Tanam Tebu Tepi Bibir...

Monday, April 25, 2011 PCL 14 Comments

takde kaitan dengan kegiatan 'kekoh' tebu belakang rumah....

...bila Pakcik Sabri , jiran sebelah bagi satu jag air tebu ...



fuhhh! sedap rasanya memang tak terkata, masa tu baru teringat kalau ada tanam sendiri lagi best kan!! ..bole gigit batang tebu tu buat exercise gigi dan rahang...hahaha..dah teringat zaman kanak2 dulu...

Antara petua untuk menguatkan gigi kita ialah makan batang tebu gigit habis-habisan. Hampeh tu buang la jangan telan pulak..lepas tu gigi pon nampak putih berseri la...takyah gosok gigi dah ..sempoi!!



Petang semalam , Hanis Uamairah n mamaDiana nak makan tebu...dorang cakap kalau gigit tebu sambil duduk berehat2 sedap jugak...

Pokok tebu yang aku tanam 2, 3 bulan lepas masih
muda lagi....ushar2 hujung padang tepi pagar tu nampak..



.... beberapa rumpun pokok tebu...nak mintak dulu tuannya tak kelihatan....pagi ni baru jumpa Pakcik tu inform yang aku dah patahkan sebatang...:)

.."takde hal..amik je kalau nak makan tak yah cakap"...huhu bestnya , petang ni bole rembat lagi...

... kelenguhan rahang dan kekuatan gigi untuk 'kekoh' batang tebu itu mengatasi segalanya...
di situ lah kepuasannya dapa dirasakan...berbeza rasanya daripada menikmati air tebu yang dah siap mesin....

Kena cuba nanti ya baru tau.....kalau ada penjual air tebu bermesin tu, mintak beli sebatang....haha amacm bole try ?

"buang tebiat ke..orang nak beli air ..awak beli tebunya plak....nak buat ubat ke pe??..hahaha".


14 comments:

  1. yelah..sy dulu pon suka mkn tebu.nikmatnya..sekarang ni minum air tebu je lah.

    ReplyDelete
  2. patah pulak gigi kalau mkn tebu...

    air tebu pun sedappp...kalau bulan pos sure laris tu..

    ReplyDelete
  3. la ni...org tak tanam tebu tepi bibir lagi dah...depa duk tanam janji tepi bibir...

    ReplyDelete
  4. rasanya baru lps minum air tebu..kat sek iman je..air kelapa pun ada..

    ReplyDelete
  5. dah lama x makan tebu gitu..
    Pakcik Sabri terus gi mesin je...
    Minum air je la.. heheh

    ReplyDelete
  6. @widasemua benda dah ready ..wt pa susah2kan diri.kan..

    ReplyDelete
  7. @ainnoraini kalau rasa nk pakai gigi pelesu..cuba la 'kekoh'.

    ReplyDelete
  8. @HANIS HOME TOUCH manis mulut dibibir...cakap tak serupa bikin...mmg menjadik2.

    ReplyDelete
  9. @agh yan hati2 dgn kebersihannya tu angahYan..

    ReplyDelete
  10. @padlie amik yg mudah ja shah...senang terus minum ja..

    ReplyDelete
  11. tengok gambo tebu je dah ngilu gigi..
    heheheh..suka airnye je..
    nak suruh gigit tebu memang tak le..
    ngilu ooooo...:p

    ReplyDelete
  12. ciklie, syok tu kekkoh tebut uh...fuhhh pastuh isap2 air tebu...ahahah lama dah tak kekkoh tebu...

    ReplyDelete
  13. @diana .. bg anak2 sudah la..jgn wt pasal..nt tak pasal2 tempah gigi palsu..

    ReplyDelete
  14. @mzhany dah lama tak kekoh tebu..ahha seseklai sempoi gak.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.