Menjiwai Watak Buruk...

Thursday, June 23, 2011 PCL 13 Comments

...sombong seketika.


Pernahkah kita? pada hal yang sebenarnya kita lah manusia paling ramah di dunia...

Di kompleks membeli-belah umpamanya, apabila adik promosi telefon bimbit tampil menghulur brosur, kita buat-buat tak nampak akan kehadirannya. [Menyombong kerana takut termakan ayat-ayatnya lalu terbeli telefon bimbit ketiga],

...atau di depan bank-bank, setelah urusan pengeluaran duit selesai..kita tunduk terus melulu ke kereta seolah tiada orang yang kita kenali di situ..buat-buat sombong konon mengejar masa....walhal ada penjual insuran sedang berusaha menjalankan tugasnya.[Menyombong kerana takut dipengaruhi untuk membeli].





Inilah kebiasaan namanya...untuk berada dalam situasi selamat kita sering berhati-hati dalam segala hal termasuk lah perkara yang di sebutkan.

Dalam keadaan lain sebenarnay kita tidak akan sedar dengan sikap buruk ini kerana setiap kali bercermin, kita akan lihat diri kita yang sama, iaitu yang baik dan elok. Sedangkan, bila orang lain melihat kita, mereka nampak diri kita yang hodoh. Ketika itu, meskipun kita berasa diri kita hanya berlakon sombong, sebenarnya orang lain yang melihat akan nampak diri kita yang benar-benar sombong kerana kita sudah menjiwai watak buruk itu.

Untuk memilih sikap menyombongkan diri sebagai cara kita berhati-hati ini sememangnya bagus. Tetapi, apabila lakonan ini sebati di dalam diri, ia sudah menjadi karektor. Apabila ia menjadi karektor, ia adalah peribadi diri. Kerana ia bukan lagi lakonan untuk menyombong, ia sudah menjelma sebagai sikap sombong diri. [Topeng sudah melekat menjadi kulit wajah].

apa perlu kita buat ?...

berfikir positif..mereka itu melakukan tugas mereka dan kita juga ada tugas kita...
jadi, sama-sama menjalankan tugas sebagai tanggungjawab masing-masing.

menolak pelawaan/tawaran mereka dengan cara yang berhemah.

lemparkan senyuman dan angkat tangan sedikit tanda kita tiada kesempatan untuk berbincang.

Semoga hari-hari kita tidak diselimuti dengat sifat kesombongan kerana sombong itu boleh mematikan cahaya iman dalam diri.

..


13 comments:

  1. biasanya kalau berhdapan dgn salesman cam ni, sy tolak secara baik. senyum..ckp tak nak,ucap terima kasih.
    dah tu kerja diaorg..cara diaorg cari rezeki kan.kdg2 tu kesian jugak kan

    ReplyDelete
  2. @wida
    bagusnya PnWida...suka la salesman tu..

    ReplyDelete
  3. selalunya tak de la buat tak nampak atau
    pura2 sombong..
    selalunya sekadar senyum dan buat isyarat tangan je kata tak mau..
    hehehh

    tapi kadang2 dengan depa ni kita cakap
    "tak mau" pun masih tak paham bahasa..
    dok kejar jugak kita..
    mula rasa nak bagi lempang je..
    hahhahah

    ReplyDelete
  4. saya setuju tapi kadang2 ade yg tak faham..dah tolak cara baik,dia kejar kita juga..hm..ye..saya tau care mereka mencari rezeki tapi adakalanya mereka seolah2 memaksa ..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Tak rugi jika kita menolak pelawaan mereka dengan senyum dan jawapan yang munasabah

    ReplyDelete
  6. adoi, pesal rasa macam pedas ekk.. ehh termakan cili rupanya.. hikhik..

    orang yang hulur brochure or salesman jual insurance ommy tak sombong ngan depa, memang tolak dalam senyuman.. tapi ommy akan menjadi sombong dalam keadaan berikut:-

    1. those yang tepon jual kad kredit..
    2. jururawat klinik yang bagi ubat salah.
    3. nurse yang main cucuk jer jarum kat lengan anak, tanpa betul2 pasti dah nampak urat nak cucuk, mengakibatkan lengan anak dicucuk beberapa kali..
    4. doctor yang tahan anak dalam wad H1NI padahal anak tak demam pun
    5. staff kat counter pertanyaan bank yang salah bagi arahan, dan membuatkan masa ommy terbuang begitu sahaja..

    ada banyak lagi.. keadaan diatas telah menyebabkan ommy menjadi naga kuar asap.. heheh..

    ReplyDelete
  7. betul tu,selalu ada dalam situasi macam ni..biasanya sy akan menolak dengan cara yang baik..lempar dengan senyuman..tak boleh berlagak sombong dengan secara terus menolak apa yg mereka sampaikan sebab mereka pun mencari rezeki..

    ReplyDelete
  8. salam,

    erm, sy mcm tu gak, hehehe... sbb kkdg tu ada yg suka menipu dgn plbg helah, tu kdg rs mls nak layan, hehehe... skrg ni main telfon kita lak, ntah dr mana dpt no. kita, pastuh klu kita taknak, dipaksa2 lak, selalunya sy akan ckp blh tk telefon semula sbb sy ada hal, then bila die telfon semula, sy dah set dlm phone book num tu as "jangan jawab", hehehe...

    ReplyDelete
  9. @diana respect to each others ..baru la org tak pandang serong kat depa punya propesian...

    ReplyDelete
  10. @shalina samsudin emmh..memang kebanyakan mereka cmtu...kejar target agaknya..

    ReplyDelete
  11. kalau saya ikut kesempatan / kelapangan saya ...
    klu takde urgent nak ke mana ..
    tadah telinga jugak la dengarr je..
    walaupun mmg dah set dlm hati takkan beli..
    tapi saya mmg akan cepat terpengaruh beli2 orang jual buku2 ke CD2 utk anak2...heee

    ReplyDelete
  12. @Abd Razak w'salam, bagi salesman yg faham..alhamdulillah..

    @Anaa..perkhidmatan yg tak cekap boleh mendatangkan masalah kpd org lain..kena tegur tu..jgn buat dek je...@ buat aduan kpd yg berkenaan.

    ReplyDelete
  13. @aiEz hah..sempoi , cmtula yg kita nak...

    @Areef Ibn Naim macam2 style depa ni...kalu guna phone, tak berdepan.. ok je boleh mengelat...mmg merimaskan lah.

    @Sz..ho ho...tadah telinga !..sanggupnya SZ.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.