Anak-anak Buat Apa Tu...!!

Sunday, February 13, 2011 PCL 6 Comments

Salam pembaca blog yang tak segan2 lalu lalang dan tinggalkan link dan komen kat sini..walaupon kekadang tu aku tak update sekerap dulu...tapi sokongan anda memberi semangat untuk terus di sini... Jutaan terima kasih diucapkan.

Orang kata (blogger lain), kalau kita rajin blogwalking kita akan dapat info baru, kenalan maya dan berbagai lagi yang banyak menyumbang kepada perkembangan blog itu sendiri...tapi kalau dah masa tak menentu...sesuatu yang lebih utama perlu difikirkan...harap anda memahaminya..

Apa anda lakukan bersama keluarga di hari cuti hujung minggu sebegini ?
Jika kita tak kemana-mana..maksudnya dok dalam rumah saja...perhatikan anak anda buat apa?...adakah asyik dok melayan tv sajakah!...berblog!. mungkin kurang kot, tapi berFB/twiter!. kebarangkaliannya adalah besar, sebabnya masing2 dah ada akaun Fb..betoi kan!..tak pa, boleh kontrol..kontrol la sikit..maksudnya pantau apa yang dorang dok buat tu...anda lebih maklum tentang hal mengawasi anak2 masing2 yang sedang meningkat dewasa...huh! payah2 betoi dak..lagi2 anak perempuan macam aku ni.

Memang sudah wujud perisian bagi menyekat anak-anak dari memasuki laman web prono atau sebagainya, tetapi ia hanya satu alat bantu yang tetap perlu pemantauan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang bekerja, sudah tentu sukar untuk mengawasi penggunaan internet di kalangan anak-anak ini. Jadi apa yang boleh dilakukan? Tips di bawah mungkin dapat membantu ibu bapa memantau setiap pergerakan anak dari menyalahgunakan internet.

1 – Jadilah teman anak di laman sosial (fB, Twitter dan lain-lain)

Langkah pertama jika anak ingin membuka akaun fB, maka anda harus menetapkan syarat tanpa kompromi bahawa dia harus bersetuju anda menjadi kawannya. Maka dengan ini, anda dapat mengetahui setiap pergerakan anak bersama kawan-kawan sebayanya.

2 – Bersahabat dengan teman anak

Sesetengah orang tua berasakan diri mereka sangat sibuk dengan kerjaya, rumahtangga, kejiranan, kerja-kerja sosial dan sebagainya dan mengabaikan anak-anak dengan teman-temannya. Namun apa kata anda bersahabat dengan anak, setiap kali anak mempunyai teman, anda ikut mengenali temannya itu.

3 – Tempatkan komputer di ruang terbuka

Meletakkan komputer di dalam bilik dengan kemudahan internet sebenarnya mengundang risiko. Anak boleh melayari laman web yang tidak sesuai dengan peringkat usianya. Jika diletakkan di ruang terbuka, anda boleh memantau laman web apa yang dilayari anak. Kalau dia mahu menggunakan komputer riba, suruh saja dilakukan di ruang rumah adan jangan di dalam bilik.

4 – Awasi Twitter, Facebook dan foto

Banyak kes salah laku termasuk pemnyebaran gambar tidak senonoh di kalangan anak-anak. Jadi anda harus tahu gambar apa yang disebarkan anak dan bagaimana mereka meletakkan gambar untuk dilihat oleh kawan-kawan. Pastikan juga anda memantau gambar apa yang dilayari oleh anak di laman-laman web ini kerana dikhuatiri gambar tidak senonoh.

5 – Selalu periksa e-mel anak

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda seharusnya memeriksa dengan teliti kandungan e-mel anak. Periksa foto, video atau apa-apa saja isi di dalamnya, jam berapa anak melayari e-mel dan menerima SMS dan sebagainya. Jika ada pesanan yang mencurigakan, anda perlu menyoal anak dan pastikan ianya tidak berlaku lagi atau ptotong saja akaun Facebook, Twitter dan sebagainya.

6 – Periksa carian maklumat

Sama seperti e-mel yang pelu anda selidiki, pastikan juga anda mencari sebanyak maklumat tentang apa yang anak anda cari ketika melayari internet. Ini sangat penging kerana sebagai orang tua, anda seharusnya lebih peka dan tahu apa yang anak cari. Jangan sesekali membiarkan anak begitu saja tanpa mengetahui apa yang mereka cari di internet.

7 – Buat aturan waktu

Sama seperti ada masa-masa anak belajar, bermain, makan dan sebagainya, anda juga harus menetapkan aturan waktu anak ketika melayari internet. Jangan membiarkan anak melayari internet berjam-jam lamanya kerana lagi lama anda membiarkannya, mereka berpotensi melayari laman web lucah.

8 – Hari bebas internet

Jika perlu, tetapkan peraturan tentang hari bebas internet. Cabutlah semua peralatan elektrik dan lakukan kegiatan seperti bermain badminton, jogging, berbasikal, berenang dan sebagainya.

9 – Jadilah sahabat

Sebagai orang tua, anda harus sedia berbicara dengan anak, bertanya tentang keadaan dirinya, kawan-kawannya serta pelbagai permasalahan lain. Ceritakan juga tentang masalah buli, cabul dan sebagainya. Biarkan mereka tahu mengapa anda melakukan semua itu. Jelaskan alasan-alasannya secara terperinci mengapa dia perlu mengetahui semua ini.

Dengarlah masalah anak dan berikan penyelesaiannya. Jangan ragu untuk berkompromi namun tetap berpegang teguh kepada aturan-aturan yang anda anggap penting. Sebagai orang tua, kita tidak boleh terus-menerus mengawasi anak kerana semakin mereka dewasa, mereka juga mempunyai cara sendiri. Jika ingin mendapatkan kepercayaan dan anak berterus-terang dengan kita, ajaklah anak berdialog dan tunjukkan kalau kita mempercayai mereka.


Sedikit harapan dari PCL....kalau rajin menonton TV, bukak la siaran Astro 601 Tutor TV untuk anak2..atau yang suka berinternet tu..layarilah http://www.astro.com.my/examtutor/...ada bagusnya dari menonton siaran yang kurang memeberi pembelajaran kepada mereka.
Semoga bermanfaat !

Pssst ...heee bukan nak promote Astro pon, sama je kita ni.. kena caj 6% dalam bil...huhu!



6 comments:

  1. bagus tips2 PCL ni...
    anak2 saya kecik2 lagi dok layan kartunnnnn je la nih..
    klu bukak komputer layan games online ..
    belum pandai lg fb ...hehee

    ReplyDelete
  2. betol jugak ciklie, tengkiu atas tips nih, berguna utk hany nanti nih, hehehe walaupon takde rezeki lagi...kang nanti dah ada, snang dah tahu kan heheh tq

    ReplyDelete
  3. memang patut pon adakan hari bebas internet...baru lah berpeluang merapatkan hubungan kekeluargaan, ni tidak, adik n ibu tgk tv, ayah ngadap laptop wat keja, aku plak..dalam bilik je...macam pincang la sikit dunia maju sekarang ni yer...apa pun ini adalah gabaran secara kebetulan..sebenarnya tidak berlaku sama sekali dalam keluarga ku...rumah adalah syurga kebahagian dunia kami.

    ReplyDelete
  4. salam kulaan...
    waa..info berguna ni....nanti nak print bagi kat kengkawan sekolah..kongsi ilmu

    ReplyDelete
  5. anak saya kocik lagi...tapi memang maklumat berguna ni...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.