Jangan Jadi Suami 'Kaki Bangku' .

Tuesday, December 28, 2010 Nazlee Ismail 9 Comments

Salam..

Aku bukan nak merujuk kepada simpulan bahasa yang pernah kita pelajari masa sekolah rendah dulu..tapi sebenarnya ini adalah hakikat yang terjadi kepada kebanyakkan pasangan yang sudah berkeluarga.

Kita cerita pasal keluargalah ya...bagi mereka yang belum lagi tu boleh la ambil ini sebagai pedoman...
ish..ghaha cm motivater la plak eh...

kita sering mengabaikan peri laku mulia Rasullullah S.A.W di rumah baginda yang unggul. Sehingga kita tidak berusaha meneladaninya tentang hidup bekeluarga.
Apa yang di fikiran kita, kita rasa sudah melakukan yang terbaik. Segala ibadah dengan rahmat Allah dapat kita lakukan dengan sempurna. Kita juga telah cuba jadi suami yang terbaik dengan menyediakan segala keperluan isteri. Bekerja mencari nafkah dari pagi hinggalah ke petang.

Sebaik sampai rumah kita disambut oleh si isteri lalu kita pun berehat bersandar di atas sofa sambil membiarkan isteri sibuk menguruskan rumah tangga. Sikap begini kadang-kadang berlanjutan sehinggalah ke waktu cuti dihujung minggu. Isteri dibiarkan bekerja sendirian di dapur. Barangkali kita sudah biasa dimomokkan bahawa tugas isteri adalah menjaga rumahtangga sedang suami batasan kerjanya ialah mencari nafkah. Oleh itu, walaupun kadang-kadang si isteri turut penat bekerja membantu suami mencari nafkah, si suami masih tiada rasa bersalah membiarkan isteri melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Ini lah yang dikatakan suami 'kaki bangku'... bukan kerana tidak tahu bermain bola sebaliknya kerana hanya tahu duduk di bangku menantikan segalanya tersedia tanpa tahu erti membantu atau melayani isteri.

kekadang apa yang diperlakukan seperti direlakan oleh pasangan masing-masing.
ya, ada yang berkata ..apa guna ada pembantu di rumah, semuanya telah dilakukan oleh mereka..sebenarnya bukan semua kerja perlu diserahkan kepada pembantu jika kita mahu merasakan erti perkongsian hidup yang sebenar mengikut tauladan daripada Rasulullah S.A.W.

Membantu pasangan dengan redho, sebenarnya tanggungjawab seorang suami memang berat dan inilah pelaburan kita untuk ke syurga. Isteri perlu dilakukan sebaik-baiknya barulah kerukunan rumah tangga dapat di kekalkan dan barulah si isteri dengan rela menerima nasihat si suami. Jika hak-hak ini tidak ditunaikan hancurlah kebahagiaan keluarga. Si isteri tidak redho pada si suami dan si suami tidak redho pada si isteri.

Tidak susah kan..sekadar menyidai kain baju di ampaian...malu ke nak buat ??
>>aaar tu la masalahnya...bukan taknak tolong tapi malu..segan kat jiran tengok...huhuhu.

p/s : semua perbuatan baik akan menjadi ibadah jika dilakukan dengan redho.

>sumbangsih : kaki katil cmner plak?

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Apa kata tahun 2011 anda (kita) mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Monday, December 27, 2010 Nazlee Ismail 9 Comments

>KOSMO 27/12/2010

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.

Wednesday, December 22, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

Salam ...bertemu lagi di celah kesibukkan duniawi..

jangan sesekali kita lalai dan lupa hakikatnya di mana saja kita bole bersua, bertanya dan beramah mesra , lantas di alam maya ini pon kita turut serta..,

Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. (maybe ada non muslim readers)

Rasa gembira ada di dalam ketenangan.

Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada

Tuhan penciptanya.

Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ kita akan merasai ketenangan.

Apabila sudah tenang, kita akan merasa gembira dan bersyukur.

Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa

kemarahan.

Bagi (kita) umat Islam...

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada..teruskan berusaha..

Beusaha untuk menghampiri Nya.

Carilah.. petunjuk ada di mana-mana,

Tapi harus waspada...ada yang cuba yang menyesatkan kita.

p/s : Berhati-hati dengang ajaran yang menyesatkan.

.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

P@kcikLie bz sekarang nie... ...

