Keriang Dot

Saturday, October 30, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

pokok keriang dot

Buah Keriang Dot..like anggur M'sia...

Buah Keriang Dot.

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”. Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini buah ini semakin lama semakin berkurangan.
Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.
Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.
Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

p/s : baru tadi jiran bagi...isteri dia hamil ..rasanya mengidam kot sama macam kak ipar aku dulu ...

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Handphone Ku henpon mu jua....

Friday, October 29, 2010 Nazlee Ismail 13 Comments

Tak kesah..nk check, check lah...aku bukan ada skandal pon !!!...henpon cap ayam sentiasa on 24jam..xde masej masuk pon...(kalu ade pon dr maxis suruh topup kredit...hahaha akula tuh..)

...totet..totet..siang malam..bersememmes...mana bini/laki tak jeles...wakaka..pernah berlaku kepada anda?....tapi ini yang berlaku kat kawan hamba..namanya dirahsiakan..bukan sebab nak memburukkan si 'dia'...tapi ini lah akibatnya kalau nak main 'kayu tiga'...cukup setakat tuh!

anda suka?...

aku tak pernah suruh...malah aku nak nasihatkan kawan2 agar jangan memperibadikan barang2 yang ada dengan ahli keluarga terdekat lebih2 lagi pasangan kita...bersifat terbuka, itu lah yang tebaik...aku punya pendapat lah..

Ataupon mugkin korang dah punya syarat2 tertentu tentang hak milik sebelum perkongsian hidup korang dgn pasangan masing2...

"aku merghenyih hang kena diam, hang sengih sorang2 aku pon kena diam"...masing2 buat releks, percaya atas percaya!..cmtu ka?....baguih la tapi jgn simpan dlm hati sudah la...(think positif..laki/bini kita org baik2, takkan nak buat kat kita cmtu..orait!!)

Clearkan betul2 dgn tersayang...adakah kita patut berhubung dgn orang lain pada tgh2 malam...

supaya jangan ada yang salah faham..yang mana ini akan menjadi punca segala kekeruhan!.

p/s : beringat sebelum kena...henpon jgn letak bawah bantal tau!...

.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ambil Mudah atau Tak Pernah Tahu...?

Thursday, October 28, 2010 Nazlee Ismail 20 Comments

kena basuh dulu..keluar dari montot ayam walaupon tak nampak taiknya...

kena basuh dulu..walaupon ia ikan kering..biar basah takpe..asal yakin bersih

ini pon sama..selalu orang lupa untuk membasuhnya sebelum digoreng...tetap rangup kalau kena caranya.

Salam..

Sikap yang sentiasa ada di kalangan kita yang tidak begitu menitik beratkan hal2 yang dianggap remeh oleh sesetengah orang.

Selalunya perkara sebegini sering terjadi bila keadaan terdesak!

contohnya seperti penyediaan makanan...berlaku kepada para suami, isteri malah orang bujang sekali pon tak terkecuali..

.....Asalnya mahu memberi makan hasil 'air tangan' sendiri kepada suami tercinta setelah terkejar2 pulang dari keja tapi sebaliknya suami makan 'air tangan' plus 'air kakitangan sape2 tah'...

...Tak kurang juga para suami mithali yang nak amik hati isteri , sekali sekala ke dapur...takmo tanya dan lagak pandai kununnya 'bikin separise' ...hah! hebat la tuh..

...Apa lagi sibujang trang tang2..hidup ngan kengkawan, selalu bangun tido terus makan mak dah siapkan , dah duduk berdikari ni..tau2 lah ujung bulan lagi tuh...mana nak cekau kalu takde makanan...selain meggi, lauk2 'kering' ni lah penyumbang hidup.

Ambil tahu tentang peyediaan makanan secara basicnya ialah...tahu akan kebersihan, kerana ini adalah sesuatu yang akan menjadi darah daging si pemakan...

Makanan yang kotor membuat hati kita juga turut kotor....oleh itu berhati2 lah dalam peyediaan makanan kerana kebanyakkanya nampak bersih di mata.
p/s :..celup2 sikit dlm air pon basuh juga...tp kena yakin dgn apa yg kita buat...bole ke buat cmtu ?

.

20 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

PENYIBUKkkkk!!!!

Wednesday, October 27, 2010 Nazlee Ismail 9 Comments

"but not busybody...sometimes..hehe"

Salam..

Biar kita dilabel atau dicop penyibuk asal tiada sebarang kes kanak2 didera berlaku di sekeliling kita.

Seringkali terjadi kes penderaan ini lebih2 lagi yang melibatkan jiran tetangga dan anak2 jagaan mereka telah tidak dilaporkan sehinggah membawa kepada bencana seperti kematian.
Ketika itu barulah kita tahu dan sedar bahawa kejadian seperti bising2 dan teriakan kanak2 rumah sebelah selama ini adalah akibat dari kes penderaan sebenarnya. (*kes bukan saja berlaku terhadap kanak2 malah sesiapa pon berisiko untuk terinaya).

Alangkah bagusnya kalau kita yang menyibuk sikit ketika itu...bertanyakan tentang apa yang sedang berlaku..mungkin kita dapat mengelakkan kejadian terus berlaku.

Cara kehidupan sekarang ini mungkin mempengaruhi keterbatasan untuk beramah mesra dengan jiran tetangga..

>Cakap (type) memang senang la PCL...buat belum tentu lagi..

Aku sekadar menyatakan apa yang perlu untuk tatapan dan muhasabah diri kita sesama warga blog yang dihormati sekalian...dan menyeru untuk berbuat demikian seterusnya demi membanteras penderaan dan penginayaan daripada terus berlaku.

sila laporkan ke TALIAN NUR : 155999 jika ada kes penderaan dan sebagainya.

p/s : sambil baca2 entri...sambil intai2, pandang2 dan dengar2 kat luar sana...

.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Takutnya jaga anak orang !!!

