Keluar Dari Kepompong !

Sunday, March 27, 2011 Nazlee Ismail 2 Comments

...hari ni pon kena 'standby' lagi...
ada yang cakap kerja hujung minggu selalu bole 'kaya'...huhuhu, ada kebenarnya kot tapi bagi aku tu cuma memenuhi kehendak kerja...bukan saja nak datang, tapi special request u know !

..Kesian kat anak2, dorang ni asal cuti je mesti nak pegi jalan2....dalam kepala dorang ingat tu je...kalau tak bole hari siang..malamnya dorang nak...janji bole keluar dari halaman rumah sendiri.

Apa yang syoknya jenjalan ni...!...best kan.

ye la kalau kita budak2 dulu pon rasanya semacam jer , tapi tu dulu nak ikut ayah keluar pekan sekali sekala pon susah...siap ikut turn..minggu ni sapa, minggu depan sapa plak....maklumla adik beradik ramai...lelaki plak tu.

Ibrat 'keluar dari kepompong'........ itu adalah suatu yang menyeronokkan.
Sama juga keadaanya bagi student2 yang tinggal berasrama....merasakan hari minggu adalah suatu yang bermakna dan sangat dinanti2kan...

"korang pernah mengalaminya?"..ape sengih2 tu...ye la kan, siap kelentong warden lagi punya nak balik kampung...

pssst...teringat kat arwah n abg long, masa tu ktorang kecik2 lagi siap berebut nak naik motor dgn abah pegi pasar malam...huhu tu pon kira dah syok gilerr!!

maklumla orang kampung kan.

Wokay , kita stop sekejap kat sini...masa dah time...keja keja jangan makan gaji buta !

2 comments:

  1. CikLie, selagi badan sihat , kalau boleh cari rezeki..carilah semampu mungkin...family akan faham.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Bila keluar dari kepompong...bergaya lawa seperti sang rama-rama....rupanya di dunia luar tu lebih lawa lagi....subhanallah!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.