Sesekali Bersukan...

Monday, June 27, 2011 PCL 9 Comments

Salam hari Isnin yang blues...haha aku pon taktau apa yang blues...
yang aku tau cuma rasa sakit2 lenguh kaki gara2 terlebih bersukan....dah lama sangat tak aktif huhuhu...




Sempena sukan antara kampus di agensi tempat keja PCL, bermula pagi Sabtu telah diadakan perlawanan sepak takraw diikuti dengan bola tampar dan seterusnya ping pong..

kita sebagai 'orang muda' memang sangat2 diperlukan untuk menyumbang tenaga...lebih kurang mcm pemain harapan pasukanlah [kononnya].

haha biasalah kalau staf ramai yang beralasan tak mau turun padang..yang tinggal cuma tu saja... dan terpaksalah menyahut cabaran , walau mcm mana pon pasukan kami berjaya juga dalam beberapa acara...keputusan keseluruhan belum diketahui lagi...

masih ada dua acara prlawanan yang masih berbaki iaitu futsal dan juga bowling.
so, malam ni PCL akan turun bersama untuk memeriahkan perlawan futsal kali ini...sebagai Juara tahun lepas kami akan mempertahankan kejuaraan untuk tahun ni insyaAllah.




nak tengok or sokong Team PAN (Pusat Angkasa Negara) main futsal sila lah ke Tonga De Futsal, Sri Kembangan. (8-9.30pm mlm ini 27/6/2011)

di samping keletihan dan kesakitan urat2 badan ni..namun semangat kesukanan juga dapat mengeratkan lagi persahabatan antara staf di kampus2 lain.

p/s : nak cari minyak kuda...kasi panas sikit , hilangkan lenguh2 kaki.

9 comments:

  1. rabu nak g men bedminton, walaupon ngandung ;p

    ReplyDelete
  2. suruh org rumah urutkan yer PCL

    ReplyDelete
  3. steady PAN n PCL..moga korang berjaya...Dinaz sokong dari jauuuuhhhh!!!

    ReplyDelete
  4. AnonymousJune 27, 2011

    smoga berjaya mempertahankan kejuaraan! AMIN!

    Gee baru tulis "Followers, Wajib Bace!"

    ReplyDelete
  5. cewah, rupa pemain profesional ler.. heheh.. memang kalo dah lama tak bersukan, urat2 boleh terkujat2 bila tetiba bersukan..apa pun yang penting, sihat..

    ReplyDelete
  6. AnonymousJune 27, 2011

    Universiti Mana kali ni juara.

    ReplyDelete
  7. masa sekolah rendah dulu tiap kali ada perlawanan apa2 semua bau minyak kuda.
    hehehe

    ReplyDelete
  8. x dpt nk join jdi kmpulan sorak(pom2
    girls...)hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.