Tuesday, October 26, 2010 Nazlee Ismail 9 Comments

gambar hiasan

>oleh mamadiana.

Salam semua...

....bukan kita yang nak jaga depa....depa yang mintak tolong, tak tolong depa mengharap sangat dengan macam2 alasan...tapi alhamdulillah..ada juga masyuk.

Bagi menghilangkan rasa boring bila 'ditinggalkan' keseorangan di siang hari maka inilah yang dilakukan oleh ku..

..risau jugak..semenjak dua menjak ni..banyak kes penderaan terjadi lagi2 yang melibatkan pengasuh kepada kanak2 yang didera tersebut...macam2 lah yang kita dah dengar dan baca di akhbar2 sebelum ni..terjatuh, tercekek, tersedak susu dan seumpamanya...aduuuuhai takutnya bila dengar kes2 macam ni..semuanya mengakibatkan kematian belaka...apa lagi kebanyakkannya akan menyalahkan pengasuh!...meletakkan segala musibah disebabkan oleh kecuaian pengasuh!...geram jugak kekadang tuh...anak2 depa yang hiperaktif , depa taktau!!

..kita ni samapai 'bersilat' untuk mententeramkan keadaan...takut2 kalau jiran terdengar nanti depa kata kita dera anak plak..huhu cepat ja sampai ke telinga yang berkenaan...lepas tu siap 'tarik muka' kat kita plak...huhuhu sadisnya..kita yang penat2 ni kena marah plak...tapi sebenaqnya hat ni tidak berlaku sama sekali dengan ummi Aqeela dan mamaBatrisya..TERKECUALI!!. (setakat ni alhamdulillah...Nauzubillah, mintak dijauhkan segala musibah ) .

Ramai para pengasuh secara amnya tersentak bila mana tugas mereka yang selama ini menjaga anak2 asuhan ini tercengkam dengan ketakutan sekiranya kes yang seumpama terjadi kepada mereka....apakah hak mereka untk menafikan tuduhan yang mereka tidak lakukan walhal segala tuduhan telah tepat kena pada 'batang hidung' mereka walaupon kes belum dibuktikan oleh mahkamah.

..tak dak niat pon nak mencederakan walau sehiperaktif mana sekali pon kanak2 itu...kita akan layan mereka seperti anak2 kita yang kian membesar , tapi ini bergantung kepada nawaitu si pengasuh, kalau nak upah ja.. maka itulah yang akan berlaku...buat keja tanpa ada rasa tanggungjawab..

..Segala apa yang terjadi dan akan terjadi adalah kehendak Allah SWT----> kita dah buat yang terbaik!!

...Siasatlah dulu dan jangan terus menuding jari mencari salah orang saja.

..janganlah harap 100% pada kita...kurangkan syarat2 yang tak 'masuk akal', malah hendaklah bersama2 untuk meningkatkan mutu pembesaran anak2.

Pengasuh (separuh masa) dan Pusat Asuahan yang berdaftar adalah dua perkara yang berlainan...janganlah sesekali menyamakan yang mana lebih bagus!!

..ada kelebihan masing2 yang tersendiri.

"Jangan ikut perasaan..nanti kita pengsan dan jangan ikut hati nanti mereka mati".>p@kcikLie

p/s : Bukan wang ringgit dan hadiah sebagai ukuran, yang penting keikhlasan hati sesama manusia.

.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kongsi Baik Punya (5)...Tips penjagaan pakaian.

Tuesday, October 26, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

PENJAGAAN KAIN BAJU >oleh aizi aizi

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian

Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat

Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit.

Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan.

Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat (i)

Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian

Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas

Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain

Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
Campurkan dengan air.

Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian

Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.

Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah

Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian

Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian (ii)

Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian

Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik

Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera

Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip

jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

>sumber

p/s : semoga bertambah ilmu di dada...

.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kenapa Geleng Kepala ???

Monday, October 25, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

..adakah aku bukan awekszz!! (....emmph! memang pon)

Kita dah angkat tangan seperti lazimnya bila orang buat salah ketika memandu kereta.
Aku akui memang salah aku...tu sebab aku buat cmtu,..jalan sehala tanpa papan tanda 'no entry' mengelirukan aku ketika berada di jalan yang asing bagi ku walau pon berada di sekitaran sekian lama....sejam sekali pon payah nak jumpa keta lalu di sini, kebetulan keta dia dan keta aku je mlm tadi.

Sambil membuka tingkap ketanya, dia mengeleng2kan kepalanya..aku tau dia tak puas hati kat aku (nasib la dia tak tunjuk isyarat f*** kat aku).

Adakah aku bukan gadis bertudung hitam...?
Adakah aku bukan pemandu keta besar..?
Adakah aku bukan politikus..?
Adakah aku bukan awekszz..?
Mungkin juga dahiku menggerutu....wakaka!!

Hey! ingat sikit..kita dah angkat tangan minta sori...pon nak tarik muka ker??
tak kan aku nak turun keta, blutooth salam dgn kau plak!!

Jika orang yang berhati kering..memang tak kesah pon sumer ni..,
Lemparkan senyuman sikit..walupon kau tahu itu salah orang lain...banyak kemungkinan yang berlaku ketika tu..
mungkin juga nak cepat ke ..emergency nak 'buang hajat' ke...wife dia nak bersalin ke ..mana tau kan!, pikir positip la....senyum pon boleh sebagai tanda kita memaaf kan.

> Itulah budaya kita yang diwar2kan selama ini..