Sunday, December 19, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

gambar hiasan

...sorry arrr PCL tgh bz ni nak uruskan kopitiam ...haha bajet cm bagus je..

korang penah makan tak kat kopitiam label Pak Li...kat Banting ..outlet terbaru dorang baru jer beroperasi...

walaupun namanya Pak Li Kopitiam...sayang sekali aku tak terasa hati nak mencubanya..taktau nanti kalau2 tergerak hati...(pak li yang mana satu pn aku tak kenai...ada potong ka!)

ada sesapa yang pernah mencuba makan di mana2 kopitiam..ok ke???

p/s : lalu..pandang2 n jeling2 jer...

.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pantun Terasa oleh KULAAN..

Sunday, December 19, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

terasa nak share di sini..kepada sesiapa yang belum membacanya silakan lah ke link di bawah :

Terima Kasih...

salam.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Layan FunkerFm...

Friday, December 17, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

owh ada funker.fm ..

bole dengar radio kat sini..

layari : www.funker.fm

first time blogging malam2 nie...ok jugak kan..takde benda nak buat ..lagi pon esok cuti kan!!

layan dulu..dah lama menyepi rasanya..bukan stress..tapi saja....

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Stress boleh buat badan 'Kembang'..

Wednesday, December 15, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

...Ada yang mengatakan bahawa stress ini bermula dari rasa bosan. Bosan pula ada pelbagai sebab dan punca, samada di rumah atau tempat kerja, bahkan semasa dalam perjalanan (menaiki kenderaan) pun kita boleh merasa bosan. Rasa bosan ini kalau tidak ditangani, maka ia akan merebak menjadi stress. Wallahu a’lam.

..untung jugak ada set table tennis kat opis ni..leh gak main2 keluarkan peluh sikit...selalunya peluh keluar bila buat site visit je..tapi dah ujung2 tahun ni rasa malas la nak keluar...

..stress bila dah keja belambak, pe lagi bila dah set time 10.00-10.30am...'opening table' 4 org dah menjadi ahli tetap...rasanya cukup untuk memansakan badan dan kalu rajin, petang.. lepas pukul 5 bole sambung....hehe.

Badan rasa dah mengembang sikit..rasanya belum terlambat untuk bertindak..
korang jangan ingat aku 'curi tulang' plak...tengok keadaan la, ada orang time tu amik breakfast...aku rasa fare jer..siap bos pon join sekali kekadang tu..

kenapa tak boleh ??
Aku rasa okey je...takde salah selagi kita tak melanggar etika kerja di mana tempat kita bekerja yang membolehkan stafnya beriadah seketika....yang merokok masa tu mungkin tak lepaskan peluang nak pekena sekejap dan yang nak makan pagi2 tak sempat tu biasalah..cari kedai kopi berhampiran...
..masing-masing dah bole fikir, janji kerja mau beres !

Sekadar perkongsian. Semoga kita dikurniakan kelapangan jiwa dan dada dalam menghadapi tugas seharian. Jika niat kita adalah untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Allah, nescaya segala tugas akan dapat dilaksanakan dengan gembira.

p/s : HIDUP BAHAGIA TANPA ‘STRESS’.

.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Keja memanjang !!

Tuesday, December 14, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Assalamualaikum...lama rasanya tak bertemu di dunia blogging ini...
rasanya mahu berundur seketika, hujung tahun memang sangat2 sibuk..
banyak benda nak fikir...

Ye lah , cuti2 sekolah ni..anak2 dan keluarga begitu penting bagi mereka yang sudah bekeluarga, seharusnya masa yang terluang adalah untuk kita menjalinkan hubungan kekeluargaan...

cuti pon masih panjang lagi, masih ada masa untuk membawa anak2 bersiar2, kalau ada cuti tu apply lah..jangan sayang keja sangat...dorang kat rumah pon perlukan kita jugak...

nanti dorang dah start skolah balik..baru korang nak plan cuti..kesian kt anak isteri kat rumah tu..tak kemana2 ke dorang tu!!!

psst : owhh! cuti dah habis erk!!

