Ikhlas Tapi Jauh...patutkah ?

Friday, July 01, 2011 PCL 14 Comments

Assalamualaikum wbt, Jumaat yang mulia penuh barakah...



Sebarang pemberian yang membawa kesenangan kepada orang lain, termasuklah senyuman dikira sebagai sedekah.Tapi ada kalanya kita berasa ikhlas [tapi jauh] dan lebih berhati2 kerana keikhlasan kita itu teganggu oleh isu2 semasa, lebih menjurus kepada unsur penipuan yang menggalakkan orang kita ‘bersedekah’.

Senang cakap la kan ...kekadang timbul rasa was2 tu..ke mana sedekah kita akan dipergunakan, adakah ke jalan yang baik2 atau sebaliknya. [kalau sekadar senyuman, takyah la nak was2..tak luak pon!]





Rasulullah bersabda “Tiap muslim wajib Bersedekah”. Para sahabat bertanya “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Baginda menjawab, “Bekerja dengan kekuatan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekahlah” Mereka bertanya lagi. “Bagaimana kalau dia tak mampu?” Nabi menjawab “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab “Menyuruh berbuat ma’ruf (kebaikan) ” Mereka bertanya lagi “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Suatu ibadah yang wajib itu adalah zakat dan pemberian selainnya adalah sebagai sedekah.

Ikhlas Tapi Jauh...patutkah ?

Sebaiknya kita tak perlu ragu dengan sedekah kita. Orang yang bersedekah tetap mendapat ganjaran walaupun sedekahnya sampai ke tangan mereka yang tak sepatutnya. Bersedekahlah kerana Allah dan tepulanglah kepada sipenerima sedekah itu yang mengaturkannya.


p/s : untuk kesedaran diri ini juga ..kekadang tak boleh lari dari berperasangka negatif.

..

14 comments:

  1. waalaikumusalam,
    selamat pagi penghulu hari utk PCL jugak..

    Ayu setuju sangat2 dgn entry pakcik
    zama kini lagilah sedekah dgn reptika cek besor2.. masuk paper dan tv lagi...

    harap2 kita dijauhkan dari amalan buruk tu

    sedekah amalan mulia,
    harap2 sedekah kita dalam apa bentuk pun di terima disana.. amin

    ReplyDelete
  2. @Citarasa Rinduan Syukur Alhamdulillah..Allah Maha mengetahui..

    ReplyDelete
  3. memang luar kemampuan kita nak pastikan sedekah kita akhirnya ke jalan yang baik dan betul.. berserahlah pada Tuhan.. Dia Lebih Mengetahui..yang penting kita ikhlas

    ReplyDelete
  4. @Hana Faza-same person keikhlsan membawa keberkatan , insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula dengan budak2 sekolah yg dijadikan alat utk kutip ssedekah..rumah anak yatim la..suh beli kelendar la..itu la inila..kdg2 was2 dibuatnye..nak kasi ke tak eh? kang kasi cam "ntah betul ke idak depa ni mintak derma" dah ke tak ikhlas tu..adui..

    ReplyDelete
  6. betul ciklie, kekdg timbul jugak kan. hany lak jenis kalau yg kat pasar malam tu hany bagilah kalau yg dtg tunjuk surat nk buat masjid la ape la...hany kurang sikit huhuhu

    ReplyDelete
  7. hee..
    terima kasih mengingatkan PCL ...

    cuma tkejut ada orang pose baring berkemban dlm entry ni ..rupanya iklan ...

    ReplyDelete
  8. nice... hihikk.. sedekah kn mmng amalan sunat yg di tuntut oleh Nabi muhammad s.a.w... walaupown sekecil mne sedekah kita bg.. tp ganjaran dy.. Ya Allah... sungguh besar..

    jgn sesekali ade perasaan was2 sbb was2 itu adalah p'buatan syaitan...

    ReplyDelete
  9. ye betul pcl.. yang penting buat dulu part kita sebagai manusia, sedekah dulu.. ikhlas ke tak, itu kerja Allah menilai hati kita...takyah sesibuk nak buat kerja Tuhan.. ada orang pernah kata kat saya cam tuh..:)

    oh ya, Khamis mc ler, demam kus kus..

    ReplyDelete
  10. sedekah dapat mengelak dari terkena bala....

    iklas kan diri utk bersedekah ...


    :)

    ReplyDelete
  11. hari sabtu depan aku sengsaralah pakcik oii, hotel aku dekat dengan pejabat pas. Kalau diorang lari ke dataran tak apalah tapi jangan dekat aku di jalan raja laut. Dulu dia orang tiba tiba sampai dekat tempat aku ni...berterbangan gas pemedih mata

    ReplyDelete
  12. senyum ibadah..sedekah ibadah..
    jgn ragu2 maupun was2 dlm beribadah..yakin pada janji2Nya..
    indahnya jumaat

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.