Nak Kurus Kena Jadi..

Sunday, April 24, 2011 PCL 7 Comments

..PENGURUS pada diri sendiri dulu...


Nak turunkan berat badan atau kuruskan badan dengan cepat?
Ya, sapa yg tak nak kurus dengan cepatkan? Semua nak cepat. Bila berat yang berlebihan kita akan mudah berasa malas, rendah diri, senang dapat penyakit...agak susah nak dapat pasangan dan macam-macam lagi ( bagi yg bujang tu lah !!)......


aku baru buat check kesihatan Jumaat lepas...emmh..biasalah kena ceramah sikit..berat badan dengan ketinggian tak balence kata pegawai perubatan tu...tapi sebenarnya ..lari sikit je dari yang sepatutnya..."kena jaga dari sekarang..nanti dah terlebih2 susah plak nak turunkan..."

Sebenarnya nak turunkan berat badan memerlukan motivasi dan displin yang betul. Daripada pengamatan aku, nak turunkan berat badan ni senang tapi nak maintain berat badan ideal tu yang susah. Jadi cara2 kuruskan badan yang betul adalah makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Satu lagi makan makanan yang berkhasiat contohnya lebihkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan lagi satu, elak makan hampir2 nak tidur. Paling bagus makan time petang atau lepas maghrib macam time makan kat asrama dulu2..ingat lagi dak!

Jangan lupa buat excercise sikit. Hujung minggu pergi jogging. Kalau susah sangat beli jer equipment kat kedai fitness tuh. Sambil tengok tv boleh buat exercise tanpa keluar rumah. Tapi nak kena spend duit sikit la kan.



Tapi kat dalam kuarters ni dah disediakan gym..apa lagi tunggu....('rajin' je kekadang tu haha)

Ada di antara kita buat diet yg salah konon nak kurus dengan cepat. Tak makan pagi atau tak makan tengahari . Cara nak kuruskan badan macam ni tak betul. Silap2 boleh jadi gastrik la pulak nanti. Makan pagi, tengahari tu perlu cuma kena control volume kita makan tuh. Tapi jangan terlalu brdiet plak..nanti dapat penyakit..apetu!, simptom penyakit yang terlalu kurus. Aku tak tau apa nama dia. Jadi kalau nak diet ikutlah program diet yang betul, sebab kalau salah berdiet kengkadang boleh jadi penyakit la pulak. Contoh kalau kurang pengambilan gula boleh jadi pitam tau!.

Kalau sapa2 yang nak berdiet tu..buat lah dengn cara yang betul dan sihat.Yang penting sekali konsisten. Nak kuruskan badan ni senang tapi nak maintain tu yang biasanya susah.

Sekali ber jogging gila2...lepas tu 5 , 6 bulan berehat..ada yang berehenti terus....huhuhu.
cam mana nih ?...grrr grrr !! tercabar nampak ?

okeh, kalau nak check BMI (indeks jisim tubuh) anda sila KLIK SINI.

Majukan kesihatan untuk diri sendiri.

P/s : jom pergi gym....sekarang jugak!


7 comments:

  1. hehehe..tu bg yg nk kuruskan badan..yg nk gemukkan bdn camner lok pok cik li weiii...sy ni metabolisme tinggi....

    ReplyDelete
  2. @dyea irdina jarang2 org tanya cmni..hahaha..xyah dok pikir sangat la, janji sihat...

    ReplyDelete
  3. makan tak kenyang2..ni lah masalah problem...huhuhu..

    ReplyDelete
  4. aneroxia kan yg terlalu kurus tuh. umm hany pun selalu dgr pagi jgn tinggal sarapan tuh. sbb nnti kalau tak mkn pagi, time lunch kite akan cover then bedal banyak...selalunya time lunch makanan dia sgt berat dan berminyak...

    ReplyDelete
  5. @mzhanyaneroxia..yg cun sgt tu... 1 kali mkn tapi banyak qty nya tak sama makan sikit tapi banyak kali ulang...kan!

    ReplyDelete
  6. bg yg kurang mkn x kurus2 gak camna tu...:)
    @mama

    ReplyDelete
  7. @[p@kcikLie] : [ mamaDiana] tu genatik dia memang cmtu..kena usaha kot lain plak.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.