Jangan Persiakan Langkah Kita

Wednesday, April 13, 2011 Nazlee Ismail 16 Comments

emm.. ! berapa jauh perjalanan anda ke tempat (kerja) untuk mencari rezeki....?
apa yang telah dilakukan semasa OTW tu...
kepada mereka yang menggunakan kenderaan atau jalan kaki...mungkin ini yang pernah dilakukan...

berborak dengan orang sebelah seat...

dengar muzik/lagu yang mengasyikkan..

berangan2 nak buat apa seterusnya...

terbayang perkara2 semalam tu...hahaha

maki hamun pengguna jalan raya lain (walaupon kekadang tu dalam hati je..)...lagi2 dalam keadaan jalan jem ....

ohhh tidak...!

Alhamdulillah ..ada yang sambil bersalawat, dengar CD tazkirah , baca surah2 lazim ...

cantek! itu lah yang kita harapkan.

Kita ni kebanyakkannya dah sedia maklum tentang setiap perjalanan atau perbuatan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.” ( Riwayat Imam Muslim)


Alangkah ruginya kita sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan yang Allah SWT sediakan untuk kita. Hanya berniat untuk berubah pun telah diberi pahala. Bila dilaksanakan, digandakan pula sepuluh kali ganda atau seberapa banyak ganjaran yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jangan abaikan kasih sayang dan rahmat Allah SWT ini.

"Jangan Persiakan Langkah kita"...moga dapat muhasabah kepada diri ini dan pembaca sekalian....

p/s : tak sampai 5 minit PCL dah sampai opis...kalau dulu lain le...'Qul hu' berpuluh kali baca ...

.

16 comments:

  1. semoga hati kita tidak dibiarkan sia2..

    ReplyDelete
  2. saya on CD maher zain pastu anak2 dok nyanyi..heee
    hantar anak g sekolah pepagi skrg ni ... ;p

    ReplyDelete
  3. @=sz=
    MZ dengan SZ cm ada ke 'kimia'an je...wow! hehehe.

    ReplyDelete
  4. niat yg baik ok...yg x baik..bayang pn jgn bagi nmpk...:)

    ReplyDelete
  5. perjalan dari umah ke opis lebih kurang 20 km..
    huhu! siap boleh sambung mimpi episod ke-2..haha!

    ReplyDelete
  6. hanya berniat pun dah dapat pahala.. inikan pula kalau dah buat kebaikan tu :)

    ReplyDelete
  7. sakit telinga bila dgr muzik serabut otak tau...ada perkara yg baik darinya...lakukan langkah dgn nama Allah.

    ReplyDelete
  8. hehehe, ok ciklie, tengkiu. sbb hany selalunya duk dgr muzik la..bab maki hamun dlm kete, kureng sbb beginner maklom ler...baek la sket di jalan raya tuh ;)

    ReplyDelete
  9. @ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ lbh baik diam dr berkata2...sedar2 sampai dpn opis ja kan!

    ReplyDelete
  10. @Dinaz mulakan dgn Bismillah..akhiri dgn Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  11. @mzhany hati2 drive tu okay..biginner yg selalu kena...

    ReplyDelete
  12. perjalanan ke tempat kerja tu pun dah kira perjalanan untuk membuat ibadah kan? kalau hati kita ikhlas

    ReplyDelete
  13. sentiasa berharap melakukan kebaikan...
    elakkan kejahatan..
    eheheee

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.