Membasmi MALWARE dalam BLOG.

Monday, April 04, 2011 PCL 4 Comments

Mungkin anda sudah sering mendengar istilah Malware, namun kurang tahu maknanya.
‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan dengan maksud dan tujuan utama mencari kelemahan software. Umumnya Malware diciptakan untuk merosakkan sesuatu software atau operating sistem.
Contoh dari malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Malware.. satu program yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan trojan. bagaimanakah caranya untuk membasmi malware-malware ini. Sama ada anda percaya ataupun tidak, .blogspot.com adalah host nombor 1 malware, bagaimanakah malware-malware ini berfungsi didalam blog anda.?

oleh itu, cara untuk buang malware ialah kita remove link-link yang kemungkinan membawa masalah. perlu diingatkan, setiap link perlu disemak. anda boleh gunakan anti-virus anti virus yang bersesuaian untuk scan setiap link-link yang ada didalam blog anda, sebagai contoh, anda mempunyai link ke picture-picture yang anda ambil daripada image.google.com, akan tetapi, anda belum mengenali sumber-sumber picture tersebut sama ada baik atau buruk. anda perlu membuang segala url yang refering ke picture tersebut dan lakukan imbasan sekali lagi. bagi saya yang menggunakan avast. saya dapat melihat info berkenaan website-website yang mungkin diblock oleh AV saya. (petikan dari..http://eddytech03.blogspot.com/2011/03/malware-dalam-blog.html)

kita ikuti langkah2 membasmi seterusnya ke dalam blog ini (aku pon dapat tau tentangnya di sini) (SUMBER 1)

>lain2 : sumber 2, sumber 3

p/s : penat blogwalking banyak pegetahuan..ambil ilmu yang baik2 buat pendinding blog!..kita share di sini.




4 comments:

  1. pc opis ku minggu lepas kena malware.. huhuh.. sampai skang masih kat icu unit IT.. kekeke

    ReplyDelete
  2. harap blog saya tak kena la gamaknya...

    ReplyDelete
  3. @MRS. K
    kena ada 'pendinding' tu..tokmoh IT ade tak pa...bole settle punya.

    ReplyDelete
  4. @sahromnasrudin

    tak aktif import pic dr google ..selamat sikit kot , guna AV .
    mudah2an tak kena serang dgn malware.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.