Kongsi Baik punya....(6) Jangan Tiup !

Friday, March 18, 2011 PCL 5 Comments

Salam Hari Jumaat yang mulia....

...Semalam sempat aku berjemaah di masjid bersama2 ahli qariah di sini membaca surah Yaasin...ini adalah aktiviti kebiasaan dilakukan pada setiap malam Jumaat. Biasanya pada ahli qariah yang berhajat untuk buat Tahlil arwah2, terlebih dahulu akan memaklumkan kepada Imam yang bertugas untuk diberikan nama2 arwah yang berkenaan.

Syukur Alhamdulillah aku berpeluang untuk buat Tahlil arwah adinda kami.
Dalam pada masa yang sama , ada seorang ahli yang berhajat memohon kepada Allah atas kesihatan anakanda beliau yang sedang sakit.

Imam memohon jemaah masjid untuk sama2 membantu dengan membacakan surah Yaasin.
Jemaah diminta semasa membaca surah Yaasin, pada ayat yang ke 58 (SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM) diulangi sebanyak 7 kali. Beliau juga berpesan setelah selesai dan berdoa maka setiap jemaah hendaklah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali pada air yang hendak diberikan kepada pesakit.

Apa yang menarik di sini dan perlu diingatkan...selalunya atau kebiasaannya ramai orang yang kita perhatikan bila mana disuruh berbuat demikian maka ada yang berselawat sambil menghembus/meniup ke arah air tersebut...menurut Imam, perbuatan ini adalah makruh hukumnya kerana air yang dimaksudkan adalah untuk diberikan minum kepada pesakit...merujuk kepada kajian sains, hembusan dari mulut manusia akan mengeluarkan karbon dioksida lalu bercampur dengan air dan akan meghasilkan asid yang mana akan meninggalkan kesan toksid kepada pesakit.

Selain itu perbuatan meghembus/meniup ke arah air/makanan juga boleh menyebarkan jangkitan kuman daripada badan orang lain kepada pesakit yang mana akan menambahkan lagi risiko kematian.


حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا
يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ



Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda apabila salah seorang kamu minum maka jangan bernafas dalam bekas minuman.

semoga sama2 kita mendapat iktibar dari apa yang disampaikan ini. Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah itu ada hikmah sebaliknya.

> kes yang seumpama berkenaan Larangan Meniup Makanan boleh dirujuk di sini.

5 comments:

  1. terima kasih pakcik lie dgn info yg bermanfaat ini :)

    ReplyDelete
  2. ye betul tu..bacaan yassin bukan utk malam jummat saja..

    ReplyDelete
  3. sbnr nyer dikhuatiri air liur termsk dlm minuman o makanan tu...

    ReplyDelete
  4. yepp, terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. @makdara TERdiva
    apa yg kita dapat , sampaikan semampu mgkin..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.