Jadilah Kita Pasangan Beriman.

Saturday, January 08, 2011 PCL 8 Comments

Salam..

Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.

Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.
>sebahagian petikan dari blog Cina Islam.

Jangan setelah derita baru terhegeh2 untuk menghampiri NYA..sebaiknya berterusan di saat bahagia bermula.


8 comments:

  1. betul tu, sesibuk mana pun..luangkan sedikit masa seminggu sekali pun boleh sembahyang berjemaah anak beranak...insyaAllah semuanya terpelihara.

    ReplyDelete
  2. baru la bahagia hidup berkeluargakan...dan perlu ade jugak sifat tolak ansur...

    ReplyDelete
  3. harapanku ku begitu juga insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. takutttt bila tdengar kisah2 cerai berai ni...

    ReplyDelete
  5. semoga Allah tetapkan kasih sayang kita dengan pasangan dan keluarga smpai ke syurga..amin

    ReplyDelete
  6. moga diberikan jodoh yg beriman..amin..:)

    ReplyDelete
  7. dalam proses penambahbaikkan...moga dirahmati Allah kita semua...

    ReplyDelete
  8. semoga kita sebahagian dari orang2 beriman...insyaAllah...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.