa goreng....
semua bahan2 dah ready..lagi pon nak balik cuti lama nie kena clearkan apa yg ada dlm fredge tu..
so itu aje yg bole dibuat untuk berbuka dlm perjalanan petang nie...

resipinya? ..senang sangat..tau masak mee goreng kan..sama je tukar mee kpd laksa..tu je..kalu susah sangat ..google je..hehe.

Sedap tau...dah 3 x juadah "Laksa Goreng" nie kitaorg makan untuk berbuka..kurangkan kolestrol..kan dalam mee kuning tu banyak unsur kegemukan..
sebab tu la mamadiana slim...haha ade yg jeles tu.

p/s : bekalan dunia akhirat tu..air tangan isteri...buat pe nk beli2 pasti HALAL.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tips Untuk Perjalanan Jauh "Balik Kampung"

Tuesday, September 07, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam..

Sebelum aku dan famili bertolak balik ke kampung..ada sedikit tips untuk kita share di sini :

1. Rancang Perjalanan.
2. Periksa kenderaan sebelum bertolak.
3. Rehat secukupnya.

Bagi mereka yang akan menggunakan laluan Leburaya Plus Utara Selatan, di sini ada panduan masa perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas..;

dan di bawah ni pula bagi mereka yang menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur (MTD Prime)..;

> so, bagi tips ..Rehat secukupnya , kalau mengatuk sangat semasa memandu tu kita behentilah di tempat2 yang dibenarkan seketika, mata kita boleh bertahan tak lebih dari 2 jam..lepas tu dah hilang fokus...jadi, janganlah menempah kecelakaan.
Ingat orang tersayang..mereka sentiasa menanti walaupun kita terlewat sikit insyaAllah.

"SELAMT PULANG KE KAMPUNG....dan DATANG BALIK KE TEMPAT KERJA selepas HARI RAYA dengan selamatnya.."

.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ucapan "raya" dari PCL sekeluarga..

Monday, September 06, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"...(kena ucap awai2..nak balik dah nanti x dan...hehe)

Salam.

...Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Lebaran tak berapa hari lagi dah nie....

...aduuuhai sayunya rasa bila mendengar lagu2 raya..lebih2 lagi lagu Dendang Perantau n Balik Kampung..mood raya semakin memuncak di hati anak perantauan...kat opis nie pon tak berapa kerat je yg tinggal setia berkhidmat..esok kebanyakkannya lastday keja ..lepas tu cabut balik kampung halamam masing2, ktorg pon sama lah..esok malam akan berangkat dari Banting ke Parit buntar...

...ada sapa2 yang dok kat area sana...mai singgah umah ibubapa saya @kg Parit Teluk Pial...
insyaAllah sempat berpuasa di sana dan menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak saudara.

...Doakanlah perjalanan kami ini semuanya selamat...begitu juga dengan anda semoga sampai juga ke destinasi yg dituju dengan selamat.

" hanis @ adik nak ucapkan selamat hari raya pada semua orang yang menyambut hari raya
tahun ini...belum raya lagi adik dah dapat duit raya dari jiran sebelah ...dah 2 sampul tau! ..nak tambah koleksi lebih sikit tahun nie..pakcik-makcik bagi lebih2 duit raya tu...kami nk tuntut hak kami.."..selamat hari raya semua..bye jumpa kat kampung masing2".

"nina @ kakak juga nak ucapkan selamat hari raya pada semua kawan2 abah @ bloggers..kalau nak bagi duit raya tu bagi la lebih2 sikit...tak yah sampul cantik2..yg penting isinya..takde sampul pon takpe...saya bukan nak koleksi sampul tapi isinya je...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.."

"mamaDiana happy sangat tahun nie sebab korang bloggers yg kenal dgn PCL sedikit sebanyak kenal juga dgn saya..so saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...semoga silaturahim dapat diteruskan dan berkekalan..lagi satu saya suka sangat dapat hadiah besday semalam...cadangan korang semua buat PCL bagi 3 hadiah tu"

p/s : Hati2 semasa perjalanan "Balik Kampung".

.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tip pilih "LeMaNG-LeManG KOTARAYA.".

Friday, September 03, 2010 Nazlee Ismail 11 Comments

sumber : Zabs

..sana sini lemang..sini sana pon lemang jugak...aduuuuuhai!! lemang2 kotaraya..
macam2 lah bunting promosi lemang yg boleh kita nampak..."lemang Mat Top", "lemang Power", "lemang Asli", "lemang ORI"..erk! ini mesti ada "lemang Tipu", "lemang ciplak"
bukan senang nak buat woooiii..siap berpeloh2 dulu baru dapat hasilnya...

nak citer..tahun2 yg lepas ..nak sangat makan lemang nak bakar sendiri memang x reti cuma panadai makan je..lagi pon buluh kat kampung xder dr jenis yg boleh buat lemang..yg ade buluh meriam..besaq gedabak tu...ada juga plan nk buat cmtu..bole ke??..akan di choba..jom paklang kita balik awal2 sikit..operasi "lemang meriam".

