Kenapa Suami Merajuk ?....Pulak dah !!!

Thursday, April 07, 2011 Nazlee Ismail 16 Comments

.. merajuk ni selalunya pada si isteri atau pon kekasih hati je...tapi harus diingat, suami juga ada perasaan.Meskipun kekadang tu dianggap perkara kecil, tapi jika dibiarkan ia mampu mencetus sesuatu yang tidak elok, menjadi api dendam yang menyakitkan sehingga tidak boleh dimaafkan lagi....huh! dasyatnya bila lelaki sesekali merajuk.

apa yang perlu dititik beratkan oleh si isteri untuk mengetahui 'rajuk' suami ini..
antaranya je lah..ni overall yer , tak ditujukan pada sesiapa..

Bila isteri keluar rumah senyap2 (jenjalan dgn member ke..), at least bagitau la dgn cara SMS ke contohnya. kalau kena gayanya mesti dapat keizinan...sebenarnya suami mahukan keikhlasan isteri tu bukannya ego nak balas balik apa yang suami lakukan...perlukah suami minta izin isteri bila keluar??..rasanya apa yang perlu cuma khabarkan saja ke mana kepergiannya..

Bila selalu kena 'buli'..mentang2 la si suami 'ringan tulang' ..semua keja yang sepatutnya isteri buat, dia hand over...(buat2 sibuk dodoikan anak yang sedang nyenyak tidur).
Ada perkara suami patut bantu..ada juga yang tak releven...sendiri pikir la, kekadang suami dia boleh buat tapi sebaliknya pada suami kita...so,

Bila selalu dibandingkan kehebatan suami orang lain. Suami diam bukan bermakna setuju..mungkin ada yg difikirkannya, adakah perlu dia ikut seperti kemahuan isterinya..

haaa ni sensitif sikit,

Bila Ibu Bapa dia tak dilayan sepenuhnya, mak bapak dia..mak bapak kita jugak, so apa la susah sangat nak sesuaikan diri..tu la pasal , asyik balik kampung isteri je (ngikut sangat..ater!) mana nak mesra...

ade lagi......jeng!..jeng2!


Bila isteri dah 'boleh solat' tak cakap kat suami....lepas tu pegi kursus seminggu plak, lepas tu bermalam rumah mertua ramai-ramai! hahaha...lepas tu bal..bla........patutla merajuk!

ada lagi kot...para suami bole tambah2 mana yg patut...jaga imej suami mithali okay!

...selamat berbahagia dan ceria selalu.

P/S : Baru ku sedar diri ku amat berharga..setelah dipujuk oleh isteri.







16 comments:

  1. merajuk suami selalunya x panjang....kejap je..sebab tu allah jadikan kaum adam ni ketua keluarga...apa2 pn patut hormat pada suami...

    @mama

    ReplyDelete
  2. dari pengalaman PCL aje bunyinya,...hehehhe

    ReplyDelete
  3. ada juga sesetgh suami nie ego ngajuk pn x nk mengaku... istri apa lg buat dek je lah... apa salah nya suami berterus terang ngaku ngajuk senang istri nk pujuk... hehehheh

    ReplyDelete
  4. @Hana Faza-same person
    xde kena mengena dgn yg hidup ataupon yg mati...rasanya pengalaman artis la selalunya cmtu kot!..hahaha.

    ReplyDelete
  5. @sayang Di sayang dah ngajuk xkan nak cakap kt isteri plak..tu ngajuk lainnn...phm2 je la k.longku..

    ReplyDelete
  6. suami sy merajuk bila sy merajuk..sbb dia tau klu dia pujuk sy mesti tak jln..jdnya dia buat2 merajuk...

    ReplyDelete
  7. kalau isteri tau dosa/pahala dan tanggungjawab isteri sebenarnya mesti dia takkan bagi suami dia merajuk.. :)

    ReplyDelete
  8. bila suami merajuk ... tambah point boleh?
    bila isteri selalu ajak makan di kedai/luar...heheee...mau air tangan isteri juga...nasik telur kicap pun takpe ;p

    ReplyDelete
  9. @ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ ciri2 isteri mistali ni...patuh pd suami tanpa bnyk soal...cayalah!

    ReplyDelete
  10. @=sz=
    betoi!...xkan tu pon nak call mak kt kpg minta resipi... hik3.

    ReplyDelete
  11. cayalah pakngah topik yang cukup hangat huhuhhu walau pun shahrul setahun jagung di alam rumahtangga.. tapi banyak juga tgk belajar dari yang lain ... nak tambah sikit boleh heheh .. kenkadang tu bila suami merajuk memang sisteri buat tak tau jerrrr suami juga perlukan belaian manja dari seorang isteri heheh...bila suami tak peka terhadap isteri mula la siisteri merajuk cuba kalu isteri pulak tak peka pada suami buat tak tau jerrr... jgn ingat suami tu diam tanda setuju jerr ...bila isteri letih suami kena paham tapi bila suami pulak yang letih mula lah si isteri bersungut panjang huhuhu,si isteri selalu meminta benda pada waktu yang dia rasa betul tapi bila si suami mencelah bagi tahu permintaan tu tak sesuai waktu ni mulalah nak merajuk ,, kesian suami tak ada siapa yang nak pujuk...bila suami puji orang lain cantik marah kalu tak nak bagi suami puji orang lain cantik jagalah kecantikan tu huhuh dari dalam sampai luar.. tak ada satu pun makluk Allah yang tak cantik...isteri harus bijak menangani suami kerana suami punyai satu nafsu dan 9 akal manakala suami pula harus bijak mengawal 9 nafsu isteri dgn mengunakn 9 akal tadi ,kerana isteri punyai 1 akal.....Yang penting kat sini berbaliklah pada agama .. syurga isteri dibawah telapak kaki suami...jgan ada yang pernah mengubahnya..sikit lagi nak tambah bial kiata dah khawin kita kata kita ingat kat mak abah kita betul sejauh mana kita ingat cuba renungkan... berapa kerap kita berjumpa mak abah kita,ada kita bagi dia wang saku setiap kali gaji ,berapa helai baju yang kita belikan tuk mereka... inagt lah wahai isterri syurma mu terletak di bawah telapak kaki suami mu dan suami mu pula syurganya di bawah telapak kaki ibunya,pastikan suami mu memiliki syurga dahulu barulah kamu akan ada syurga...apa pun ini bukan pada semua isteri mungkin hanya segelintir atau tiada pun ..... sama-samalah sya nasihatkan diri saya..semoga kita semua ke jannahtul firdaus.. amin

    ReplyDelete
  12. bla ngajuk tu...brape ek diameter muncung tu? ;-)

    ReplyDelete
  13. pujuk lelaki nie senang jek..hehe

    ReplyDelete
  14. kalau dua2 majuk cmner plak cikLie...hahaha <"_">

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.