Kongsi Baik punya...Bukan Tanyalah Ustaz...

Friday, July 08, 2011 PCL 6 Comments


...........hanya sekadar mahu bersama-sama kalian semua...


zuneta said...#( 12)

susah nak maafkan org macm mana PCL...ada la pglaman pahit,sdih dan perit berlaku kerana dia...zu dah cuba, tapi sukar bagi zu...ermmm...nak maafkan org kena ikhlas kan??





Bukankah lebih baik jika kita cuba memaafkan orang lain dan cuba selesaikan masalah yang telah berlaku daripada kita terus mengeruhkan keadaan.

Mungkin senang untuk menjawab secara lisan, mungkin sukar bagi mereka yang merasakannya. Janganlah memohon atau memberi maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.

Cuba kita tanamkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga ukhuwah sesama insan. Fikirkan bahawa memohon atau memberi kemaafan itu sebagai komitmen untuk memperbaiki hubungan dan bukannya satu kelemahan diri.

jika kita sedar akan betapa mahalnya nilai sebuah ukhuwah, nescaya semua manusia di muka bumi ini akan hidup aman damai dan saling bermaaf-maafan.

Keikhlasan akan menyusul jika kita benar-benar dengan niat yang tulus.

Tak perlu tunggu hari raya atau saat meratapi ajal yang semakin menghampirinya.

wallhu'alam.


p/s..ada sesiapa mahu tambah @ share info, silakan...untuk menafaat bersama.





6 comments:

  1. sbnr nyer bkn payah nk memafkan tp payah nk lupakan.tu yg rs berat je


    Sape nak angpow?

    ReplyDelete
  2. alamak...hehe..tetiba malu...huhu...PCL ni...ada betul jgk apa yg anies kata, sbnrnya bukan payah nak maafkan..tapi payah nak lupakan....zu mmg kena betul2 ikhlas nak maafkan dia...buat masa ni, belum lagi...sbb dia pun tak de pun minta maaf dgn zu...jadi, semogaNya lembutkan hati zu...dan cuba memaafkan dia suatu hari nanti...insyaallah...

    ReplyDelete
  3. siapa nak tambah lagi...zu sedia menerima ni...sbb bnda ni dah lama tau PCL...5 tahun dah tau...

    ReplyDelete
  4. pernah share tentang soal ni dulu...maaf kdg sukar utk dilafazkan...ego dlm diri..ni link dulu...;)

    http://ai3zarisha.blogspot.com/2011/04/kemaafan.html

    ReplyDelete
  5. bbetul3.. jgn simpan dendam tu.. nanti kita juga yang merana.. ingat la..kenangan yg pahit sbg pencegah utk masa hadapan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.