Top Lirik Lagu > Raihan > Senyum Raihan
Untuk Download MP3 Senyum Raihan klik disini Download

Manis Wajahmu Kulihat Di Sana
Apa Rahsia Yang Tersirat
Tapi Zahirnya Dapat Kulihat
Mesra Wajahmu Dengan Senyuman

Senyuman

Senyuman
Senyum Tanda Mesra
Senyum Tanda Sayang
Senyumlah Sedekah Yang Paling Mudah
Senyum Di Waktu Susah
Tanda Ketabahan
Senyuman itu Tanda Keimanan
Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah

Hati Yang Gundah Terasa Senang
Bila Melihat Senyum Hatikan Tenang
Tapi Senyumlah Seikhlas Hati
Senyuman Dari Hati Jatuh Ke Hati

Senyumlah Senyumlah
Senyumlah Seperti Rasulullah
Senyumnya Bersinar Dengan Cahaya
Senyumlah Kita Hanya Kerana Allah
Itulah Senyuman Bersedekah

Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah
Itulah Sedekah Yang Paling Mudah
Tiada Terasa Terhutang Budi
Ikat Persahabatan Antara Kita
Tapi Senyum Jangan Disalah Guna
Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah.

p/s : senyum itu satu sedekah.

.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Model vs Montel

Sunday, October 24, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

untuk suami a.k.a hasburn!!

>Kalau nak jadi model jaga badan tu..jangan montel2 , nanti susah nak catwalk..
>Kalau nak jadi montel jaga makan tu..jangan pantang2 ..nggap saja depan mata tu..

Kedua2 keadaan fizikal sesorang tu perlukan kesungguhan untk memilikinya..

aiii!...ada ke yang nakkan kemontelan...??,
jika itu kurniaan Ilahi..alhamdulillah syukur sesangat...

kuatkan semangat untuk terus hidup sihat,

apa pon keadaannya, sebagai orang yang sangat bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang telah dikurniakan oleh Pencipta kepadanya..maka semua ini boleh dilalui dengan penuh kenikmatan..

Kebanyakan orang2 M'sia khususnya para suami mencari jalan 'tengah' untuk berada di posisi antara dua keadaan itu..

nak kata montel pon tidak...apa lagi model jauh sekali..

..pandai sungguh para istree (is3) menjaga suami mereka.."Lambang Kebahagian" kata mereka..
kalau terlebeh sudah..."lambang kemewahan" la pulak kata para suami...
emmph ..patut la ada is1..,is2...dan is3.....>>is4 jarang sekali.
>para isteri solehah...jaga suami dengan baik...
> ada yang megukur2 perut suami anda...AWAS!!!

p/s : pilih yang sedang2 saja..."makan sebelum lapar berenti sebelum kenyang"
..wokkeh!

.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku kisah sangat !!!....

Saturday, October 23, 2010 Nazlee Ismail 8 Comments

ado ko kaysah !!! ado...ado...

Aku memang orang yang kisah tentang harta ,wang ringgit dan jiran tetangga... tapi aku tak tau lah dengan korang kisah ke tak??

Yang aku tau orang yang tak kisah pasal benda2 ni ialah ORANG UTAN jek ...hehe jangan marah na!

p/s : tolong jaga tepi kain langsir orang okay tak!!...

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ehhhh! rasuah ke ni..??

Friday, October 22, 2010 Nazlee Ismail 10 Comments

..dalam keluarga sendiri je..

Adakah ini amalan yang menggalakan gejala ini berlaku di luar dan menjadikannya suatu amalan hidup..??

Perkataan rasuah itu sendiri pon telah mengambarkan sesuatu yang tidak elok di pandangan masyarakat sekarang..selain perkataan rasuah juga disebut sogokan..iaitu memberi sesuatu sebagai habuan..tapi pengunaannya perlu diperincikan dalam membentuk keharmonian sesebuah keluarga.

Rasuah atau tidak: ‘‘Jika kamu mandi sekarang, kamu boleh tengok televisyen nanti.” berkata ibu kpd anaknya.

Rasuah sentiasa berjaya untuk setiap keadaan dan anda tertanya2 sama ada ia masih boleh digunakan ketika di meja makan.
Rasuah mungkin berkesan dengan anak anda yang cerewet makan untuk tempoh yang singkat tetapi apa yang anak anda pelajari ialah ganjaran yang akan diterimanya adalah begitu mengasyikkan dan makanan yang perlu dihabiskannya untuk menerima ganjaran tersebut contoh lazimnya sayur-sayuran, akan nampak lebih tidak menarik.
Di mata anak anda, waktu makan adalah satu tugas yang perlu diselesaikan.

Ketika para ibubapa bersemangat untuk melihat kejayaan anak2 dalam peperiksaan..
seringkali dijanjikan sesuatu yg amat menarik minat mereka utuk terus bergelumang dgn buku tanpa meghiraukan keadaan sekeliling...Laptop atau Henpon umpamanya jika berjaya mendapatkan kejayaan yg cemerlang. Apatah lagi jika dijanjikan dengan wang ringgit...
yang nampak menarik dan membuatkan mereka tertarik adalah ganjaran yang
itu..

Ibubapa berbuat demikian adalah semata2 untuk melihat mereka menjadi 'orang',..adakah cara lain yang sebaik2nya untuk tidak melibatkan merekeka dalam 'gejala' ini?

mungkin ini salah satu caranya,‘‘Memandangkan kamu tak mau makan nasi, boleh ibu bagi pada kakak?'” Kadang2, ia berkesan untuk sesetengah kanak2. Tiada tawar menawar dan ganjaran dalam keadaan ini.

Kalau kita merasakan rasuah itu boleh merubah segalanya..haruslah waspada akan kesannya jangka masa panjang, yang mana ini boleh membawa kepada kebinasaan bila berterusan disogok dan menyogok untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

Lumrah zaman sekarang yang serba canggih ....segalanya bermula dari diri kita sendiri.
..kalau tak mintak orang yang beri, kalau tak beri pulak orang yang mintak...

p/s : berfikir banyak kali sebelum buat atau minta pandangan pd yang sepatutnya....jangan 'makan' sorang2..'makan' la ramai2.

.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Breakfast MINDA.

Thursday, October 21, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

Salam semua sahabat ku...

