Tempoyak Goreng!

Monday, April 11, 2011 Nazlee Ismail 13 Comments

Sempoi...nampak memang sempoi...cuba dulu baru tau!!


gambar hiasan by google


...Jom jom pakat pi store jual buah durian, balik keja ptg ni...arr syok sangatla tu..dah nak balik...singgah sat tepi2 jalan tu....(Hanis Umairah memang suka sangat dgn raja buah .)

haahaa kali ni takyah beli buah yang elok, beli je tempoyak yang ready made tu... bole buat goreng..uhh! tak tau la rasanya .

ada orang tu kan..buah durian tak boleh makan...busyuk katanya tapi tempoyaknya boleh plak makan ..huhuhu , ok je tak busyuk pon!...

kentot bau durian takpe...tapi sendawa durian takleh..menyumpah2 plak...aii sapa la gamaknya tu..hehe.

Selalunya tempoyak ni kita buat masak tempoyak ikan patin atau buat sambal tempoyak je.
apa kata kita ubah sikit penggunaannya..pelbagaikan !

Ni resipi masyarakat Sarawak.
aku copy je....kebetulan teringat kt opismate orang Sarawak ...brader tu baru dapat baby girl awal pagi tadi..4kg lebih tu beratnya..wow! ....

okeh teruskan dengan bahan2nya:

Bawang merah (yg diblend) lebih 2 sudu makan
Cili kering (yg telah diblend) lebih kurang 1 sudu makan (sapa yg nak pedas bagi le lebih)
Udang sederhana besar (20 ekor dibuang kulit)
Isi durian (durian sederhana besar dlm 10 ulas) - tanpa biji nya tau!
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Tumis bawang merah dgn cili yg telah diblend. Then bila dah wangi tumisannya, letak udang sehingga separuh masak dan last sekali letak isi durian. Gaulkan and kalau tengok mcm kering jer bubuh sikit air. Then bila udang dah masak dan warnanya kekuning-kuningan/oren, bubuh sket garam... kalau durian jenis yg tak manis letak gula sket...kalau durian dah manis tak yah letak gula lagi...(ehh mane de tempoyak manis!!)

Kalau makan tempoyak goreng ni dgn nasik panas..sure mak sendiri lalu lalang kat kampung tak nampak....haha. Kalau udang mahal sangat, boleh ganti ikan bilis (ikan bilis tu belah dulu dan buang perut nya)

hah pe lagi..kena cuba ni, aku pon belum lagi...saja syok nak share dulu kat sini baru buat sendiri....

ada sesapa yg penah makan 'Tempoyak Goreng' ..espesli orang Semenanjung??

psst ...kalau mamaDiana n anak2, donut perasa durian 'big apple' memang jadi kegemaran lah...tak lepas peluang bila ke Alamanda or Jusco Bkt tinggi.

kasi tunjuk sikit.......






..

.emmph!!


13 comments:

  1. sy pon x makan tempoyak..tp tempoyak goreng x pernah jumpa lagi. kena tnya kakak ipar ni, dia org sarawak:)

    ReplyDelete
  2. @MRS. K rugiiiii..la cmtu..

    @wida tak makan jugak....emmph!

    ReplyDelete
  3. huh! msti sedap tu..........

    ReplyDelete
  4. sedap nya...teliur dh ni...

    ReplyDelete
  5. Adus! terliuq mengenangkan tempoyak. Huhu, apa2 pun selamat berkenalan dari saya =)

    ReplyDelete
  6. ciklie, takpernah tahu tempoyak goreng...huhu

    mungkin boleh try buatkan utk suami ku...

    hany makan doyan, tapi tempoyak tak makan hhihihi

    ReplyDelete
  7. @Fizalinolie cantek!..oghrang utaghra..huhu.

    ReplyDelete
  8. @CikTomyam tomyam tempoyak pon leh try ni..

    ReplyDelete
  9. @mzhany boleh la cuba buatkan utk suami mu...hany pn kena makan jugak...

    ReplyDelete
  10. sy memang suka tempoyak goreng...k.ipar pun org serawak, dia yg ajar buat..terangkat beb !!

    ReplyDelete
  11. angah pun ada gak buat resepi udang tempoyak sama ngan sarawak tapi bukan ngan cili kering angah ngan cili api & daun kunyit hidup & serbuk
    yum2

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.