Tahniah Kepada Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H / 2011M : '1Malaysia 1Ummah' .

Wednesday, February 16, 2011 PCL 2 Comments

Pada hari ini 12 Rabiulawal 1432H/2011M (Selasa) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan. Dan di bawah adalah senarai penerima-penerima anugerah dalam majlis tersebut yang telah pun disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Majlis turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor. Manakala tema bagi Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M adalah '1Malaysia 1Ummah'.


Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1432H/2011M :

Penerima : Bekas Professor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor.
Biodata : Berusia 64 tahun dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Aktif berdakwah menyampai syarahan agama, kuliah dan tazkirah di seluruh negara selain menjawab persoalan agama menerusi lamanweb rasminya. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam penulisan artikel dan majalah ilmiah. Antara hasil karya beliau adalah sebuah kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’.
Hadiah : Wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang berharga RM3,000.


6 Orang Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M
Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

1. Penerima : Wee Soon Yen.
Biodata : Berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Beliau dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang iaitu dengan memperolehi 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2010. Sangat mengagumkan juga apabila beliau merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Katanya untuk berjaya, walaupun tidak mempunyai tempat rujukan di rumah tetapi seluruh masa yang ada di sekolah dimanfaatkan denganbertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah.

2. Penerima : Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha.
Biodata : Berusia 60 tahun dan juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

3. Penerima : Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr. Ismawi Zen.
Biodata : Berusia 58 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Msjidil Haram, Mekah pada tahun 2008.

4. Penerima : Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Biodata : Berusia 79 tahun.

5. Penerima : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah.
Biodata : Berusia 59 tahun.

6. Penerima : Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr Robaayah Zambahari.
Biodata : Berusia 59 tahun.

sumber : mStar online

2 comments:

  1. wah hebat2lah ek yang dapat tuh..tq info nie sb still tak baca lagi siapa yang tokoh2 yang dapat tahun nie.

    ReplyDelete
  2. Penerima : Wee Soon Yen..


    - mesti dah boleh baca Al-quran dengan baik..yer..semoga dipermudahkan hatinya juga.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.