Macam mana ni..alahai !!!

Tuesday, June 07, 2011 PCL 6 Comments

Tips Hindarkan Kebosanan Di Tempat Kerja



Assalamualaikum w.b.t

.. bertemu kembali setelah lebih seminggu tak menjegah blog ini dan anda semua...apa khabar?

ada yang semangat lebih dan ada pula yang takde mood langsung setelah kembali ke tempat kerja.

yang semangat lebih tu mungkin ada something good news atau ada kekasih hati yang sedia menanti ...

dan bagi yang takde mood tu, apa kata kita berkongsi sedikit info atau tips untuk menghindari dari dibelengu masalah ini.


Apakata anda duduk dalam keadaan posisi yang selesa, pastikan tubuh rileks dan tidak tegang. Sandarkan badan anda apabila anda sudah merasa selesa.

Pejamkan mata selama sekurang – kurangnya satu minit. Pastikan jangan lama sangat anda memejam mata, nanti tertidur pula. Sebenarnya teknik memejamkan mata ini mampu untuk merehatkan mata.

Jus Buah2 segar mampu mengembalikan mood dan energi seseorang. Buah yang terbaik adalah buah – buahan yang kaya dengan vitamin c, ini adalah kerana ianya mampu mengembalikan kesegaran minda dalam tempoh yang singkat.

Tarik nafas perlahan – lahan, sekiranya berada di meja kerja membuat anda berasa tidak tenang. Berikan waktu agar dapat membuatkan fikiran kembali tenang.

Tidak salah rasanya jika anda mengambil langkah meninggalkan tempat kerja selama beberapa minit untuk mencari ketenangan. Atur langkah ke tempat rehat ataupun tempat yang boleh membuat anda santai di pejabat anda. Sebaik kembali ke meja kerja, pastinya semangat anda akan kembali segar dan berkobar kobar.

p/s : aku ni dah nak dekat lunch tak juga berkobar-kobar....apekehey nyer yop!!

6 comments:

  1. 4 me... mind setting terhadap keje.. kalu positif, insya allah tiada istilah kebosanan




    Cincin tunang

    ReplyDelete
  2. kalau dah start pejam mata seminit tu,belum seminit saya dah start terlelap teru sampai petang kang.heheheh

    ReplyDelete
  3. selamat kembali bertugas PCL!

    ReplyDelete
  4. @diana tak buang masa kan...bagus2..

    ReplyDelete
  5. @Sz semakin hari bertambah ceria...TQ..alhamdulillah

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.