Syaitan Masuk Dalam Mulut...

Thursday, May 19, 2011 Nazlee Ismail 17 Comments

....Ketika Menguap Yang Terbuka.



Assalamualaikum wbt..


hurm..berbaju batik nampak segak dah...dok depan PC je dah mula menguap2, mata terkebil2.....hemh, terus nampak tak macho...huhuu.

"Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka" (Hadis sahih Muslim)".

Syaitan ketawa melihat manusia yang berkata "aaaaaah" ketika menguap .

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada Muhammad SAW, katanya yang bermaksud..sesungguhnya Allah suka kepada orang2 yang bersin dan membenci orang2 yang menguap. Maka apabila kamu menguap juga, hendaklah jangan sampai berbunyi (haaa..haaah) kerana yang demikian itu dari syaitan yang mentertawakan mu.

Sekadar mengigatkan kepada diri ini yang lupa atau melakukannya secara tak sengaja...

Bukan, Melayu saja mudah lupa..malah bangsa lain pon sama jugak...

Seharusnya seorang muslim mestilah lebih peka kepada perkara2 yang tidak disukai agama.

p/s : Mengangkat suara ketika menguap adalah makruh hukumnya manakala menutup mulut dengan tangan ketika menguap adalah sunat hukumnya.

.

17 comments:

  1. oohh cakap "huwarrggghhh" tu pun tak boleh ya... baru tauuu.. ker selama ni tak peka time ustaz ajar? hehehe thanks for the info

    ReplyDelete
  2. ehehe..
    memang pun manusia mudah lupa..
    lagi plak mak dah beranak 3 ni ...
    "penat" baca buku 3-4 kali susah nak ingat..kena makan kismis lebih :p


    teringat plak saya tgh menguap tak tutup mulut sbb tgn tgh menaip, anak dara kecik tu datang p tutupkn ngan tgn dia..sabo je la...

    ReplyDelete
  3. @sW33tdARLiNG memang tak blh..kalau nak jg "huwarrggghhh" dlm hati :P

    ReplyDelete
  4. @Sz anak2 bijak...takpe , tangan ibunya dah berat sangat...

    ReplyDelete
  5. klau hubby lupa nk tutup..kita tlg tutup kan....hehehe

    ReplyDelete
  6. iblis pun berkata,pergilah lah dan derhakalah engkau kepada Allah..

    ReplyDelete
  7. @mama

    cantek!! mmg selalu lupa...

    ReplyDelete
  8. @agh yan dah bersarang dalam tubuh, nak solat pon 'berat'.

    ReplyDelete
  9. AnonymousMay 19, 2011

    tp perasan tak..bila kita nmpk orang menguap sebelah2 @ dlm citer..otomatik nak menguap sekali..mcm berjangkit plak!

    hehe

    ReplyDelete
  10. hehe..ila kalau menguap mmg kena tutup mulot...

    sopan gitu..hehe...ne pun tengah mnguap mengantok..kui3..

    ReplyDelete
  11. syaitan berebut2 masok smbil ketawa2 hehe

    ReplyDelete
  12. @HonEyBuNNy kalau pompuan namanya mmg la npk sopan..emmh kalau lelaki ..kureng sikit !

    ReplyDelete
  13. burok jer bila org menguap sambil bercakap...kan kan kan

    ReplyDelete
  14. salam kenal...
    sy selalu ajar anak utk tutup mulut bila menguap tp kdg2 nampak abahnya pun lupa nak tutup mulut, terus mengadu kat sy...hehehhe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.