Anta semua dah bekfes ya..bagusla kalu mcmtu..
pasti dah ada yg memulakan keja dengan senyuman pagi ni..dan ada juga masih lagi di tempat tido..biasalah kita mana nak sama waktu masing2..
masing2 punya hal lah bagaimana nak menguruskannya,...

Alangkah baiknya kalu pepagi kita sambil bersarapan dgn keluarga atau dengan kawan2 opis atau bersaorangan di rumah..sebaik2nya kita sarapan kan minda kita sekali..

Sekarang ni kan..kemudahan banyak radio, tv semua ada..cuma kita saja kena pandai mencaturkannya..tenet pon ade, kalu terlepas semuanya bole di tengok semula..just google je apa yang nak!.

Bukak TV9 leh tengok program Tanyalah Ustaz...tiap2 pagi ade...banyak yang kita boleh pelajari di sini...tapi sesetengah orang yang bekeja...selalu mengejar masa..dah tentu tak sempat rasanya...

tapi harus diingat dan ambil perhatian sikit..tentang ilmu agama, hendaklah kita perdengarkan
dan pelajari setiap hari sebagai santapan MINDA.

Pelajarilah ilmu,kerana……..

· mempelajarinya kita akan takut kepada Allah

· menuntutnya adalah ibadat

· membincangkannya adalah bertasbih

· mencarinya adalah berjihad

· mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah

· memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada Allah

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Dua perkara yang tidak memuaskan iaitu menuntut ilmu dan menuntut dunia”

(Riwayat Ibnu Addi)

>Wallahu'alam.
p/s : moga kita beroleh rahmah.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Masih Relevant kah???

Wednesday, October 20, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Rupa mesti ‘WOoooo'...

‘Woo' tidak merujuk kepada ciri rupa ‘pecah rumah’ atau ‘jambatan tak siap’ tetapi adalah x-factor yang membuatkan seseorang gadis2 akan berkata "Woo..." bila tersua dengan anda atau pon panjang sikit "wooooooo...." (tapi kebanyakanya gadis berkata dalam hati saja.)

Untuk mendapatkan standard ISO cm kt kilang2 tu dan semacam dgnnya, ‘Woo’ ini, anda mestilah telah dilahirkan dengan paras rupa yang tidak dikategorikan sebagai muka tak malu, muka pintu, muka tembok atau talam dua muka.

Jika sudah dilahirkan dengan rupa yang kacak, maka tidak perlulah anda berusaha untuk menjadi lelaki paling kacak kerana anda adalah sedia kacak, tetapi kadang2 tu difinasi kacak itu terpulang kepada trend masakini iaitu mungkin trend kini mengatakan bahawa muka pecah rumah adalah kacak disisi undang2 yang lazimnya mendapat awek cun dan seterusnya menjadikan pasangan hidup (ada yg jeles)... semua tu ditangan anda dan anda adalah penentu trend.

Bila senang2 nanti...lihat pada hasben/bf anda..

tapi jangan terpedaya ..ini 80an punya statement oleh someone bloger yg aku tak hingat namanya..

masih relevant kah???

Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Nur ayat 26 yang bermaksud:

"wanita2 yg keji adalah untuk lelaki2 yg keji dan lelaki2 yg keji adalah buat wanita2 yg keji (pula) dan wanita2 yg baik adalah untuk lelaki2 yg baik dan lelaki2 yang baik adalah buat wanita2 yang baik (pula)."

Wallahu'alam.

selingan lirik lagu...

>TIRU MACAM SAYA

Pandanglah, lihatlah,
Rupaku yang cantik dan
rambutku yang ikal,
marilah tuan-tuan dan nyonya
Sama-samalah pandang
perempuan yang cantik bikin hati goyang

Pandanglah, lihatlah
pinggang ku yang ramping
dan dadaku yang bidang
Inilah selalu menjadikan
Orang hilanglah akal
rumahtangga tak kekal
Gilakan bayangkan

Perempuan kalau tak pandai jaga badan
suaminya tentu lekas menjadi bosan
mengerbang rambut macam hantu dalam hutan
suami memandang hampir pengsan
Perempuan kalau sayangkan suaminya
Pandang sini, hai tirulah seperti saya
jaga bentuk,
jaga kulit dan jaga rupa
Senyum sayang kau berikan dia
Pandanglah...lihatlah....tiru macam saya........

p/s :...jangan tiru macam saya...yg baik2 itu semuanya dari Allah.

>Zasss!

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jangan salah Tafsir...!

Tuesday, October 19, 2010 Nazlee Ismail 8 Comments

Semalam... ktorang plan nk pegi makan2 kat luar,

bukan sebab makanan kat umah dah kehabisan...hehe ,

yang sebenaq2nya adalah....

nak memenuhi permintaan anak2 yang dalam keadaan tensi ..entahla.

rasenya cm dah jadi tabiat plak (dorang je la..)...dah makan kat umah pon nak 'pekena' kat luar jgak..

tau adik n kakak nak makan pe??

Drumstick....hahaha, aiskrim cornetto ke ayam goreng ??? konpius la aku ...

..

.

..

.

.

ni pon 'drumstick' gak yang penuh dramatik....abaikan sepintas lalu jer..

..yang si kakak nak ais krim n adik plak nak ayam KFC..

oooowh ! satu nama dua benda yang berlainan..

masa tu dah pukul 10mlm plus2....drumstick cornetto xder hal..kat 7E pon ade...

chiken drumstick KFC yang problem sikit walaupon 24hrs KFC ade...yang direquest plak takde..(bole ke xde stock!!!aku pon ade xprien dgn kfc..cooker malas la tu).

part lain2 tu banyak..tapi drumstick jgak yang digemari oleh adik... >frust!!<

kenapa ek drumstik xde kt kfc..!!!?

> adik : ..abah buat cm kFC punya..

