Jiwa Kacau... PHD !

Tuesday, May 24, 2011 PCL 15 Comments




Ada di antara mereka lebih suka kedamaian ditukar menjadi 'jiwa kacau' yang merobek kemanusiaan. Mereka lebih suka mengkritik dibelakang dari bersemuka dengan orang yang di lemparkan tuduhan tidak berasas. Seperti kata pepatah, lempar batu sorok tangan.

Sukar bagi kita mencari siapa kawan siapa seteru. Mereka nampak sama tapi tidak serupa. Kadangkala pernahkah kita terfikir, mengapalah mereka tanpa ada sebab mengacau hidup orang lain sedangkan orang lain tidak pernah mengganggu hidup mereka.

PHD (Perasaan Hasad Dengki) telah menyelubungi jiwa...

Sudah maklum, segala benda yang wujud disekeliling kita. Kesemuanya adalah milik Allah. Allah menentukan siapa yang berhak merasai nikmat benda-benda tersebut.

Jika betul kita ada perasaan hasad dan dengki tersebut, maka ketahuilah bahawa sebenarnya kita merasa hasad dan dengki terhadap yang empunya nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t, Tuhan pencipta segala sesuatu. Adakah dosa dan kobodohan yang lebih besar dari mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap Allah, Tuhan Pencipta alam?

15 comments:

  1. semua da PHD kan ? cam mana nak kawal? sebab memng sukar nak kawal. erm.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Jiwa sering kacau kerana kurang pertahanan, terlalu menurut nafsu

    ReplyDelete
  3. @Nur Ayuni
    Rendahkan diri kepada ALLAH dan banyakkan berdoa:

    Allhummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri

    Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”

    ReplyDelete
  4. @Abd Razak W'salam...memang benar..kerana nafsu hati jd batu.

    ReplyDelete
  5. Inilah ujian dr Allah,kita kena redha je..syukur alhamdulillah ucapkan terima kasih dkt Allah..sbb Dia bg kita ujian,bkn masa senang je nak bersyukur kpd Allah,,org yg busuk hati tu urusan Allah..

    ReplyDelete
  6. PHD, tinggi sungguh kan ciklie..hihihi nauzubillah, mintak jauh ameen...

    ReplyDelete
  7. betul3... suka n3 ni... PHD ni sukar di hakis dihati yg dah berkulat ngan PHD ni

    ReplyDelete
  8. @agh yan Syukur Alhamdulillah...ujian yg datang menghampirkan kita sedekat2nya kepada Allah.

    ReplyDelete
  9. @mzhany mudah-mudahan kita dalam lindunganNYa..

    ReplyDelete
  10. adoi... kesedaran dalam mengaplikasikan kehidupan nie tak dapat sepenuhnya diuruskan... ada yg kecundang dan yg berjaya pasti buat mereka terbeliak...

    ReplyDelete
  11. semoga kita dijauhi dr perasaan PHD dan org2 yg m'punyai persaan PHD

    ReplyDelete
  12. @Cik Bidadari sekali pon kita berada di tempat selesa, jgn alpha dgnnya kerana ia boleh merugikan kita..

    ReplyDelete
  13. terlalu ramai org mcm ni, w/pun kdg2 kita berhati2 tp sampai masanya kita juga jd mangsa PHD

    ReplyDelete
  14. semoga kita terhindar dari punya PHD ini.. sebab ianya sgt tidak berbaloi utk diri sendiri dan org lain..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.