Mengenali Diri...

Thursday, June 30, 2011 PCL 9 Comments

Agaknyalah ye... semenjak lahir hingga sekarang kita di bumi Allah ini, adakah kita kenal siapa diri kita? Rasanya semua tahu dan kenal diri sendiri…tapi adakah kita mengetahui identiti sebenar, personaliti dalam diri kita?

Lumrah alam, kita tak dapat nak nilai diri sendiri. Bahkan ada yang mengatakan, nilailah diri sendiri berdasarkan kaca mata mereka yang rapat dengan kita.. tapi sanggup kah kita mendengar kritikan daripada orang yang rapat? ..hurmm,





Kita perlu tanya siapa diri kita, apa yang ingin dicapai dalam hidup dan apakah profesion yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat.

...kita perlu mengenali musuh dan rakan sebenar dalam diri kita iaitu musuh terdiri daripada kelemahan diri sendiri, nafsu dan syaitan.

sudah terlambatkah kita atau masih terlalu awal untuk kita berkira-kira dalam hal sebegini.....


gambar hiasan


"merenung masa depan dengan harapan agar ketaqwaan Ilahi dan kebahagian di dunia akhirnya membawa ke akhirat yang kekal abadi"....[pcL]


..



9 comments:

  1. yups
    kadang2 susah untuk terima kritikan
    tapi insyaallah jika niat kita mahu mengubah apa yang negatif kita pasti mampu terima kritikan tu
    :-)

    Kisah Joyah Dan Bedah

    ReplyDelete
  2. ...mmg lumrah...salah dan kurang diri sndri kita kurang peka....mOon ok je kalo org yg rapat dengan mOon tegOr salah mOon...

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    TANYA DIRI, SIAPA KITA DI SISI ALLAH ! APA TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA NYA!

    ReplyDelete
  4. perghhh....sungguh mendalam maksud entri nie. baik untuk sama2 kita berfikir. terima kasih juga kerana sudi singgah

    ReplyDelete
  5. kdg2 kita perlu berterima kasih kpd 'musuh' kita, coz tnpa kritikan mereka, kita xkan sedar diri huhu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Beruntunglah manusia yang seringkali melakukan instropeksi diri sehingga proses menuju hari ini lebih baik dari semalam. Dengan cara seperti ini Insya Allah akan kita bisa mempersiapkan bekal menuju kehidupan abadi setelah kematian.

    MAN ‘ARAFA NAFSAHU FAQAD ‘ARAFA RABBAHU
    (Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah)

    ReplyDelete
  7. AnonymousJuly 01, 2011

    kurang konsep muhasabah diri dlm kalangan individu skang ni.. jika ada yg cube mengkritik/menegur akan dikatakan sbg jaga tepi kain org.. ^^

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.