> aku :ok..nt abah buat sibijik cm tu...layanzzz.

p/s : patutkah melayan karnah anak2 sebegini rupa...mungkin ada tips utk sharing nanti.

.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jika Kau Tak Datang...!!!

Monday, October 18, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

Salam....

gambar hiasan : by google..

Cm tajuk lagu datuk Ct n Kd lak...hak2!. korang minat ke...datuk Ct situ.....aku takbley blah!..ade orang jeles...hehehe. (jeles tang mana ..aku pon tatau...dgr lagu ja pon..huhu)

sebenaqnya apa yang tak datang...?

dalam kehidupan, kita perlu ada peringatan agar tak lalai dan terus dibuai mimpi...samada indah atau buruk sudah ditentukan oleh NYA.

yang dimaksudkan adalah MUSIBAH.

Musibah datang untuk mendekatkan diri kita dengan Penciptanya..
Musibah juga datang untuk menambahkan lagi pahala yang sedia ada...

Tapi semua ini ...datangnya jika kita sambut dengan penuh keredhoan,penyesalan dan kesabaran....

Redho dengan segala apa terjadi akan ada hikmah disebaliknya,

Penyesalan sepenuh jiwa membuatkan kita semakin dekat dan menjadi insan yang baik2 dikalangan yang terbaik dan

Kesabaran menjadikan apa yang terjadi lebih nikmat kerana semua tu adalah ujian dan dugaan sebagai hamba yang taat perintah agama.

Jika Kau Tak Datang..maka aku tak sadar.

>Aisyah berkata, ”Rasulullah bersabda, Tidaklah musibah yang menimpa kepada orang Islam melainkan Allah akan menghapus dosanya sekalipun musibah itu hanya tertusuk duri.” (HR. Bukhori 5209)

>Sebahagian ulama salaf berkata, ”Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat rugi tanpa membawa pahala.” (Lihat Al Iman bil Qodho` wal qodar oleh Muhammad bin Ibrohim Al Hamd, 106)

p/s : ..masa susah je kita ingat tuhan..masa senang hagrhammm!!...mudah2an tak terjadi di kalangan kita...

.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku Insan Yang Lemas ?

Friday, October 15, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

Assalamualaikum...salam petang2 Jumaat.

Kalu dilihat pada pic atas ni...siapakah kita ya..?

susah benar nak dapatkan solat yang benar2 khusyuk...kekadang tu terlalu nakkan kekhusyukan dalam solat akan menyebabkan kecacatan pada solat itu sendiri..

bagaimana ya kita mampu melakukan semua itu....
aku juga sering tertanya2 bagaimana ingin mendapatkan solat yang khusyuk .

mungkin tips di bawah dpt membantu..tetapi rasanya blom boleh ku amalkan sedemikian rupa... masih terselit keduniaan (fikir PM umum ape ya utk Bajet11 ...)berfikir tentang benda yang patut dilakukan selepas solat...
terkadang sampai terlupa sudah rakaat brapa solat ku ini.

dan ketika aku sedar dari lamunan ku dlm solat...aku beristighfar....

mungkin teman2 yang lain punya pendapat maka,

bole la dikongsi2kan...

semoga akan bermanfaat untuk semua.

>Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Cara atau tips yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

8. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.

9. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.

Meskipun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya. Selain daripada itu, sembahyang yang benar-benar berfungsi untuk mencegah perkara maksiat dan mungkar ialah sembahyang yang khusyuk, didirikan semata-mata kerana Allah.

Seperti firman Allah S.W.T yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :

“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”

p/s : masih memperbaiki diri ini..moga diberi petunjuk oleh Nya

.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Seperti ada 'orang' menarik kaki..

Thursday, October 14, 2010 Nazlee Ismail 18 Comments

Salam...

Ini hanyalah sebuah perkongsian pengalaman saja...

Seringkali kita membicarakan tentangnya dan ia seolah2 akan mahu menonjolkan dirinya..
walaupun benda2 mcmni dah lama tak kedengaran oleh pekerja dan staf di kawasan sekitar.

Selalunya ia hanya akan ucap 'selamat datang' kepada penghuni baru di sini khususnya wanita...
jarang sekali berlaku terhadap kaum lelaki...(mungkin jantina nya sama..).

Ucapannya adalah seperti "terasa hembusan angin dengan bunyi fuhh! di telinga..beberapa kali sehingga terjaga dari tidur" (berlaku semasa tidur)..dan selainnya adalah seperti ibujari kaki ditarik mengejut (juga belaku semasa penghuni tidur).

Kejadian ini telah dikongsi oleh mamadiana semasa beliau baru berpindah ke sini tahun lepas..tanpa diceritakan kepada anak2.

....Kebiasannya kalu dah sesekali berjumpa jiran tetangga, tiada apa yg banyak dibicarakan..lagi2 peghuni di sini masih baru2 dan berlainan kampung halaman..ada yg dari T'ganu, Klantan, Sabah, Serawak, Kedah, Perak dan S'gor sendiri....

Apa yang disembagkan? espesli para wanita....citer usik mengusik (bukan 18sx tu la)..citer hantuu..(kira 18sx la jgk) menjadi topik hangat !

...sebelah umah aku..bunyi meja kerusi dan alatan perabut cm digerak2kan selalu tak kira waktu...
cm ade yg mengemas tgh2 malam..nk kata baru pindah dah lama masuk umahtu..bila ditanya kepada penghuninya sewaktu open house raya ari tu..dia ckp takde rajinnya dia mengemas malam2..hak2..dia pon dgr benda yg sama gak disangka dtg dari umah aku..waa ni dah rasa lain mcm jer..xper wat tatau ja..

..ini citer makcik jiran lagi satu...dia selalu dengar orang ngaji dalam bilik atas (dorang selau tido bilik bawah)..baguslah kalu dgr ngaji..tapi sapa yg ngaji dlm gelap..lagipon suami dia keja malam..huhuhu seram jgk la...

