Selamat Hari Ibu kepada Ibu2 sekalian...

Saturday, May 07, 2011 PCL 5 Comments

8 Mei 2011 (esok) adalah tarikh sambutan Hari Ibu2 bagi Negara kita dan negara2 yang sewaktu dengannya..cewah!..

nak ucap kat sini dah tentunya bondaku tak baca, so ..takpa..teruskan ja untuk ibu2 lain .

kat bonda kita sms / col je..kira okay la kan..

Ibu Kita dan (Kita) Sebagai Ibu...

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.

Kita adalah di bawah siksa Allah bila mana ada masa untuk buat benda tak baik tapi tiada masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, so.. ibu2 jangan jatuhkan air mata anda dan anak2 pula jangan bagi ibu terjatuh air matanya.

Menangis kerana anak berjaya, itu lah yang diinginkan dan bukannya bersedih kerana angkara anak.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, nescaya Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” ..

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.

Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Kenanglah jasa ibu semasa mereka masih hidup...

jika tiada kesempatan , zahirkan lah kepada anak2 kita apa yang (kita) sebagai ibu harapkan daripada mereka.

>kredit info tq angahYan share pasal cite ni.

"SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU"

5 comments:

  1. terima kasih pakcik LIE

    khas untuk bonda kamu dan isteri kamu..
    selamat hari ibu

    ReplyDelete
  2. @Citarasa Rinduan Terima kasih..terima kasih..terima kasih...hepi mothers day utk anda juga..

    ReplyDelete
  3. anak buah yg sangat perihatin,tq..

    ReplyDelete
  4. adoi... mesti mak awak bangga kalau dia dapat baca entry nie... happy mother day untuk mak awak terutamanya... dan semua mak yang baca blog nie...

    ReplyDelete
  5. @Cik Bidadari hehe terima kasih .

    @agh yan Terima Kasih..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.