Melihat Keburukan Untuk Melengkapi Kebaikan

Monday, June 20, 2011 PCL 10 Comments



Salah ke tengok kelemahan/keburukan orang lain??...

rasanya tak menjadi satu kesalahan...[PCL punya pendapat la...]

..kita ni janganlah streotype sangat !...tengok kelemahan orang tak semestinya kita sebarkan kelemahan dia, ataupon kita kutuk....just tengok, then judge sendiri. Kalau memang tak betul kita remind ourself benda ni cuba elakkan.

Kadang2, kita belajar something bukan dari life kita, tetapi dari life orang lain. Tak semua orang ada pengalaman bercinta [umpamanya], ada juga pengalamannya jatuh basikal [budak nakal]...tapi kita boleh tahu pengalaman tu dari orang lain juga tanpa merasai efek sebenarnya..

mcm tu gak dengan keburukan. Orang tu kedekut, kita tak kedekut, tapi kita nampak keburukan tu, dan kita boleh selidik apa punca dan kesannya. Bukannya nak hebohkan.

Ini adalah untuk perubahan ke arah kebaikkan atas diri kita sendiri.

kelemahan akan dilihat dulu berbanding kebaikan ..itulah fitrah manusia..ibarat melihat sebidang kain putih yang mempunyai kesan noda warna hitam..pastilah noda hitam itu yang ketara dilihat berbanding keseluruhan kain itu yang berwarna putih bersih..

ada yang berpendapat manusia suka mencari keburukan/kelemahan orang lain kerana ia mencari kesempurnaan..kerana asalnya dia dari syurga yang serba sempurna..
keburukan kebaikan semuanya datang dari Allah..seharusnya kita melihat keburukan untuk melengkapi kebaikan..tanpa salah satu, tiadalah penilaian pastilah semuanya sama saja di dunia ini..lihatlah kebaikan dan kelemahan sebagai refleksi diri kita..apabila kita melihat kepelbagaian itu maka kenallah kita dengan Maha Pencipta..

Wallahu'alam.


p/s ; Beruntung PCL kerana ada dikalangan keluarga terdekat yang sangat perihatin, lebih2 lagi tentang Syiar Islam...semoga diberi kerahmatan olehNYA.

..

10 comments:

  1. SALAM,
    SETUJU! ORANG YG HEBAT IALAH ORANG YG DPT MELIHAT KEBURUKAN DAN KEBAIKAN DAN MENGAMBIL PENGAJARAN DRPD KEDUA2NYA!

    ReplyDelete
  2. betul..intan suke statement PCL..n tq sbb syer same2 ;)

    ReplyDelete
  3. betul tu pkcik..dari kelemahan lah kita bljr utk menyempurnakan apa yg patut huhu

    ReplyDelete
  4. AnonymousJune 20, 2011

    Assalamualaikum PCL,

    Kita tengok keburukan orang bukan untuk dikeji tetapi untuk menginsafkan diri. Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  5. Ada manusia (????)suka mencari keburukkan/kelemahan kerana ia mencari kesempurnaan?????tolong jelaskan!!!
    salah tu,bkn perihatin,tetapi wajib menyampaikannya.kesucian dan kemurniaan agama Islam tidak akan dpt difahami dan dihayati hya berbekalkan teknologi yg tinggi,tapi dunia memerlukan sifat rasional pertimbangan budi utk menilai dan memahaminya.

    ReplyDelete
  6. @agh yan sifat manusia yg mahukan,inginkan perubahan ke arah kebaikan bg dirinya dan juga masyarakat sekelilingnya..maka itu adalah tanggungjawab yg terpuji di kacamata Islam. Selain memberi kita juga perlu menerima teguran dan juga pandangan orang lain maka dengan itu akan jadi murni/sempurna lagi sifat penyampaian itu. Kita tidak boleh menilai sesuatu dgn rasa gerak hati, apa lagi yg bersangkutan dengan ajaran Islam..seharusnya merujuk kepada ahli kitab dan jangan hanya bergantung sepenuhnya pada pembacaan sahaja.[bergurulah (kita) cthnya dgn ustaz/ustazah , boleh la bersoaljawab tentang apa kemuskilan yg dirasakan perlu penjelasan...wallhua'lam].

    ReplyDelete
  7. suka mengkaji cara2 mendidik anak yang baik dari orang2 yang anak2 nya berakhlak mulia.. juga mengelakkan cara mendidik yang tak elok dari pengamatan sekeliling.. :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. siapa kata tak berguru!,alhamdulillah kebanyakkan buku yg dibeli,selepas habisnya kuliah masjid dan di tulis sendiri oleh ustaz yg glamor2 kat tv,jadinya kita ni tak layak untuk berckp ,ke nak tggu balik dr al azhar,mesir,arab saudi,dptkan ijazah dulu baru boleh berckp,atau PHD.. Di tv byak rancangan agama,tyalah ustaz,tyalah ustazah,al kuliah,dan mcm2 lg,kalau tak dpt pergi,dpt duk kat dpn tv tu bukan belajar ke?..nak tya ada ke,nama pcl dlm satus norihan bakery,tntg hari bapa..takde niat untuk sakitkan hati sapa2 ,kebetulan hari tu hari bapa,terlintas dlm kepala nak kaji pasl sejarah hari bapa..hya nak kongsi info pasal hari bapa..itu saja..mmg sebelum ni dah tahu,cuma nak tahu lebih lg..jgn somborono bersurah ye...

    ReplyDelete
  10. @agh yan alhamdulilah , sesama kita memperbetulkan mana yg tak betul dan jadikan itu sebagai tanggungjawab sesama Islam menegur, menasihati, menerima dan memanafaatkan apa yang kita belajar semoga mendapat keberkatan Allah.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.