Apasal la Aku Malas Solat ...

Friday, April 29, 2011 PCL 15 Comments

Versi pantun....eh seloka mungkin sajak juga..haha






Apasal la aku malas solat,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas solat,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas solat,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas solat,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas solat,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas solat,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!




15 comments:

  1. Selalunya alasan paling kuat "sibok tak sempat". Tapi ke tandas sempat pulak.

    ReplyDelete
  2. Salam. Sibuk sangat sampai lupa solat. MAKAN pun boleh ingat kan !

    ReplyDelete
  3. nice..
    peringatan utk semua

    ReplyDelete
  4. sori..sy ada tag PCL
    http://norwidadi.blogspot.com/2011/04/yana-yassin-1st-giveaway.html

    Tapi x tau lah smpat buat ke tak

    ReplyDelete
  5. mariiii kita menunaikan solat!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. memang malas sangat nak solat

    ReplyDelete
  8. bagus2..! pedoman kite.. =p

    ReplyDelete
  9. Bagus Pantun yang bukan pantun ni...hehehe...saya kata bukan pantun sebab rima dia tak betul....mungkin boleh tukar kategori kepada sajak,atau seloka..Tang iklan nuffnang tu saya dah klik...jadi faham-faham je laaa...hehe..

    ReplyDelete
  10. mesti ada tanduk kat kepala tu....hehe

    ReplyDelete
  11. @Kunang-Kunang mengejar duniawi semata2 ..tu la pasalnyer..

    @wida yes untuk kita semua..sentiasa ingat mengigatkan..

    @=sz= jom jangan lengahkan..

    ReplyDelete
  12. @MEKAR tak makan rasa lapar..kalu tak solat ..tak rasa apa2...kena tahu bezakan yg mana wajib..moga kita sentiasa memelihara solat kita.

    @Panglima Muda..kena kuat lawan syaitan durjana..

    @Corat-coret moga kita sama2 dapat pedoman..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum PCL..

    akhirnya saya kembali..semoga PCL dan fmly sihat walafiat ya :-)

    ReplyDelete
  14. malas tu hnya alasan, sbnrnya tak tahan godaan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.