Aku Insan Yang Lemah...

Thursday, March 31, 2011 PCL 10 Comments

'Aku insan yang lemah..hanya mampu berserah..'...bait lagu dari Rohana Jalil, artis 80'an...pe tak penah dengar !, apa la korang ni...tak pa ..tak kesah la !

Setiap daripada kita yang bergelar insan pasti akan mati... Namun kita tidak tahu bila dan bagaimana cara kita akan menemuiNya Yang Esa... Adakah mati dalam keadaan sakit? Adakah mati keranaan accident?..na'uzubillahiminzaliq ..

Hidup tanpa masalah... Bukan hidup namanya beb!... Ketahuilah, masalah yang datang adalah cara Allah untuk menguji sejauh mana keimanan umatnya. Orang yang beriman pasti tidak akan mengambil jalan mudah... Fikir-fikirkan lah...

So, sama-samalah kita fikirkan dan beringat... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, yang penting hadapinya dengan tenang, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikannya... Bukan mengambil jalan yang mudah...

nak tau apa tu jalan mudah ???...

banyak kes yg kita dengar dan baca melalui akhbar2 ...

kes bunuh diri la...

lari dari masalah dengan cara bunuh diri ..

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan Nabi sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang bunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (

جابر بن سمرة ) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim)

P/s : Jangan jadi cm katak...nampak keta lalu, lagi dia lompat ketengah jalan..nak mampus la tu "mati katak la namanya".



10 comments:

  1. hidup pun bagai telur dihujung tanduk

    ReplyDelete
  2. lipas pun sama la gitu..

    bunuh diri??
    ish!!!
    banyak cara lain lagi nak selesaikan masalah..

    ReplyDelete
  3. bukan setakat katak, kambing pun dah cenggitu..ari tue nyaris sy nak langgar kambing tau huhuhhhh

    ReplyDelete
  4. @diana ya la masuk rumah orang buat hal mmg kena la...

    tak pikir panjang...

    ReplyDelete
  5. @sahromnasrudin kalau manusia tak berakal cmtu lah..sama je..

    ReplyDelete
  6. Salam P@kciklie,,,,aritu di Kota Bharu...ada remaja nak bunuh diri dari Tingkat atas shopping Complex...mujur bomba selamatkan....nak selesai masalah di dunia...tapi masalah di akhirat selepas bunuh diri lagi maha hebat. Ibarat kuar mulut buaya masuk ke mulut harimau.

    ReplyDelete
  7. setuju dgn pakngah...Allah tak akan menguji umatnya jika umatnya tidak mampu.. jadi setiap ujian akan hadir hikmahnya .. dan kita harus ingat akan setiap yang baik akan hadir dgn kebaikan manakala setiap yang jahat akan berakhir dgn kejahatan...Allah turun kan ujian pada hambanya yang benar2 disayangai...kadang kadang ujian yang di turnkan bukan milik kita tetapi sekaligus menguji sekeliling kita ianya akan terungkai pabila hadir hikmah...biar betapa hebat sekali keperitan yang dialami ukirkanlah cangkiran senyuman untuk melitupi segalnya..." Insan Itu Rahsia Ku Di Sebalik Rahsia Itulah Aku"..

    ReplyDelete
  8. @Panglima7 w'salam..waa segala panglima dah kuar ni..terima kasih , manusia ni kalu dah putus asa tu la jalan mudahnya..ingat mati senang ke...kalau blm sampai ajalnya tak kan mati dgn izin Allah jua.

    ReplyDelete
  9. @Rentetan Tidak Bertaut ucapkan "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN"..apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki (musibah) dan bukannya hanya bila mendengar berita ttg kematian sahaja....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.