TIPS MENAJAMKAN OTAK - EXAM MODE

Tuesday, April 19, 2011 PCL 7 Comments

Assalamualaikum.

Just nak share beberapa tips untuk menajamkan otak kite ni. Mungkin dalam isi ini, anda telah atau mungkin juga terlupa untuk melakukannya. So, antara ramuannya adalah:

1. Amalkan tidur yang cukup - Anda kini berumur dalam lingkungan 16 tahun dan keatas, dan jangka masa tidur yang sesuai dan ideal adalah selama 6 jam actually. Mane yang rasa diri die baby lagi tu, tidurlah 12 jam ye~. Even budak kecik yang hyper aktif pun tidur 6 jam sehari. Selama 6 jam tu nanti, otak anda boleh rehat dan bertenang dengan agak lama dan orang kata otak tu dah ready untuk bekerja sesudah 6 jam waktu tidur tersebut....


2. Mengawal Tekanan - Tekanan yang macam mana ni? Adakah anda seorang yang serabut memanjang 24 jam? even orang nak bersembang pun die dok cakap serabut-serabut memanjang. Kalau ade orang macam tu, lempangkan aje. Biar die sedar dunia ni berputar dan masa berjalan. Kalau banyak sangat kerja tu, plan-lah kerja anda sebaik mungkin agar ada masa untuk anda mandi dan tidur. Sebab kadang-kadang ade je jenis manusia yang tak mampu nak tidur and mandi sebab busy. Baget busy je pun tu. Dengan mengatur kerja-kerja anda, anda mampu menarik nafas puas lantas menstabilkan emosi anda dan anda mampu study kaw-kaw. Sure masuk kepala otak punye~.

3. Membaca Al-Quran - Ini memang sering manusia kini lupakan, ingatlah wahai muslim sekalian bacalah sekurang-kurangnya sehelai atau satu muka surat setiap hari. Sudah terang dan nyata, anda akan beroleh ketenangan jiwa, rohani dan jasmani. Dapat pahala jugak tau.

4. Bersenam - dengan bersenam, otot-otot saraf dalam badan kita akan mencapai satu tahap di mana adrenalin mula memuncak. Tatkala memuncak inilah darah akan dipam ke otak. Oleh itu daya ingatan kita akan menjadi lebih baik dan aktiviti anda seharian juga berjalan dengan lancar.

5. Elakkan kemurungan - Jika anda rasa anda seorang yang loser sampai rasa hidup ni dah tidak berharga lagi, silalah pergi mati sekarang kerana dunia tidak mahukan orang seperti anda. Bagaimana nak elakkan kemurungan? Senang sahaja, berfikiran positif la ye~ anggap semuanya baik-baik sahaja. Percaya atau tidak, dengan melakukan ibadah, anda mampu mempositifkan diri anda dan membuang kemurugan tersebut ke kawasan pelupusan kemurungan. Banyakkan senyuman, kerana senyum itu pahala.

6. Permainan - Silalah pilih permainan yang mencabar minda, dan jangan terlebih dos yang ditetapkan oleh kerajaan. Kerana pabila anda terlebih dos itu, anda akan gagal!

7. Katakan berulang kali @ Repetition - Repeat apa yang kita belajar berulang kali, kalau boleh tiap-tiap hari kene bukak balik note-note tu. Melayu memang malas, so sila tunjukkan yang melayu itu bukan pemalas! dengan repeatation, kite boleh ingat sedikit fakta yang cube kite absorb~.

8. Bermain dengan angka - Ini adalah cara dimana anda boleh mengasah otak anda. Paling tidak pun cuba untuk menghafal nombor telefon rakan even nombor die nampak tidak cantik dan buruk. Kalau boleh kaitankan nombor tu dengan apa-apa bende sekalipun contohnye daripada nombor tu boleh buat cerita, Ali terjatuh longkang selepas kene sepak dengan kekasihnya ke, tak pun Mahadi punye gigi kene gigit dengan tebuan sampai hilang separuh.

9. Belajar sesuatu yang baru - Buat kerja lain selain daripada belajar. Belajar bertukang ke, mendesign pakai photoshop ke. Tak pun paling tidak, ber-autokad sampai mati. Ini demi mengelakkan otak anda ternyah fungsi dek kerana bosan melakukan aktiviti yang sama berulang kali.

10. Jaga pemakanan - Elakkan makan makanan yang boleh melembabkan tubuh badan, hal ini kerana apabila tubuh badan anda berasa lesu, anda akan mula terjahkan diri anda ke katil lantas tidur. Dek waktu tidur itulah, anda akan rugi masa anda dan sekaligus merehatkan otak anda secara tidak sengaja meng-offkan fungsi otak yang sepatutnya sedang mengulangkaji pelajaran.


[Rujukan Blog]

p/s : tak salah sesuatu yang bagus kita kongsikan bersama dan menjadikannya sebagai muhasabah diri untuk berubah ke arah kebaikkan.







7 comments:

  1. saya suka apabila anda pun suka dengan post saya, sekaligus meningkatkan semangat saya untuk terus menulis.hehe~

    ReplyDelete
  2. bagus2... tang tdo tu selalunya mesti terlebih... hehheheh 8 jam.... baby lg kut....hahhah

    ReplyDelete
  3. boleh praktikkan ni....sekarang musim-musim exam

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.