Kongsi Baik Punya...(7)

Friday, April 15, 2011 Nazlee Ismail 5 Comments

Amalan 'Pendinding' Daripada Gangguan Jin/Syaitan.


Bismillahhirhmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullahiwabaratuh..

Kami sungguh bertuah kerana setiap pagi berkesempatan menonton rancangan kegemaran ramai iaitu Tanyalah Ustaz di TV9...banyak perkara yang kami perolehi melalui tontonan ini bersama keluarga sebelum memulakan tugas harian.

Syukur Alhamdulillah...tempat keja pon dekat sangat dengan kediaman ni..selalunya minit2 terakhir aku akan sampai..everyday panctual ....hari ni 0753 aku punch in. cantek!

Apa yang menarik nak dikongsikan di pagi yang mulia ini adalah berkenaan dengan ilmu hitam yang sentiasa menghantui kita di sekeliling...macam2 perkara seakan2 mengarut yang kita dengar tentang ilmu hitam yang kebanyakkannya boleh membawa kita kepada Syirik ! . Jika ini terjadi , cepat2 la kita mencari jalan keluar yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Pagi ni ada persoalan berkenaan bagaimana nak 'mendinding' ??

Antara cara atau amalan yang perlu bagi kita umat Islam untuk mendindingkan diri, keluarga dan harta benda kita ialah dengan megamalkan Bacaan Surah Yassin Ayat 1-9, seperti berikut :





Terjemahan;

1. Yaa Siin.
2. Demi Al Qur’an yang penuh hikmah,
3. sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
4. (yang berada) di atas jalan yang lurus,
5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
6. agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
7. Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
8. Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Seperti yang diterangkan oleh Al Ustaz di rancangan tersebut adalah sebegini :

Baca Surah di atas sehingga pada ayat 9 pada perkataan "Sadda" itu niatkan atau bayangkan kepada perkara (cth rumah kita) yang kita nak dindingkan. (ada 2x "Sadda'' di situ). InsyaAllah..kita yakin hanya dari pertolongan Allah yang mampu mengatasi segalanya.

Jika di baca kseluruhan Surah Yasin itu adalah lebih bagus untuk amalan kita seharian.

wallhu'alam.

>Boleh Rujuk SINI untuk amalan Ayat2 lain.

p/s : lebih best lagi menonton sambil breakfast dengan popia goreng hasil tangan mamadiana....memang sodap !

5 comments:

  1. ni kalau sharul dengar popia ni...mengidam plak la dia....hehe
    seronk dengar pagi2, tanya la ustaz..

    @mama

    ReplyDelete
  2. itu komen mama ke PCL? heheheheh..trime kasih ye PCL...

    ReplyDelete
  3. @[p@kcikLie] : [ mamaDiana]
    Shahrul the busy man..nk jd manager tu..syssh!

    ReplyDelete
  4. salam pakcik, menurunkan ilmu nampaknya. Apa apapun si murid kena tahu sifat 20 dulu, dalam bab yakin ni payah nak cakap, paling paling tidak dia belajar rukun 13, bermulalah berdiri betul dan niat. Kalau kat sana masih melilau"tak sampailah" pakcik...Bukan tak menjadi tapi lambat sikit berkayuh

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.