Pinjam bank untuk kahwin..

Thursday, April 21, 2011 Nazlee Ismail 8 Comments

Boleh ke tak boleh ni???




dulu-dulu jarang persoalan ini ditimbulkan...
sebabnya belaja kawen masa tu tak tinggi mana...setakat kerja kampung pon boleh kawen...

boleh ke tak boleh pinjam dengan bank?..perkara ini sudah pon berleluasa..
bergantung kepada niat seseorang, adakah perlu...tidak membebankan sebelah pihak yang lain...
lagi satu..kena pandai memilih bank mana yang sepatutnya. Pilihlah pembiayaan peribadi secara Islam. Ia membabitkan akad jual beli atau sewa berbanding dengan membuat pinjaman biasa melalui bank yang membabitkan riba.

Jika perkara itu difikirkan terlebih dahulu, maka jawapnya boleh la buat pinjaman tu.

Tetapi jika ia memberi kesan yang buruk maka Islam tidak menggalakkan sama sekali.

Ukur baju di badan sendiri..tapi di samping tu kena tengok bakal pasangan juga...perlu ke tidak!
untuk buat majlis besar2...hantaran mewah2.

ada sesetengah pendapat mengatakan..buat kenduri besar..pulangannya pon besar...hutang bank boleh langsai setelah kenduri...

Perkara seumpama ini berlaku sekarang adalah kerana ada sikap yang tak bagus....
sebenarnya bukan nak menunjuk2 tapi tak nak mengaku kalah je...orang lain buat grand punya majlis kenapa kita tidak....

>Boleh refer kat sini jugak myMETRO .

8 comments:

  1. salam pakcik..........budak budak sekarang suka menunjuk nunjuk......emak bapak pun tak mahu kalah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Saya rasa bukan masalah nak menunjuk saja. Terutama pihak lelaki, kalau dah pihak perempuan minta wang hantaran ribu riban, hati dah sayang, korek jugalah duit di mana-mana yang boleh.

    Kalau pada yang bergaji besar tu, tak aperlah, kalau yang gaji cukup2 makan tu, ni yang terpaksa pinjam meminjam.

    Rasanya, maaf cakaplah yer, pada pihak perempuan tu sebelum letak jumlah 'wang hantaran', pandang2lah kemampuan bakal menantu kita tu.

    ReplyDelete
  3. ooo kalau bab nie kan?? tak tahu nak komen macam mana..kang kalau komen panjang2 susah gak.. hehehe

    ReplyDelete
  4. @Panglima Muda sikap manusia ni mmg mcm tu lah....nak ubah sikap ni kena ada ilmu..dan tak semestinya org berilmu itu boleh mengubah sikapnya.

    ReplyDelete
  5. @Kunang-Kunangkena fahamkan betul2 konsep berumah tangga..bukan hanya utk menunjuk2..fikirlah masa2 kedepan.

    ReplyDelete
  6. betul betul setuju ngan pakngah tu ukur baju dgn badan sendiri ... cuba pakngah paki baju shahrul alamatnya 3 orang boleh sarung heheheheheheh.....bukan pasl khawin je pasal semua sekali...nak share sikit kalu kita nak buat majlis grand tak cukup duit apakata buat sendiri,contohnya macam pelamin ker aper jer yang boleh cut kos...
    waktu shahrul khawin dulu shahrul buat pelamin sendiri guna bahan terbuang dan ada sikit sewa kat kedai heheh kos dia dalam rm 600 je lepas shahrul khawin shahrul tunjuk gambar pelamin shahrul khawin tu kat kedai pengantin sajerr jer tanya berapa yer harga kalu pelamin macam nie .... tuan kedai tu jawab dalam Rm 2800 hahaha kan boleh jimat sebanyak rm2200.. cuma nak dengan taknak atau alasan jer heheheheh...bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih....

    renung-renungkan heheh selamat penagntin baru...kalu nak tgk pelamin shahrul buat tu ziarah la blog shahrul heheheheh promot blog nampak heheheheheh

    ReplyDelete
  7. rasanya skrg ni ramai yg buat loan utk kahwin, nk tgg simpanan sendiri, berjanggut la.al maklumla hantaran skrg bukannya main ratus2 lagi :D

    ReplyDelete
  8. Biarlah bersederhana dalam majlis, sebab kehidupan selepas kahwin itu jauh lebih penting. :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.