Doa Kesedaran Tertinggi

Thursday, July 07, 2011 PCL 11 Comments

sumber [http://amoibestari.blog.com/doa-kesedaran-tertinggi/]



Doa Kesedaran Tertinggi

Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana? Bacalah satu persatu
dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah adalah saudara sendiri. InshaAllah, sedikit‐sedikit saudara akan berasa dekat dengan Allah.

Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia.



ya Allah maafkan aku kerana selama ini aku selalu mendahuluiMu dan menentangMu dengan selalu
mengutamakan usahaku ya Allah. Aku sering mendahului fikiran dan kemahuan serta kekuatanku ya
Allah. Selalu merungut sehingga kekadang aku merasakan Engkau tidak mahu mengikut segala
kehendakku ya Allah. Kekadang aku kecewa dengan ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, ampuni aku kerana aku seringkali melupakan diriMu ketika aku membuat pilihan di dalam
kehidupan ini ya Allah. Aku membuat pilihan hanya menggunakan nafsuku tanpa meminta petunjuk
daripadaMu ya Allah. Aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah datangnya dariMu ya
Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku sentiasa mencintai yang lain lebih daripada mencintaiMu ya Allah.
Aku berasakan mencintai yang lain lebih utama daripadaMu ya Allah. Aku berasa sedih jika aku tidak
memiliki cinta daripada yang lain lebih daripada memiliki cintaMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku seringkali berasakan akulah yang berusaha di dalam kejayaan yang
aku miliki ini ya Allah. Aku berasakan pencapaian aku pada hari ini adalah kerana hasil penat lelah
usaha aku ya Allah. Aku berasakan bahawa kehebatan diri akulah penyebab kepada apa yang aku
miliki pada hari ini ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua kekuatanku akan aku
padamkan dan akan aku ganti dengan kekuatanMu yang menghendaki aku untuk hidup lebih baik
dan lebih baik.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku sekarang sedar bahawa semua cintaku kepada yang lain akan
aku letakkan di kemudian dan akan aku mencintaiMu lebih daripada apa pun juga ya Allah.
Ya Allah, ampuni diriku ya Allah. Aku kini sedar bahawa semua kehendakku akan aku padamkan
dan akan aku gantikan dengan kehendakMu yang menghendaki aku untuk menerima segala
ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku telah sedar bahawa semua usaha aku ini adalah di atas
kehendak diriMu ya Allah. Aku tidak berdaya untuk memiliki apa‐apa usaha pun ya Allah.
Aku akan mengikuti kehendakMu untuk berjaya ya Allah, untuk hidup senang dan untuk hidup yang
lebih baik. Aku sangat sedar ya Allah, selama ini aku memilih untuk hidup miskin sedangkan Engkau
menyatakan bahawa Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.

Aku akan mengikuti kehendakMu untuk aku terus bernafas ya Allah. Engkau menghendaki jantung
aku terus berdegup ya Allah. Engkau terus menghendaki mata aku untuk terus melihat ya Allah.
Engkau tetap menghendaki telinga aku untuk terus mendengar ya Allah. Engkau sentiasa
menghendaki mulut aku untuk terus bercakap, makan dan merasa makanan ya Allah.

Engkau menghendaki aku mampu bersolat, Engkau menghendaki agar aku bersedekah, berzakat,
melakukan kebaikan kepada semua orang. Engkau mengkehendaki aku bekerja, bersahabat,
berkongsi ilmu, berkeluarga dan segala‐galanya ya Allah.

Engkau mengkehendaki aku memiliki kereta, rumah, kerja, isteri, anak dan banyak lagi nikmat yang
Engkau berikan ya Allah. Engkau mengkehendaki untuk aku mencari ilmuMu sehingga ke tahap yang
lebih tinggi ya Allah.

Engkau mengkehendaki untuk aku berkongsi tentang kebesaranMu ya Allah. Engkau mengkehendaki
untuk aku memiliki rasa cinta dan berada dekat dengan diriMu semakin hari semakin dekat ya Allah.
Engkau mengkehendaki aku hidup penuh dengan ketenangan ya Allah.

ya Allah Aku RELA untuk hidup senang ya Allah. Aku RELA untuk hidup dengan penuh kejayaan ya
Allah. Aku RELA mengikuti apa sahaja kehendakMu ya Allah. Aku PASRAH untuk hidup tenang ya
Allah. Aku REDHA untuk terus mencari ilmuMu ya Allah. Aku redha, pasrah dan rela untuk terus
bernafas ya Allah.

Untuk itu ya Allah senangkanlah aku ya Allah, berjayakanlah aku ya Allah dan baikkanlah hidup aku
Ya Allah..amin ya Allah ya rabbbal a’lamin.






11 comments:

  1. AnonymousJuly 07, 2011

    Assalamualaikum PCL,

    Sayu baca doa ni. Terima kasih sudi berkongsi.

    Kita selalu lalai ingatkan Allah sedangkan Allah tidak pernah lupakan kita dalam apa keadaan sekali pun.

    ReplyDelete
  2. aminn..
    jahilnya ku sbg hamba krn mlebihkn cinta kpd dunia brbanding cnta kpd Allah..
    subahanallah..

    ReplyDelete
  3. @http://aniesandyou.blogspot.com boleh je, silakan..mudah2an berkat bg org yg mengarangnya..

    ReplyDelete
  4. @Kunang-Kunang W'salam..sama-sama..mudah2an kita tak berterus-terusan lalai ingatkan Allah.

    ReplyDelete
  5. mohon link kan n3 nie ke n3 saya ye :)

    ReplyDelete
  6. Amin Ya Rabb...tersentuh rasa hati bila baca doa ni..terima kasih pcl atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  7. @Mss Ieza silakan, lg ramai yg membaca dan menghayati..besar lg rahmat kpd yg menghasilkannya.

    ReplyDelete
  8. @pRiNCe ok akan ke sana..
    @aiEz
    sama-sama...alhamdulillah.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.