Ada Orang Mengatakan Payahnya Menjadi Lelaki ?

Tuesday, May 17, 2011 Nazlee Ismail 34 Comments



..Hurm ! Payahnya menjadi Lelaki..kalau anda nak tau..bertapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seseorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman.

Firman Allah : (Surah An Nur ayat 30-31)

"Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata (terhadap wanita), dan memelihara akan kemaluan mereka (menutupnya). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada mereka yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak darpadanya"

Berapa ramai yang telah kalah dalam menjaga pandangan dan kemaluannya?..

Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki.

Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul.

Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi Allah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri.

Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambah kecintaan kepada Allah.

Kita susuri kembali sirah ...siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini?

maka jawapannya tiada yang lain melainkan Muhammad Ya Rasulullah.



.

34 comments:

  1. semoga tetaplah iman kita ke akhir hayat..amin

    ReplyDelete
  2. @Hana amin ya rabbal a'lamin..

    ReplyDelete
  3. penglihatan yg boleh menggoda iman..uhuhu memang banyak dugaannya..

    ReplyDelete
  4. like this entry...santapan minda di pagi hari =D

    ReplyDelete
  5. memang payah jadi lelaki...mesti nak kena jaga mata selalu...sekarang ramai betul makhluk ciptaan Allah yang indah2...hehehe...

    ReplyDelete
  6. tepuk dada tanya iman....:)

    ReplyDelete
  7. mungkin dr perspektif lelaki, akn mengatakan sebegitu. dan begitu jg dgn org pompuan: akn mengatakan sebegitu... so kesimpulannya, jd manusia ni mmg susah

    Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011

    ReplyDelete
  8. @mama dah tanya Aiman dah..ok je Aiman kata..hhee!

    ReplyDelete
  9. mmg berat pon...tu pasal lelaki xleh bengkok..huhu
    mai singgah pCL nih...:)

    ReplyDelete
  10. mmg berat pon, sbb tu la ada lelaki yg sanggup tukar jantina nk jadi pompuan... =)

    ReplyDelete
  11. entry ni patut di sebarkan ni. pakcik..
    bagi semua lelaki baca..
    saya nak share kat fb ..

    ReplyDelete
  12. @Dinaz kena tetapkan pendirian dan kuatkan iman...

    yg pompuan jgn subahat plak nak menunjuk sana sini..huhu...

    ReplyDelete
  13. @aniz ingat dan mengigatkan sesama manusia..

    ReplyDelete
  14. @!✿❤Cik Puan Izan❤✿!
    segala ujian dan dugaan Allah ..sungguh mencabar iman.

    ReplyDelete
  15. @http://aniesandyou.blogspot.com betoi tu...masing2 akan menghadapi ujian di dunia ini..akhirat nanti perhitungannya.

    ReplyDelete
  16. @eT takleh tengok ke takleh bengkok !

    ReplyDelete
  17. @syariza09 itu tak betoi punya manusia...lari dari masalah kepada masalah yg lagi besar.

    ReplyDelete
  18. @diana bagi sama rata..silakan...

    ReplyDelete
  19. fuh.. tabik spring entri nih..

    ReplyDelete
  20. "Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambah kecintaan kepada Allah."

    nice :)

    ReplyDelete
  21. lelaki [suami] menanggung dosa isteri & anak2... besar tanggungjawab mereka...

    ReplyDelete
  22. kdg2 jat pn pernah terfikir bl tenung2 lelaki ni, berat betol tanggungjawab mereka.

    O.o

    ReplyDelete
  23. kalau nak jadi pemimpin, memanglah berat tanggungjawab..

    ReplyDelete
  24. lelaki haruslah seorang yg boleh memimpin diri ini ke jalan y di redhai Allah...;-)

    ReplyDelete
  25. kalau bengkok suami a.k.a lelaki,maka akan bengkoklah isteri atau anak anak...:)..

    ReplyDelete
  26. semoga amanah yg di beri dapat dilaksanakan sebaiknya..

    ReplyDelete
  27. tetibe teringat akan suami, mudahan si suami dipermudahkan dalam menjalankan amanah sebagai ketua keluarga sempurna :)

    ReplyDelete
  28. @[sutera kasih] kena berimanlah kita sebanayk2nya..

    ReplyDelete
  29. @sW33tdARLiNG isteri & anak2 kena saling membantu membentuk kerohanian rumahtangga..

    ReplyDelete
  30. @kyo_9 terima Kasih..

    @zati embong wanita tak kurang jua tanggungjawab mereka..

    ReplyDelete
  31. a@Sal Saari jadilah kita pemimpin yg bertanggungjawab..insyaAllah..

    @HonEyBuNNy itu lah yg kita harapkan , lelaki sebagai pemimpin yg beriman..

    ReplyDelete
  32. @safiyyah osman macam ketam la plak hee..

    @Hanis Azla insyaAllah...mudah-mudahan..

    ReplyDelete
  33. @MAPPIAU sentiasa mohon kepada Allah dan berserah kepadanya..

    ReplyDelete
  34. betul... betapa payahnya menjadi manusia... dan payah lagi menjadi khalifah ilahi....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.