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mulakan Segalanya ...(2)

Wednesday, December 08, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

gambar hiasan

"Bukan tua tapi veteran,,,, orang lama.. dan banyak istilahnya...hanya cermin menipu diri bersama sejarahnya."
>Panglima Muda

"selalunya bagi diri kita sukar untuk mendapat kesedaran melainkan ada yang menegur terlebih dahulu...yang pasti mampukah kita menerima teguran?? jika ya, berubahlah dgn keikhlasan diri."
>Diaumaininaz

....persiapan diri untuk mengahadapi penghujung hayat , tiada siapa yang tahu..tak perlu tunggu usia separuh abad baru kita hendak memulakannya...

beringatlah sebelum terlambat...jangan asyik mengejar DUNIAWI sahaja !

.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mulakan Segalanya ...

Tuesday, December 07, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments

Setiap sesuatu itu dijadikan oleh Allah SWT itu berpasangan...
ada lelaki ada wanita...ada jantan ada betina...ada depan ada belakang..ada pucuk ada pangkal..ada kepala ada ekor ada kehidupan ada kematian dan bermacam2 pasangan lagi, sesungguhnya Maha Agung Pencipta alam dan sekalian makhlukNya.

Hitam dan putih (kehidupan), dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan, untung dan rugi, kegagalan dan kejayaan, semua itu juga pasangan secocok yang perlu dipilih oleh seseorang jesteru mematangkan peribadi .

Pabila melihat ke arah cermin, nampak kulit semakin kedut, nasib baik uban belum tumbuh melata hanya di sana sini teringin nak keluar sehelai dua..hehehe.

Hari2 semakin sibuk melayari dunia yang mencabar keimanan...
membuka album kenangan masa lalu, sungguh pantas ia berlalu..anak2 pon kian membesar cuma iman ini saja ditakok lama...terasa ingin berhijrah sudah lama..berhijrah tempat tidak terkira, berhijrah iman baru bermula..

mudah2an dipermudahkan segalanya.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Monday, December 06, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Bagi mereka yang sentiasa alpha dengan tahun Masihi apabila ditanya bersamaan berapa haribulankah bulan Hijarah hari ini, maka ada yang 'ter anu-anu' untuk menjawabnya...
Usah dikata orang lain , aku sendiri pon terkebil-kebil mengingatkannya...

Nyaris aku tidak kelupaan tentang ini...
Bila Maghrib menjelang, tahun baru pun datang. Datangnya sungguh indah jika disambut dengan doa dan pengharapan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Berdoa untuk yang terbaik sepanjang tahun baru yang datang... 1431H pergi dan datangnya 1432H moga beroleh keberkatan hidup kita sekeluarga.

Apa yang perlu kita buat...
Sunat berpuasa dari 1 Muharam hingga 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Teruskan berdoa sepanjang sepuluh hari pertama mohon perlindungan dari syaitan yang nampak kita, tapi kita tak nampak dia. Mohon kepada Allah agar syaitan jadi putus asa menggoda kita sepertimana syaitan-syaitan tu putus asa daripada rahmat Allah dan diputuskan daripada keampunan Allah.

Salam Maal Hijarh dari PCL sekeluarga.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Siapakah Dia ??

Thursday, December 02, 2010 Nazlee Ismail 9 Comments

"Apa nak tulis ni? Aku nak cerita apa? Mana idea ni.. Dan pada ketika ini, rasa putus asa pun mulai memunculkan dirinya. Dia duduk di sebelah anda dan memujuk agar jangan meneruskan aktiviti blogging anda".

Siapakah dia yang berani menasihatkan aku ??

Pernahkah anda berperasaan sebegini....nasib baiklah semalam seharian internet masalah di opis ku..buntu! tak tau nak buat apa...takde blogwalking, takde ziarah2...tapi masih ada yang sudi berkunjung.

Terima kasihlah kepada yang sudi singgah lalu di sini.

Masalahnya sama seperti yang dihadapi oleh abah_Izz dan berkemungkinan opis gomen yang terlibat. Facebook dan Blog di block !!..haha baru padan muka...tapi nasib la kat opis ktorg ni buat sementara saja..taktaulah kenapa..mungkin ada yang report kat PM dan PM bagi permision untuk ber FB dengan cara yang berhemah...Huh! biaq betoii!!

Kesimpulannya kita kena sedar bila mana kita sedang sibuk dengan kerja dan masa mana kita nak merehatkan minda...jangan terlalu taksub sangat dan ini boleh melalaikan kita dari tanggungjawab.

p/s : semalam bagi 500 henggit pastu block FB....baik punya!