..pakguard dah biasa bedepan dgn benda2 ni...tapi dorang ni saja tanak citer, terasa takut gak..
habis da ramai yg bukak citer..satu per satu kuar citer seram...huhu menakutkan.

Yang terbaru..masa salah sorang buat rondaan..nampak burung hantuu sama besar dgn budak skolah drjh satu terpacak atas jalan raya dalam kuarters..ni mungkin real punya..kat sini pon tmpt jin bertendang..
dan dalam kuarters yg masih kosong tu yg sentiasa dibersihkan tiap2 3bln sekali oleh tukang sapu ada ternampak kelibat 3 org sami serba oren..sepintas lalu.

Ada lagi yang terbaru...baru dua hari lepas kat kuarters no 2 , nampak kelibat Izam oleh isterinya siram pokok bunga...bukan keja dia tu siram pokok mlm2..lagi pon tu keja orang landscape.
masa tu isterinya dok kat bawah terpandang kat luar...dan terus naik atas ke bilik tidur..tgk2 Izam tengah tidur.

Sebenarnay aku pon ade gak kena kacau....seram la jugak tapi belum masanya lagi nak citer...

Setakat ni ktorng masing2 mengamalkan bacaan ayat2 al-Quraan di kediaman masing2.

moga Allah melindungi kami semua dari ganguan Syaitan .

p/s : semoga ada hikmahnya..dpt mengeratkkan hidup kejiranan dan sentiasa mengigati Allah.

.

18 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

KARI bukan Mamak...

Wednesday, October 13, 2010 Nazlee Ismail 8 Comments

>gambar hiasan

mau rasa yang original..sendiri masak la no...(takde spender dalam periuk..garentiii!!!)..ada candu ?

dulu ada dengaq macam2 kes pasai kedai mamak..wallahualam. (baca kat sini).

Bukan nak share aroma dan resipi...tak teror mana pon..tokoktambah bagi sedap sikit( bole blah!) adela...
tak lalu/selera masakan mamak yang tangan berbulu lebat tuh...cubalah masak sendiri atau cadangkan kat wife kesayangan korang tuh (mamadiana tak bagi resipi detail , kalu nak rasa bawak mai udang besaq2..kita pakat masak dan makan sama2)..

>gambar hiasan

ada sedikit je penambahan kepada masakan dorang ni..yang suka berkunjung ke restoran mamak/nasi kandaq...lepaih nie releks jap ye..bagi 'chan' wife korang masak mamak style plak (sesekali tukar style)..
segala resipi gulai/kari yang korang tau..follow je..cuma tambahkan serbuk kurma 1:2 dgn serbuk kari + cili kisar sikit..paham ker..(bukan chef penjahanam ni..)

sher2 lah sedikit info dari mamadiana untuk hidangan suami/famili korang yang menyukai gulai/kari udang dan sotongn mamak..(kalu tak suka lagi baguss...takde la tangan/mulut bau kari hari2..)

anyway ...selamat memasak utk tghari/malam ni..takyah tunggu ujung minggu nak masak untuk laki tersayang...huhuhu.

nanti bekenan kat mamak tu ..susah plak!!

p/s ;>mamak from India....belum duduk dah tanya mau makan apa?

>mami,mamu..jgn mara no..xdak kena mengena kot.
.

8 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cerewet melampau..

Tuesday, October 12, 2010 Nazlee Ismail 14 Comments

bole buat orang 'geli' mendengarnya..especialy terjadi pada lelaki...

"...aku la..dorang ni memang carik pasal dgn aku..nanti aku campak je kat muka tailor tu baru dia tau...aku memang cerewet pasal baju ni..ada ke patot dah 3x aku 'alter' termasuk yg ni pon silap jugak...gatal la badan aku pakai baju cmni...kalu korang nak tau..baru kali ni aku pakai kain jenis ni..kuang asam tol tailor tu..ni baju keparat bukan koprat!! dia tak tau aku sape!!.."
>lelaki cerewet.com

ada benarnya juga dia cerewet

Korang mesti tak tergolong dalam kategori ni...

Cerewet yang melampau...hahaha..kalau ade pon sikit2 tu takde hal..

lumrah manusia memang begitu..selalunya berlaku terhadap kaum pompuan..lelaki pon ade gak tapi jarang2 , kalau ade pon dia taknak tunjuk sangat.. kan!

tapi yang sorang ni memang melampau2 gak le cerewetnya...orang laen dah siap pakai ..xde hal sangat pon...

ape ke hairnyer yop...nak dapat publisiti ker??

p/s : sesekali bole layan..banyak kali buat orang 'geli'.

.

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bila Orang 'Kedah' Masak Patin Tempoyak...

Monday, October 11, 2010 Nazlee Ismail 14 Comments

gambar hiasan

Salam...

Segalanya bermula setelah ipar aku yang bertemu jodoh dengan orang Pahang,
..memang sudah terkenal masakan orang Pahang ni yang popular adalah ikan patin masak tempoyak..

rombongan Mak Kiah ke Temerloh

Kunjungan kami sekeluarga ke Temerloh disambut dengan hidangan spesel ni...sudah menjadi trend dorang sana menyajikan hidangan seperti patin masak lemak tempoyak bersama patin goreng dengan bawang dan cili padi tumbuk...

Dua tahun sebelum ni kami sekeluarga tak pernah merasa atau teringin nak mencuba2 masakan ini lagi2 berasaskan ikan patin sebab kat Sp memang susah nak jumpa..

Walaupon ada dijual kat hypermakrket, tapi kebanyakkannya ikan tu dah lembik..ada juga baunya hanyir..tak tau lah dari mana datangnya.

Sejak dari tu dan seterusnya bila dorang ni sesekali balik kampung..ikan patin adalah menjadi kewajipan untuk dibawa kepada keluarga metua di Kedah...
so, lepas tu resipinya telah disebarkan kepada adik beradik yang lain termasuklah mamdiana...

