Suatu Ketika Dulu - Kampung Boy (Part 2)

Tuesday, May 17, 2011 Nazlee Ismail 4 Comments





....tapi kini kebanyakkan jalan kampung dah berturap tar sepenuhnya sampai ke halaman rumah....

Kampung aku mengarah ke Kuala Kurau , jauhnya kurang dari 20KM melaui Simpang Lima , Tanah Kebun dan masuk melalui pekan Batu Lima...itu lah dia Kampung Parit Teluk Pial yang terbahagi kepada 3 bahagian Darat, Tengah dan Baroh). Merupakan antara kampung yang terpanjag di daerah Kerian. Kampung kelahirann aku adalah Parit Teluk Pial Darat...(yang mana hujung yang mana pangkal..taktau lah).

Sikit mengenai Parit Teluk pial...
..namanya diambil sempena nama pokok pial yang dikatakn dulunya tumbuh memenuhi kawasan sekitar, dah wujud beratus tahun dahulu dan dibuka oleh masyarakat dari keturunan Banjar Kalimantan Indonesia (info)..Bahasa yang dipertuturkan sekarang adalah Melayu Banjar 70% , Melayu 30%.
okeh cukup takat tu..lebih2 nanti buat penin kepala je..

kalau dulu , dari rumah nak keluar pekan kena naik motor atau basikal, parking kat Masjid (Batu 5 / Batu 7)..naik bas (Bas Merah) dan boleh la bersuka ria tengok wayang ka !!..sama jugak la kalau hari persekolahan, yang mana bersekolah Menegah di Pekan PB tu...awal2 lagi dah standby tunggu bas sekolah dekat masjid yang sama.

Apa yang best kat sini...(kalau cakap pasal Daerah Kerian...rata2 memang kebanyakan dah tau..komuniti masyarakat suku Banjar masih kekal di sini).



Hidup Urang Banjar...!

mari kita berpantun sat..hehe..

Mamuai wanyi tangkainya runtun
Wanyi dipuai di atas gunung
Mari kita baturai pantun
Mahaur-haur hati nang bingung

Manutuk lasung balenggang
Mapa akal handak mangalangakan
Amun buruk tapih di pinggang
Siapa jua nang manggantiakan

Baras limbukut jangan ditumbuk
Baik ditampi buang dadaknya
Jangan takutan batapih buruk
Kena aku manggantiakannya


4 comments:

  1. terkenang semasa dulu pulak pakngah nie.... hehehheeh

    ReplyDelete
  2. salam kulaan....
    urang rumah ku urang sungai labu....
    suah la tulak teluka pial...ada kulaan situ..
    arwah busu ambar....

    ReplyDelete
  3. @anyeonghaseyo303 sesekali teringatkan kampung halaman...cmni la..

    ReplyDelete
  4. @pak long Sg Labu tu parak haja...amon nereng urangnya penanduan lako ah..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.