Terima Kasih Kepada Semua.

Thursday, March 17, 2011 PCL 15 Comments

Assalamualaikum WBT...kepada pengunjung yang dihormati kerana anda saya di sini. Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali , yang tinggal masih di sini dan akan meneruskan tanggungjawab yang telah ditetapkan olehNya. Kita mengambil iktibar atas kepergian saudara kita , semoga kita akan lebih dekat kepadaNya di mana suatu masa nanti kematian akan tetap datang menjemput kita.

Sedikit sorotan tetang pemergian Almarhum adinda saya (Mohd Nasir @ Abah Izz) :


Pagi Isnin lalu 14/3/2011 10.30am, satu perkhabaran yang meresahkan dari ayahanda saya menyatakan keadaan arwah pada masa itu semakin tenat setelah dua hari sebelumnya menampakkan keadaan positif dari segi tekanan darah,jantung dan suhu badannya walaupon dalam keadaan tidak sedar...(maksudnya ada harapan untuk sembuh).

Saya pada masa itu berada di tempat kerja di Banting dengan hati yang berdebar2...Selepas itu terus bersiap2 untuk ke Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah) bersama kekanda dan anakda beliau di Selayang Baru. Belum sempat kami bertolak, yang mana pada masa itu saya masih dalam perjalan ke Selayang. Satu pangilan telefon dari Bonda saya telah memaklumkan tentang pemergian arwah buat selama-lamanya.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah...arwah telah meninggal dunia pada jam 12.30pm 14/3/2011 bersamaan 09 Rabiulakhir 1432H.

Saya diminta oleh ayahanda supaya berpatah balik dan menunggu saja di Subang Jaya sambil memaklumkan berita kematian arwah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai.
Keadaan masa itu sungguh memilukan, setiap pangillan telefon dari keluarga terdekat diiringi dengan tangisan kesediahn.

Keluarga di sini diarahkan menunggu saja sementara urusan penghataran jenazah dijalankan. Ucapan Terima Kasih tak terhingga kepada mereka yang terlibat terutamanya sahabat2 karib juga rakan sekerja arwah yang membantu keluarga saya di sana.

Dimaklumkan perjalanan bermula pada jam 3.30pm dari Hospital menggunakan van jenazah hospital tanpa sebarang kesukaran.Pihak Keluarga kami di sini amat terharu dengan ikhsan ikhlas yang telah disumbangkan dari bentuk keringat/tenaga dan juga wang ringgit. Keperihatinan sahabat2 handai arwah di sana sungguh menakjubkan, hanya Allah saja dapat membalasnya.

Urusan mengiringi jenazah juga telah diaturkan oleh sahabat2 karib arwah yang mana sanggup menjadi pemandu kereta kepada waris-waris yang ada di sana. Pada masa inilah kita dapat rasakan bertapa perlunya rakan taulan, sahabat handai...sesungguhnya arwah sungguh bertuah mempunyai sahabat2 sebegini....Subhanallah Allahukbar!

Sedih dan pilu bersama keluarga dan sahabat handai di sini menunggu ketibaan jenazah arwah dari Kuala Terengganu ke Masjid Al-Falah USJ (kediaman keluarga mertua arwah). Pada masa itu dijangka van membawa jenazah akan tiba pada jam 12 tgh mlm.Setiap jam dimaklumkan kepada kami status perjalanan mereka oleh rakan2 yang turut mengiringi.

Saya telah tiba bersama isteri dan anak2 sebelum Isyak, ramai juga kenalan arwah yang sudah sampai lebih awal dan menunggu di dalam kawasan masjid..

Sempat saya bersalaman dengan mereka yang terdiri dari rakan2 semasa aruah menuntut di PUO Ipoh, UiTM Shah Alam, rakan2 dari JKKP Selangor, Putrajaya.., rakan sekampung (Perak), rakan yang mengenali arwah semasa bekerja di Shah Alam, rakan blogger dan juga kaum kerabat arwah...dianggarkan lebih 100 orang di sana.

