SUPPRISE !!!! dan tauladan..

Friday, May 06, 2011 Nazlee Ismail 16 Comments


>FW blog (tak ingat sapa punya dialog ni...Tq I foward jer n ade penambahan sikit..)

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.


Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.


Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.


Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)



Bapak : Bedah, tengok ni...(sambil menunjukkan sesuatu)

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok.
Dia pun bukak la mata sikit.



gambar hiasan

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

pssst..anak2 gadis ..bila anda berada dirumah sendiri....sila waspada selalu.

pssst...mak2 gadis....jangan duk harap sangat anak gadis tinggal sendirian, kalau nak keluar ajak semuanya sekali...

pssst...bapak2...jangan teringin nak jadi HARUAN.

p/s : Biarlah ...HARUAN saja yang sanggup 'makan' anak2nya...

16 comments:

  1. Supprise sungguhhhhh.........buat org suspend je...hehe

    ReplyDelete
  2. @mama
    haha..ada tauladannya di situ..

    ReplyDelete
  3. @Corat-coret suspend ! ..kalau ingat yg bukan2..huhu.

    ReplyDelete
  4. huurmmm.... kita baca kita takut... sabar ajalah...

    ReplyDelete
  5. walaupun anak dgn bapak sendiri, mesti ada garis panduan..maklumlah, syaitan dah berjanji nak menyesatkan manusia sampai hari kiamat

    ReplyDelete
  6. perghhh..penuh suspen la abg nie hehehee

    ReplyDelete
  7. haha... bapak dia ni takut anak dibuatnya

    ReplyDelete
  8. cerita yang agak saspen
    tapi memang ada pengajarannya
    ingat tu, hehe

    ReplyDelete
  9. HEHE..napelah jakun sangat bapaknya tu.
    1st time beli jam g-shock kot

    ReplyDelete
  10. cerita yang menarik :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.