Jangan Sekali2 ada sifat Takabbur dalam diri...

Monday, March 21, 2011 PCL 4 Comments

Salam...

..Hari Isnin yang blues....haha itu kata dorang, tapi aku sama je.. memandangkan keadaan kesihatan badan tak berapa bagus...aku membatalkan hasrat nak sama2 join ke HQ Putrajaya.

Sebenarnya banyak benda nak settle hari ni..., hari mula persekolahan Kakak dan Adik, kalau ke HQ takut lambat balik..nanti siapa pulak nak amik adik balik dari sekolah...

Alang2 dah sakit ni terus je aku pegi ke hospital...tak penah2 aku buat chek kesihatan, selalunya telan panadol jer...selamat!!..emmh! memang selamat pon sampai sekarang...Syukur Alhamdulillah.

Biasanya susah sangat nak dijangkiti penyakit...kalau satu rumah kena batuk pon , aku still okay lagi...antibody aku kuat, setahun sekali nak dapat demam pon payah, kataku kepada mamadiana dengan bangganya...tapi aku rasanya dah cakap takabbur...

Tapi kali ni aku punya turn kena semua tu...batuk, sakit tekak, demam dan pening kepala...complete set!. Takut jugak..benda sakit macam ni tak boleh amik mudah....mungkin pada mulanya nampak cm takde apa2 berlaku...symptoms cmni pernah berlaku pada arwah..na'uzubillah.

Rasanya kat mana2 hospital pon sama keadaannya ..penuh sesak dengan orang ramai , yang tak sakit pon boleh jadi sakit ....paling tidak pon 'sakit hati' ye dok??. Aku takde apa nak complain...dorang buat keja masing2 dengan penuh tanggungjawab, bagus! kekalkan begitu...tingkatkan prestasi tugas anda wahai kakitangan awam.

Yang datang nak terima rawatan beratus orang...plus dengan orang yang teman berteman lagi..fuh! memang merimaskan , tapi apa bole buat..kalau nak selesa kena keluar duit lebih sikit la, pegi jer hospital /klinik swasta...terpulang kepada kita nak pilih yang mana mampu.

Dari masa keseluruhannya aku berada di hospital tu mengambil masa selama 3 jam lebih...lamakan! tolak masa nak cari parking 30 minit...tapi takpe..ada lagi yang lebih lama menunggu..taktaulah di mana silapnya.

Rasanya tu lah padahnya bila orang yang suka cakap takabbur....tuhan marah tau!...sekarang aku pula yang merasakannya...segera sedar tetang kesilapanku dan kebesaran Nya...Alhamdulillah.

Kat sini nak share sikit tentang takabbur ni cm mana nak menjauhinya, Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

Dosa dalam keadaan kita mengetahui.....Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku selama ini.
Sesungguhnya aku sedar akan kesilapan yang telah aku lakukan.

4 comments:

  1. sya pernah baca
    yg di lahirkan sebagai orang islam tak semestinya akan mati sebagai orang islam juga.

    ReplyDelete
  2. semoga PCL cepat sembuh ye!

    sama2 la kita ingat-mengingatkan ... uhuks

    ReplyDelete
  3. salam...
    info yg dikongsi amat berharga...tq

    ReplyDelete
  4. setuju sangat..... pakngah semoga cepat sembuh... sakit memang tak mengenal usia... bila Allah menguji umatnya maka dia benar-benar sayang pada kita ... jadi litupilah segala kesakitan dengan secangkir senyuman..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.