Salam takziah yang mereka ucapkan besama menanti untuk menatap buat kali terakhir pemergian arwah. Saya sungguh terharu dengan keperihatinan semua, sesama berkongsi dengan keluarga saya akan kesedihan yang kami hadapi. Semoga Allah merahmati keikhlasan anda semua.

Jenazah tiba di perkarangan masjid lebih kurang jam 11.30pm, terus dimandi dan dikafankan oleh pihak masjid bersama waris terdekat. Selepas itu hadirin diberi peluang untuk menatap sambil menyedekahkan Al-Fatihah .

Solat jenazah dijalankan sejurus selepas itu pada jam lebih kurang 1.00am, dianggarkan bilangan jemaah adalah melebihi 100 orang terdiri dari ahli keluarga dan sahabat handai.

Setelah selesai solat jenazah, kami mengiringi ke tanah perkuburan .
Segalanya berjalan dengan lancar...sesunggunya Allah telah memudahkan urusan kami. Syukur Alhamdulillah.

Upacara selesai sekitar jam 3 pagi.

Seluruh Keluarga saya mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada semua yang terlibat samada yang nampak mahupun yang tersembunyi, atas doa dan al-Fatihah yang disedekahkan kepada arwah juga segala ikhsan yang diterima bagi pihak keluarga arwah semoga mendapat keberkatan oleh Allah SWT.

akhir kalam : Sekiranya arwah berhutang , kalau boleh dihalalkan dan jika ada sebarang tuntutan silalah email kepada saya untuk diselesaikan. (nazli_angkasa@yahoo.com).
Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama2 orang2 beriman.

salam.

15 comments:

  1. Allahuakbar...

    syukur alhamdulillah urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...selamat semuanya.
    hrp keluarga arwah terus tabah m'hdpi semua ni

    ReplyDelete
  3. tersentuh hati agh bila membaca artikal ni...ye semua urusan pada hari tersebut tersangat mudah...semmgnya allahyarham seorg yg sgt baik ,murah dgn senyuman.tak pernah sekali sepnjang agh kenal dia merungut..tak suka mngata org..pendiam...maknanya yg baik ada pada arwah...kalau kita syg arwah..ALLAH lebih lg.sebenarnya arwah dah selamat pun..cuma kita je,tak tahu bila.semoga roh nya berada dlm golongan yg beriman.

    ReplyDelete
  4. takziah di atas pemergian adinda pakcik lie... semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    hanya sedekah Al-fatihah yang mampu saya titipkan untuk arwah...semoga rohnay ditempatkan dikalangan golongan solihin dan siddiqin yang mendapat syafaat dari baginda SAW

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan Pakcik Lie...

    Saya tergamam bila terbaca komen di blog Nurul@Riko ttg kembalinya Abah Izz ke Rahmatullah. Terus saya menyusur link sampai ke blog Pakcik Lie ni.

    Al-Fatihah...

    Air mata saya bergenang. Abah Izz adalah rakan alam cyber saya. Tak pernah bersua. Hanya membaca tulisan kehidupan masing masing. Sangat senang membaca gaya penulisan arwah. Lama arwah menghilang dari menitipkan komen di blog saya..tidak saya ketahui kemana perginya. Tiba tiba hari ini saya dikejutkan dgn berita ini...


    Maaf saya bertanya...abah izz sakit apa Pakcik Lie?

    ReplyDelete
  7. menurut apa yg ditulis dalam sijil, kematian adlah berpunca dari tonsillar herniation yg memungkinkan tekanan meluas ke saraf otak Arawah...wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. salam kulaan...
    al-fatihah....moga rohnya dicucuri rahmat ILAHI

    ReplyDelete
  9. salam takziah buat saudara sekeluarga, moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah semuanya dipermudahkan..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.. Salam takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah merahmati Allahyarham dan semua umat Islam.

    ReplyDelete
  12. ciklie, takziah yer...agak terlewat mengucapkan nya...semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman ameen...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg begitu perihatin sangat...hanya Allah saja yg dapat membalas niat murni kalian semua.

    ReplyDelete
  14. arwah sangat baik...die tak penah menyakiti hati kawan2nya....arwah susah nak marah2

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.