sebab pandai makan lah aku dapat tau lemang mana yang betul2 dibakar dalam buluh sepenuhnya atau direbus/kukus dulu berasnya hingga sedikit masak kemudian baru dimasukkan dalam buluh..dan kemudian baru dibakar lebihkurang ..sekejap je dah masak..konon2 memang lemang bakar lah citernya yang banyak dijual tepi2 jalan raya tu....tapi rasanya tak sama..hok nie lah yg dimaksudkan "lemang ciplak" atau "lemang kus-kus"(saja bg nama nie..sbbnya kena kukus dulu baru bakar..) nak cepatkan proses..macam tulah kata seorang peniaga lemang di utara sana suatu masa dulu.

dakwaan aku benar atau pon tidak bukan nak dijadikan isu..cuma korang sebagai pembeli dan pengemar lemang asli...tentu korang dah maklum untuk menilainya...
sekarang nie rasanya dah semakin bermutu qualitinya berbanding 2,3 tahun lepas..mungkin sekarang dah tak de langsung kot peniaga buat macam tu...harap2 macam tu lah.

"Tentukan buluh bekas lemang tu merata kuningnya. Kalau buluhnya kehitaman tentu lemang di bahagian itu, berkerak walaupun cukup masak.
Tentukan ia tidak terlalu berair di bahagian atasnya. Juga tidak terlalu kering kerana jika terlalu kering, kemungkian"an bahagian dalamnya mentah adalah besar.
Tentukan daun pisang, pembalut lemang itu telah melecur serata, dan apabila di hentak2kan ia tidak melekat pada bahagian dalam buluh.
Lihat bahagian atas lemang yang boleh dilihat samaada masak atau tidak. Ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran bahagian yang di dalamnya
"
>>tips memilih lemang dari blogger Zabs.

kalau tengok buluh lemang tu masih hijau lagi...dan terbakar sikit2 je, tapi dalamnya dah masak ..dapat grenti dari penjual tu lagi......AWAS!...hok tu memang dia kukus dulu....xpe yang penting lemang dah masak daripada terbeli lemang mentah, buluh dah terbelah..nak masak ape lagi..dah tentu ke tong sampah la jawabnya.

ok chow dulu...Salam.

.
.

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bersihkan Jiwa dan Bersihkan Hati...

Thursday, September 02, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam..
sekadar mengigatkan diri ini dan teman2 blogers sekalian...

10 malam terakhir ramadhan adalah malam untuk kita melipat gandakan ibadah..
sudahkah kita...??

Bulan Ramadhan nie sememangnya sangat sibuk..
alhamdulillah kalau sibuk dengan beribadah...kalau sibuk dgn pekara2 yang melalaikan macam mana? (lebih kurang je dgn yg tengah menaip nie..)

jangan dok sibuk bersihkan rumah je...yang lebih utama bersihkan jiwa dan bersihkan hati..

sumber google : "abes la...bulan ni aku kena pindah lain tempt la plak...tu pun kalu idup lagi.. "

.
.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bloggers..aku nk tanya korang !!...??

Wednesday, September 01, 2010 Nazlee Ismail 15 Comments

Salam...

.. sempena bulan September ni kan...hehee (gelak gatai..) ada banyak benda nak celebrate...
korang tengok kat atas sebelah kiri tu...ada pic loving couple..auwww!!..
tak berapa hari lagi besday mamdiana...

..ekceli tatau nak bagi present hape...walaupun dah banyak kali ktorg menyambutnya..kekadang terawal..ade juga terlepas..tapi semestinya dalam bulan September tetap ada ucapan dan hadiah buat insan tersayang...kecik besaq tu tak kira..yang penting tu tanda ingatan ku padanya di hari2 yg istimewa.

..ada sesetengah org tu tak kesah pon hari lahir nie kan..celebrate bukan satu kemestian...ikut masing2 lah..tanak kaco umahtangga orang len..biaq pi la dgn pendapat masing2..kan!

..di hujung usia remaja (perasan!) nie kan..hati sesorang makin sensitf la plak...tak leh lebih tak leh kurang..mesti on time kalu nk celebrate..kalu terlupa atau saje buat2 lupa..ada reminder..hehe sape lagi kalau bukan anak2ku....sharp 12 midnite..kalu lambat.. mase tido pon bole muncung mulut tu..(jgn mare ek..sayang).

..so, belum difikirkan apakah bentuk hadiah yang perlu aku berikan padanya...yang pasti bukan kereta atau rumah besar...

..kalu aku tanya padanya ...pasti dia kata.."tak payah la hadiah2 nie..kalu nak bagi hadiah,.. bagila yang mahal2"..mamdiana selalu bergurau cm nie.

...kalu tak tanya plak..takut tak bekenan di hati...
hati pempuan memang mcm nie kan..

..eeh! korang bloggers yang berpengalaman..boleh tak share dgn aku..
kalau korang la di tempat mamaDiana..korang nak hadiah apa?

Isssh! patut ke aku tanya korang...

maksud2 Hadiah..ada panduan kat sini

15 Comments: