INGAT MATI !!

Friday, June 17, 2011 PCL 12 Comments



Perempuan lebih ingat kepada mati especially bila dah pernah mengharungi keperitan menjadi Ibu. 9 bulan mengharungi detik kehamilan dah cukup menginsafkan. Perempuan lebih banyak melalui kesakitan, jadi dia takut sikit nak buat perkara yang tak elok terutama sekali menderhaka kepada suami. Dan perempuan, biasanya lebih takut meninggalkan solatnya. [rujuk daripada mamadiana]

Lelaki pula, suka mendabik dada dengan mandat yang Allah beri padanya. Tak yah citer pasal mandat la, semua orang tau. Tanggungjawab seorang lelaki banyak, susah nak masuk syurga. Semua nak kena jaga terutama sekali ahli keluarganya. Jika ramai perempuan dalam ahlinya, maka lebih sukarlah dia,....sukar nak masuk syurga!. Kalau ada yang menafsirkan sebegini. Seumpama menyalahkan kewujudan perempuan yang menyebabkan kehidupan akhirat mereka tidak terjamin.[UMUM]

Jalan mudah, apa salahnya sama-sama bergabung tenaga dalam mendirikan ibadah. Mulakan dengan ibadah paling simple dan utama iaitu solat.

Suami jaga solat dia dulu... then tengok sama solat si isteri.
Sesekali nampak isteri cam best je melayan Sinetron Indon tu [contoh], tanya la... "dah solat ke tu?"

Suami patutnya lebih advance dari isteri. Tak elok le bila isteri nak kena tegur ..."abang ni tak solat ke?"..

Ada tak rasa macam menderhaka kalu isteri tegur suami tak solat ?
menegur kepada kebaikan bukan menjadi kesalahan...cuma yang rasa bersalahnya adalah suami itu sendiri [kalu hati kering..aperr pon tak bleh!].

Sebenarnya, tak semestinya perempuan yang dah pernah menjadi ibu dan merasai kesakitan ni takut nak melakukan dosa. Ada juga yang dengan rasa tak bersalah langsung [slumber je],. Hatinya tertutup.

Kalau tak, takkan ada kes suami orang beromen ngan bini orang kan?...hurm ! waktu lunch tempat parkir keta lg !! [isu semasa]

p/s : Hari ni Jumaat...kalau suami or BF misthali tu lupa , tolong ingatkan dia....ade berani ke???


..

12 comments:

  1. ya allah kak...saya smpi skang masih fobia besalin ritu...hhuhuhuhuhuu sangat2la susah.. :(

    ReplyDelete
  2. AnonymousJune 17, 2011

    bersalin sakit.. tak kahwin lagi nih tapi dah pikir... takut ye.. ^^

    ReplyDelete
  3. heheheh..tula kan..lelaki tak alami byk sakit2 mcm isteri2 ni..tu yg agak ego & susah nak terima if bini tegur utk kebaikan.

    pernah gak terpikir..napela tuhan tak bagi je lelaki boleh beranak? sekali pon jadiler..biar depa rasa..aahhahaha

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    KITA NI SEBAGAI SUAMI DAN KETUA KELUARGA, KITA MULAKAN USAHA2 KEBAIKAN DAN ISLAH DGN DIRI KITA DULU. CARI ILMU DAN AMALKAN DALAM KEHIDUPAN. SEBAIK2NYA BERGURU !
    LF SENDIRI, BILA MEMIKIRKAN SISA2 HIDUP YG MASIH BERBAKI SIKIT INI, TERASA AMAT BIMBANG ! SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN KPD HAMBANYA INI !

    ReplyDelete
  5. AnonymousJune 17, 2011

    ataupun ingatkan sekali

    "darling, saya taknak masuk syurga sorang. saya nak masuk syurga sama2 dengan darling" leh gak diguna pakai skrip cenggitu :D

    ReplyDelete
  6. bkn x nk tegur tp br je nk bukak mulut.. da kena tengking..waduhhh

    Honeymoon

    ReplyDelete
  7. saling mengingati.....pompuan senang masuk syurga..jaga solat,puasa n taat pada suami...pilih la mana2 pintu syurga yg kamu mahu...

    ReplyDelete
  8. seronoknya kalau si suami mcm pcl..perihatin sgt2..individu yg berhemah tinggi melakukan sesuatu dgn mata hati dan bijak sana,mcm suamiku juga..hehe

    ReplyDelete
  9. pertama kali bersalin sampai sekarang teringat2 nyawa dok hujung2 ja masa tu..sampai hari ni masih jelas terasa keperitan tu..

    ReplyDelete
  10. insya'allah.. ;)
    terima kasih ngan post nih..;)

    ReplyDelete
  11. @luahfikiran kena ada persedian awal sblm berumahtangga..segalanya termasuk hal2 yg berkaitan dgn pendekatan diri kpd Allah...ini adalah tanggungjawab yg diamanahkan.

    ReplyDelete
  12. baru tadi Khatib berbicara tentang INGAT MATI...(kebetulan sama tajuk).

    antara kandungannya...
    "kita ingat mati bukannya hendak mati cepat dan juga ingat kepada mati untuk membiarkan diri kita mati begitu saja...

    perlu ada muhasabah diri..yg jauh mendekatkan diri kepada Allah, yg dekat lagi didekatkan. semoga saling mengigatkan di antara kita ".

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.