Okay...kembali kepada tajuk asal...
kebetulan ada ikan patin kat pasar kemboja semalam dah terbeli...(bukan sekali tapi dah banyak kali beli..rasanya tak hanyir langsung..best!)
tiada apa yang perlu difikirkan lagi..tempoyak sememanngnya dah ready dalam peti ais tu (buat sendiri gak tu).

mula2 tak berapa menjadi tapi taknak komplen kat sini (hati bini mau jaga wooo)..dah banyak kali masak patin tempoyak ni semakin sodap la plak...orang2 Temerloh datang pon dorang dah bagi thumbup...pass! kata dorang.

Sekarang ni dah jadi kebiasaan menu untuk hari Isnin tghari dan malam adalah patin....
patin masak tempoyak,..patin goreng cili padi,..sesekali tukar patin masak cabai(cili), patin asam pedas..dan segalanya mona fatin...

> pics credit to google

Sudah menjadi kebiasaan...belum cuba belum tau, dah tau kena masak sendiri baru peeerhhh!..

Selamat menjamu selera !

p/s : Sila kan menggoogle untuk resipi selanjutnya.

.

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Korang Kena Tipu..

Monday, October 11, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam isnin yang indah....

Terbaca suatu entri yang menarik lalu ingin aku kongsi bersama di sini...
Ini adalah peringatan untuk mereka yang masih lagi inginkan kenikmatan yang tiada faedah langsung bagiku (lantaklah korang smoker nk kata pe).

Bahaya merokok sudah diketahui umum malah harganya pon semakin meninggkat dari masa ke semasa dan yang terbaru naik sebanyak Rm0.70...tak sedar lagikah mereka ini!.

"Apabila dikoyakkan sekotak rokok yang baru dibeli itu dengan harga RM 10 kata nya " yang ini habuk pun tarak " Sambil tergelak besar bila saya katakan kepada " haji kena tipu"....."

Berbagai cara untuk menarik minat...tapi yang ni tak perlu buat cmni pon dorang yang ketegar ni mesti beli punya !...
Kalau diperhatikan sikap pegeluar rokok ni seolah2 hendak menggalakkan bukan menyedarkan mereka yang dah tak sedar2 ni...

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sosej Usus Lembu..

Sunday, October 10, 2010 Nazlee Ismail 10 Comments

juga dikenali sebagai sosej kemboja........

sosej kemboja...perlu dibakar mcm satay dulu sebelum dimakan..aromanya sungguh menyelerakan !!
>>credit to google.

Salam...

apa kebenda nie..sejenis makanan! ,..nampak cm lain je !!!

haaa ni lah yang dinamakan sosej kemboja..atau dalam bahasa kemboja 'tong mo'..

proses nak buatnya agak merumitkan tapi semua tu kita boleh baca kat sini.

Sebenarnay kat area Banting ni memang ada satu tempat dikhaskan untuk orang2 kemboja/kampuchea berniaga iaitu di Pasar Borong Kanchong Darat..sememangnya sudah terkenal bagi orang2 sekitar dan juga bagi mereka yang menjalankan perniagaan pakaian seperti tshirt, kain tudung wanita, seluar jeans, baju kurung dan sebagainya. Kebanyakkan pelanggan selain dari orang2 tempatan adalah terdiri dari orang2 Pakistan yang berniaga dari rumah ke rumah tuh. (korang perasan tak...duit bulan ni belum bayar lagi..)

suasana di pasar kemboja.

Tapi dalam ramai2 tu ada jugak orang2 yang tak tau langsung tentang kewujudannya...cm jiran2 n opismate aku lah..maklumlah kebanyakkan dorang ni dari 'luar negeri'..lagi pon tak penah explore tempat bermastautin...'malu bertanya sesat jalan', jangan jadi 'kera sumbang' dah la ye!..

Citer tentang sosej yang luar biasa ni bagi aku la...tak teringin pon nak cuba sebelun ni, tapi ntah cmmana mak mentua aku ni, bila dia datang ke suatu tempat , kalau nampak benda yang berlainan/pelik sikit espesli makanan..mesti dia nak cuba...lagi2 kalau tengok benda tu berkerumun orang sekeliling nak beli, haa yang tulah buat dia teruja nak try makan...aromanya memang meyelerakan, lalu jer kat jalan masuk pasar tu....dah terbau sehingga ke jalan luar.

mak mentua aku yang suka jalan2 cari makan.

Setahu aku kat semenanjung ni ada 2 , 3 tempat pasar kemboja yang terkenal selain Selangor di Kanchung Darat Banting dan Sungai Buloh, Johor di Ulu Tiram dan Perak/Penang area Parit Buntar/Permatang Tok Mahat sempadan Sbg.Perai.

Dimana2 ada pasar kemboja maka di situ adalah orang2 kemboja yang menjual makanan tradisi dorang..korang pon kena cubalah..., bagi meraka yang inginkan kelainan sosej yang mantop dan original sila berkunjung ke pasar2 kemboja berdekatan...

kat sini tiap2 ari Ahad pagi ...
...mamadiana n makcik jiran sebelah nak tambah koleksi tudung, minggu lepas dah klesh dgn open house maka tak dapat lah ke situ....hahaha macam2 org pompuan ni.."kat butik mahal2 la...kita ni kelas pasar lambak jer"....huhu merendah diri betul makcik tu.

Aku merangkap 'driver' n 'bodyguard' dorang saja lah...adik n kakak lagi la...layan tido lagi bagus katanya taknak join orang tua2...hehe tapi siap order lagi tu bawa balik apa2 yang patot!.

panasssss montot jugak lah tunggu dorangni memborong sakan!
tunggu berejam dalam keta tak jugak muncul....aduuuuyai, sekali sekala bole lah makcik ooooi, jangan buat selalu...tak sanggup akuuuu.!

p/s : sempat beli ikan patin sekor....masak tempoyak la tghari ni.

