SAKA !..Jasad terseksa di hujung usia

Sunday, April 10, 2011 Nazlee Ismail 13 Comments

Zaman moyang kita dulu, ada antaranya yang masih jahil banyak berdamping atau bersahabat dengan sesuatu yang di panggil saka dalam pelbagai nama seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya. Ini harus diwarisi apabila pengamal saka ni meninggal dunia. Kadang - kadang kita sendiri tidak sedar kita telah mewarisi SAKA secara tidak sengaja.

Jadi bagaimana mengenalpasti diri kita atau ahli keluarga terwaris dengan warisan yang syirik ni..

IKHTIAR...apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam.
gambar ehsan oleh Metro


SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam.Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak. Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.

Petanda seseorang mempunyai saka

Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.


Gejala waktu jaga

-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT. Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah.
Moga denga perkongsian ilmu yang sedikit ni memberi manafaat pada semua agar kita tidak tersasar dari landasan agama semata - mata mengejar dunia yang fana. Setiap perkara yang berkaitan dengan iblis, syaitan & jin ni kita sedia maklum tiada pengakhiran yang baik.. maka jauhilah segala amalan syirik & khurafat yang menyesatkan.

Untuk penerangan lanjut sila rujuk : Harian Metro , 09 April 2011


Published with Blogger-droid v2.0.10




13 comments:

  1. masa kecik2 dulu pernah tgk upacara buang saka ni...mmg menakutkan..umah keluarga kat kg pun sampai sekarang cam ada something..bukan nak percaya tp sellau terkena...tu la orng tua2 zaman dulu banyak pedamping..kita yg tak tau apa ni la truk tau2 ada mcm2 ganguan

    ReplyDelete
  2. selamat malam.......
    moga dijauhkanlah family kita dari saka.......
    menakutkan...

    ReplyDelete
  3. seram aih cik su .. cam ade je gejala tue.. huhu

    ReplyDelete
  4. x yah lah bik pendamping ni....cik abg pn cukup la...hehehe

    ReplyDelete
  5. @dyea irdina
    selalunya rumah pusaka cmtulah...amalkan baca surah2 AlQuraan..moga dijauhi dr Syaiton yg direjam...

    ReplyDelete
  6. @Citarasa Rinduan minta dijauhka juga dgn benda2 yg menyengutukan Tuhan ni..

    ReplyDelete
  7. @Cik Su Life Cycle berdampinglah dgn ajaran Islam...jgn risau Allah kan ada..

    ReplyDelete
  8. takut eh..dgn benda2 ni...Allah maha besar, dekat diri kepada NYA.

    ReplyDelete
  9. seriau dok dgr benda2 camni... nk mati nti seksa dbuatnya.... ALLAH MAHA BERKUASA dr segala - galanya...

    ReplyDelete
  10. singgah untuk GEGAR...!!!!:-)

    ReplyDelete
  11. Islam dah jelas lagi nyata bahawa beribadatlah kamu kepada Allah & hajatkanlah semua keinginanmu & mintalah kepadaNya..

    ReplyDelete
  12. thx for the info.. boleh la kk tau nant klo terkena saka ni hehe

    ReplyDelete
  13. Salam. sya tak pernah tengok kejadian benda ni secara berdepan. risau juga kalu ada org terdekat kita ada "benda ni". Tq atas perkongsian ini.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.