MAKLUMAN KEPADA YANG MENGENALI BLOGGER (Abah_Izz@Nasir Ismail)

Thursday, March 03, 2011 Nazlee Ismail 21 Comments



http://izzukasyahfamily.blogspot.com/


Assalamualaikum WBT.

Kepada sesiapa yang mengenali dan pernah kenal dengan blogger Nasir Ismail @ abah_Izz, adalah dimaklumkan bahawa beliau sekarang ini berada di wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada hari Sabtu 29/2/2011 sebagai pesakit luar kerana beliau mengalami demam dan sakit tekak menyebabkan beliau tidak boleh bercakap dan makan minum.

Pada hari Isnin 28/2/2011 jam 3pm beliau telah mengalami komplikasi jantung menyebabkan degupan jantungnya berhenti seketika. Doktor belum mengesahkan jenis penyakit yang dihidapi. Keadaan itu memaksa beliau dirawat di Unit ICU dan keadaan beliau masih tidak sedarkan diri lagi sehingga kini.

Saya sebagai abang kandung mewakili keluarga beliau memohon jasa baik rakan-rakan blogger memanjatkan doa agar beliau segera sembuh seperti sedia kala..

Ucapan Terima Kasih saya bagi pihak keluarga untuk kalian semua.



p/s : Hari ini doktor akan melakukan MRI Scan untuk mengenal pasti penyakit.


INFORMATION :

What is MRI of the Body?

Click to view larger
MRI of the knee - side (lateral) view.

MRI of the knee

Magnetic resonance imaging (MRI) is a noninvasive medical test that helps physicians diagnose and treat medical conditions.

MRI uses a powerful magnetic field, radio frequency pulses and a computer to produce detailed pictures of organs, soft tissues, bone and virtually all other internal body structures. The images can then be examined on a computer monitor, transmitted electronically, printed or copied to a CD. MRI does not use ionizing radiation (x-rays).

Detailed MR images allow physicians to better evaluate various parts of the body and determine the presence of certain diseases that may not be assessed adequately with other imaging methods such as x-ray, ultrasound or computed tomography (also called CT or CAT scanning).


21 comments:

  1. assalam ...
    semoga adik PCL cepat sembuh!

    ReplyDelete
  2. assalam

    semoga abah izz sembuh sepeti dahulu kala..saya adalah pengunjung setia blog abah izz...

    nanti maklumkan berita kepada kami yer..

    (patutlah abah izz dah lama tak beriaran...)

    Ya Allah ya tuhanku..kau kuatkan semangat abah izz semoga beliau tabah dalam mengharungi penyakit beliau

    utk family abah izz terutama mama izz..semoga tuhan beri ketabahan agar redha dengan dugaan Illahi...

    ReplyDelete
  3. Salam.. baca berita dari blog Citarasa rinduan.. Moga selamat semuanya.. Amin.. Panjangkan doa..

    ReplyDelete
  4. mudah2an abah izz sembuh cepat...patut la dah lama dia x bersiaran...

    semoga dipermudahkan semuanya...amin...

    ReplyDelete
  5. bykkan doa bang.. harap cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. terkejut saye bile bace ni...

    mintak2 semuanye dipermudahkan...hanya allah maha mengetahui...

    agar keluarga abah izz sabar menempuh dugaan ini...(patut dh lame tak de cerita dr abah izz)

    ReplyDelete
  7. semoga abah izz cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. patutlah kelibat komen beliau tak lagi menghiasi N3 MDT..tsk

    MDT doakan abah izz cepat sembuh dan semoga Allah meringankan kesakitan beliau..insyaAllah..sama2lah kita berdoa.

    ReplyDelete
  9. moga cepat sembuh...
    banya2kan berdoa..

    ReplyDelete
  10. moga abah izz cepat sembuh..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum

    Saya doakan semoga adik saudara semboh segera. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...

    terkejut sy baca brita...patutla lama beliau tak melayang minda di probitas et fides..

    semoga beliau tidak mengalami apa-apa komplikasi yg serius..

    ReplyDelete
  13. ....doa dan harapan buat beliau...semoga cepat sembuh, ketabahan buat PCL ...sabarlah menghadapi dugaan....

    ReplyDelete
  14. ya Allah..sembuhkan beliau dr segala penyakit yang dihidapi semoga pulih seperti biasa..amin.

    ReplyDelete
  15. salam. smoga Allah segera sembuhkan

    ReplyDelete
  16. salam...
    berdoa moga ia cepat sembuh...

    ReplyDelete
  17. Salamunalaik..Disamping berubat cara moden cube rawat cara Nabi Muhammad S.A.W melalaui Muallij ini..1) En Fitri Ngah 012-6669212 dan 2)013-6323571..

    ReplyDelete
  18. Kalau ade tenit cube buke web ini..www.syifa-alhidayah.com semoge ade manafaat..Takbir...

    ReplyDelete
  19. mudah2an abah izz sihat.patutlah lama x dengar cerita dia.kpd isterinya pon semoga tabah m'hadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  20. semOga adik PCL akan sembuh dan semOga ALLAH kurangkan rasa sakitnya. amin...

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum, aku sahabat dia semasa di itm shah alam dulu.. nak tau perkembangan terkini dia! harap nasir semakin pulih dari sakitnya itu.. amin.. kami rakan2 itm dia mendoakan nasir cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.