.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mat Buyooongg!..ada Tips.

Friday, October 08, 2010 Nazlee Ismail 10 Comments

klik untuk siaran ulangan : serba tak kena...

cmmana nak buat nih...aduuuuyai!
...takpe ktorag sher2 kat sini wookay.

Tips kempiskan perut Mat Buyoonggg!!

Bersarapan Dengan Yogurt

Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

Jangan Gelojoh

Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut bincit.

Kurangkan Garam

Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum Air

Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat

Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

>sumber dari gedik.com

ada satu lagi tambahan mungkin selalu kita amalkan secara sengaja atau tidak tapi ia nampak macam tidak berkesan sangat sebab kita tak ikut betul2 pantang larangnya..senang ja tu bukan susah sangat..

cmni..kita selalu order atau buat sendiri kat umah air teh'0' cm biasa , tapi kali ni tanpa gula dan perah limau nipis, kasi masam sikit, seelok2nya lepas makan sesuatu la..kalau perut kosong nt kena gasterik plak..tak pasal2.

amalkan selalu..ingat no sugar!..kalu tak teh'0' , air kosong pon takpe.

p/s : letak belon dalam baju...kalau nak nampak lagi seksi.

.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kongsi Baik punya....(4)

Friday, October 08, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

KEHEBATAN SYURGA BERDASARKAN AL-QURAAN

Salam Jumaat yang mulai....

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayangmu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

>iluvislam.com

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hantu Sos, Ila dan Wati...

Thursday, October 07, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

Tersebutlah kisah dua plus satu orang hantu... Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu Ila ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu Wati yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu Wati sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu Ila ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu Wati.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu Ila sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak hasben aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la hasben aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu Wati penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe hasben aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut pompuan kat pintu umah aku. Aku tanye hasben aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik betina tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik betina garit tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu Ila mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu Wati terdiam mendengarkan cerita Hantu Ila. Selepas beberapa ketika, Hantu Wati berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

"...mane plak kawan kita sorang lagi...tadi ade kat sini.." tanya hantu Wati.

"dia tu sebenarnya pemalu hantunya...dulu dia cantek sesanggat...ade orang dengki dan kerat2

bakar , pastu buang dalam sungai" terang hantu Ila pada hantu wati...

"ape namanya"..tanya hantu Wati lagi..

"emmmmmmmmmmmmmmmmmmph....pelik sikit la" jawab hantu Ila.

"area 'benteng' dah bising2 nih....." masih lagi hantu Ila tak jawap soalan tuh..

"tungguuuu dia datang balik...aku malas citer kat sini...serammmm!!!" dalih hantu Ila lagi.

" aku hantu Sos laaa.....ade korang kesah citer aku kuar dalam @#$%^&* selalu!"..

p/s >sumber : hantulucu.com.rekaan semata2.

.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

kesukaan suami..kena tau wokay !!

Wednesday, October 06, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

>"Sediakan Makanan Yang Disukai Oleh Suami.
• Aduss Kalu Tgok Majalah Saji Majalah Resepi Dan Sewaktunya Kat Umah Mmg Tak Pernah Miss Langsung Langgan Bulan Bulan. Tapi Suami Jer Yg Miss Makan Kat Umah Selalu. Jgn La Asyik2 Ikan Sardin Ikan Sardin Ikan Sardin...Masak Singgang Masak Singgang Masak Singgang ( Redho Jer Laa) Bila Laa Nak Merasa Ayam Masak Berlada, Udang Masak Serai Wangi, Gulai Nenas Ikan Kering...Owh Tuhan Hanya Kepada Mu Aku Berserah Huhuhu.."<

dipetik dari sumber ini.

Salam to all...

maap ye para isteri yang membaca entri ini ...tersentuh perasaan tu perkara biasa la..
memang PCL nak korang sumer tau dan kongsi apa yang aku dapat...

aku tau ada dikalangan korang ni adalah dari wanita yang bekerjaya..mane de mase nak masak2 kan, lagi2 yang tinggal jauh dari tempat keja..balik pon dah sampai umah pukul berapa ...penat pon tak hilang lagi nak masuk dapur plak..aduyai. (tak kawen nanti andertu, dah kawen cmni plak..kena layan suami lah)..adeke korang mengeluh cmni?...kalau ade hentikanlah ye..tak baikkkk sangat!.

cara penyelesaian the simple things adalah...cmni :

meh PCL nak ajaq sikit...

  • masakan kegemaran suami tak semestinya kena sediakan hari2..ulang lama2 sekali pon takpe, janji dia tau yang korang memahami selera kesukaannya...kalau tak tau , senang je..

  • tanya mak mentua dulu (jangan segan plak!) , anak dia suka makan lauk apa ( suami selalu kata.."tak kesah la sayang masak pa abg makan je..")..belajar masakan tu walau pon korang tak berapa suka..jangan ikut mulut korang je..

  • kalau selalu sangat makan kat kedai, tgk2 la sama suami amik lauk apa..intai2 dalam buku resipi( google je senang) lepas tu hari minggu masak untuk dia plak...lama2 teror la.

  • masak sama2 (pandai2 la korang mengayat)..baru suami tau bertapa susahnya nak sediakan makanan kesukaannya..kalau dah tau suami masak utk korag plak.(kalau dia taktau..tolong temankan kat dapur pon dah cukup tu..bahagianya.)

  • jangan ingat asal masak sudah...lepas tanggungjawab hari ni, terima teguran suami dengan hati yang ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki lagi mutu masakan tu..sabor sikit, melentig tak bawa pekdah lansung..terus hilang mood makan suami.

  • makan sama2..kalau takleh sepinggan, semeja pon jadi lah...

Oraiiit !..tu jer.

p/s: ehh! suami pon kena tau makanan kesukaan ister jugak...jangan berat sebelah biar berat dua2 belah wokay!