Jangan Sengaja-sengaja...

Wednesday, January 12, 2011 PCL 6 Comments

Sengaja lengah sembahyang dikira dosa

SOLAT qada perlu dilaksanakan sebaik saja kita teringat kita sudah meninggalkan solat wajib tadi.

Contohnya, apabila terlepas solat Subuh dalam waktunya, hendaklah kita menggantikan solat Subuh itu setelah sedar daripada tidur.

Lakukan solat qada itu secepat mungkin. Tindakan menangguhkan solat qada hukumnya berdosa besar hinggalah solat itu dilaksanakan.

Tidak perlu ditangguhkan qada solat Subuh ketika hendak melakukan solat Zuhur dan tidak boleh sama sekali ditangguh sehingga Subuh esoknya.

Berdasarkan keterangan hadis, orang yang sengaja melambatkan solat pula sudah dikira berdosa, apatah lagi orang yang meninggalkan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, nyatalah dia sudah kafir”.

>sumber : myMetro


6 comments:

  1. salam, tq atas tazkirah yg diberikan, kadang2 kita lupa...

    ReplyDelete
  2. Subuh yg selalu terbabas..tapi ada berkatnya kita bagun pagi2 sebelum waktu subuh..exersise ke..dah pasti solatnya tak tinggal.

    ReplyDelete
  3. salam PCL,
    sungguh setuju.. nak solat diawal waktu pun kena mujahadah.. kadang ada gak yang buat 2 in 1..ni selalu orang pompuan ler..

    ReplyDelete
  4. betul tu PCL, berlengah2 sudahnya terlepas langsung..DOSA BESAR TU!..thnks for remind us..

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas ingatan itu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.