Mengembirakan/memulaikan Tetamu

Monday, June 27, 2011 PCL 10 Comments

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Muslim).


... hurm ! balik je dari bersukan petang sabtu lepas...tanggungjawab keluarga juga perlu diutamakan...nanti kang ada pulak yang merajuk...

Kegembiraan tetamu akan mendatangkan kegembiraan pada diri tuan rumah. Pernah baca satu kisah zaman sahabat..




"Sepasang suami isteri yang tiadalah berada [bukan orang senang] menerima tetamu pada petang hari. Tetamu itu tiada tempat menginap, maka pasangan ini mempelawa utk tinggal di rumah mereka. Isteri agak cuak kerana makanan utk makan malam cuma sedikit sangat, untuk mereka skeluarga pun tidak cukup apatah lagi untuk tetamu. Akan tetapi bila mengenangkan nasihat Rasulullah, maka pasangan itu pun memasang akal. Anak2 mereka ditidurkan dulu tanpa makan malam. Makanan yang ada dihidangkan semuanya kedalam pinggan tetamu tanpa ada bahagian tuan rumah. Dan bila sampai waktu makan, lampu pelita dinyalakan kurang agak susah untuk melihat. Tujuannya agar tetamu tak perasan bahawa pasangan itu hanya menceduk sudu ke dalam mangkuk kosong!"

tetamu datang rumah, sebagai tuan rumah kita mesti buatkan dorang hepi [gembira]..betul kan ?

Syukur Alhamdulillah..pCL tak la 'membuat akal' semacam keluarga dalam kisah tersebut...apa yang termampu kita kongsikan bersama dan yang penting sama2 bahagia , InsyaAllah.


rentetan dari kedatangan Sharul [anak saudara PCL yg cute !] sememangnya ditunggu, selalunya datang sekejap saja, tapi kali agak lama sikit ..baru boleh buat 'aktiviti'...

ini semua idea Sharul yang mavles tu... kehadirannya membuat semua orang suka...kehadirannya juga dalam keluarga besar kami sedikit sebanyak menyatukan lagi ukhuwah yang sentiasa terjalin.....otak dia memang genius [tgk org la..hehehe].

Perancangan demi perancangan unutk program silaturrahim antara keluarga telah berjalan , tapi ini baru peringkat permulaan...bila adanya permulaan pasti akan ada penyusulan insyaAllah...tiada apa yang diharapkan cuma sebuah ikatan kekeluargaan harmoni yang sangat dinantikan.



Walaupon kita semua akan berpisah suatu hari nanti...tidak akan ada kenangan manis terindah dalam hidup jika kita hanya memikirkan sesuatu perkara sahaja.

Dari Abu Hurairah, ada seorang yang bertanya, “Ya, rasulullah siapakah orang yang paling berhak kuperlakukan dengan baik?” Nabi bersabda, “Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapakmu, kemudian kerabat yang dekat dan yang dekat” (HR Muslim no 6665).

Keakraban dan kemesraan antara keluarga perlu ada kesinambungan agar genarasi mendatang kenal akan asal usulnya...Kekuatan sesebuah keluarga perlu adanya sikap tegur menegur yang mana tak kena dan sikap menerima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah silaturrahim akan berpanjangan.


















Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:

- Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis

- Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.

- Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.

- Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.

- Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam di rumah.

- Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.

- Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan bukan dengan niat untuk bermegah-megah dengan rezeki serta kemewahan yang ada.


[sumber]


p/s : semoga tetamuku berasa gembira sepanjang mereka berada @villakejora.






10 comments:

  1. err pcl, ada typo,dkt tajuk..yup,bnr kena memuliakan tetamu..seronok kalau ada rakan2 taulan @ saudara dtg melawat..mengeratkan ikatan silaturahim sesama kita...

    ReplyDelete
  2. tetamu, jiran... hanya dimulia kn time raya je.ari lain jgn hrp la

    Rabu tanpa kata

    ReplyDelete
  3. kalo tetamu datang tanpa notis atau lambat bagi notis, yang membuat kita tak sempat nak sapu sampah masuk bawah karpet, and kita kata "alahai, sori lah yea, umah bersepahh".. tak pe kan.. hihi..

    ReplyDelete
  4. tetamu dtg membawa rezeki...

    ReplyDelete
  5. @aiEzTq bro..dah dibetulkan..

    ReplyDelete
  6. saye pun nak jadi tetamu PCL la mcm ni...

    ReplyDelete
  7. bestnya awak pasangkan entry nie 2 sekali dalam 1... rasa tenang aja baca....

    ReplyDelete
  8. murah rezeki kite klu rumah kite sntiasa didatangi tetamu.. ;)

    ReplyDelete
  9. meriah ada keluarga yg besar..tetibe rindu kampung..=((

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.