Syukur nikmat....

Friday, July 08, 2011 PCL 8 Comments

Assalamualaikum....

Syukur Alhamdulillah....murah rezeki, pepagi dah 'mencheq' [term yg selalu digunakan utuk makan2 free] sempena jamuan perpisahan 'budak praktikal'.

Aku rasa korang pon dah menikmatai sarapan di pagi ini, samada bawa sendiri 'bekalan hidup', beli atau kawan yang belanja..atas apa alasannya..semuanya rezeki datang dari Allah.

marilah kita panjatkan puji syukur kita kepada Allah juga atas nikmat iman, nikmat kesihatan, nikmat umur, nikmat ukhuwah, serta nikmat lainnya yang tidak dapat disebutkan satu persatu.

“Dan ingatlah tatkala Tuhannu memaklumatkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”” (Surah Ibrahim:7)



[kalau iklan show gambar macam tak sesuai..sila abaikan...dorng ni tak 'famahamam'!]



Syukur itu lebih daripada sekadar ucapan ‘terima kasih’. Namun, terima kasih sahaja tidak mencukupi. Syukur yang sebenar itu menjauhkan kita dari kekufuran.

Kufur itu hakikatnya berlawanan dengan iman. Ia hanya menjanjikan kecelakaan, bukan bahagia.

Jadilah kita makhluk yang senantiasa bersyukur kepada Allah swt di setiap waktu. Amin.



8 comments:

  1. sahabat [Brunai Darul salam]July 08, 2011

    syukur alhamdulillah., murah rezeki..mkn tghari pon ada kwn belaja..

    ReplyDelete
  2. AnonymousJuly 08, 2011

    Assalamualaikum PCL,

    Alhamdulillah, semua Allah tak atur untuk kitakan.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Diana sekeluarga....

    Bersyukur dengan apa yg diberikan pd hari ini di sebalik apa yg berlaku. Ya betul nikmat itu bukan sekadar datang dalam bentuk kesenangan, keseronokan tp kesusahan, kesedihan itu juga adalah nikmat tersembunyi.

    Dlm beberapa minggu ni, Zatul tgh berkonflik dgn satu lg dugaan yg x pernah zatul fikirkn sblm ni. Ya dugaan itu juga satu nikmat. Tanpanya kita pun tak belajar cara nak sabar dan tenang mghadapi dugaan tersebut.

    ReplyDelete
  4. AnonymousJuly 08, 2011

    alhamdulillah punye rezeki utk makan hari ini & insyaAllah, semoga kite tidak menjadi sebahagian drpd golongan org yg kufur nikmat... ^^

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. syukur...murah rezeki...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.