Usah berlengah mengerjakan solat..

Tuesday, July 12, 2011 PCL 9 Comments

Sekadar peringatan untuk diri saya dan sahabat semua, wasiat pertama Hassan Al-Banna wajar dihayati iaitu bersegera menunaikan solat apabila mendengar azan dalam apa jua keadaan. Solat bukan hanya gerak badan dan fizikal sahaja, tetapi hendaklah dengan ikhlas dan bawalah hati untuk turut serta agar 'kelazatannya' dapat dirasa. Menurut wasiatnya lagi, muslim juga tidak seharusnya mendahulukan kerja-kerja lain dari solat. Usah berlengah mengerjakan solat kerana keistimewaan solat tiada tandingannya.

Allah SWT berfirman maksudnya “ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat” (Surah Al-Mukminun: 1-2).

Sukar sungguh diri ini untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Tertib dan persediaan sebelum solat amatlah penting, sumber rezki perlu dijaga, penyakit hati patut disingkir dan perbuatan maksiat perlu dijauhi. Hadirkan diri, serahkan diri dan tumpukan sepenuhnya untuk bertemu Ilahi.

Lupakanlah seketika urusan dunia kerana kita ingin bersama Yang Maha Agung, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. Moga khusyuk dalam solat menjadi milik kita.

Rujukan entri yang lepas2 :

http://villakejora.blogspot.com/2010/10/aku-insan-yang-lemas.html
Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram. ...

http://villakejora.blogspot.com/2011/04/lakukan-segalanya-dengan-keikhlsan-hati.html
insyaAllah aku bagi punya. Senang ke buat ibadah dgn ikhlas ni??? "ALLAH HU AKBAR" (masa..takbiratul ihram)...fikiran dok melayang kot lain...

http://villakejora.blogspot.com/2011/04/peka-dan-sensitif.html
..dalam dok khusyuk dengar khutbah, tetiba ja bunyi henpon....(muzik tah hapa2) dari salah sorang jemaah....

p/s : bersama mencari keredhaan-NYA.

.

9 comments:

  1. teringat nasihat mak dulu...kalu lambat solat kena belasah warrgghhh

    Bila dalam hati ada taman

    ReplyDelete
  2. SAHABAT (Brunai Darul Salam)July 12, 2011

    Thanks a lot..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
  4. kalo dah selalu lambat2kan solat, boleh jadik tabiat buruk.. bila dah lekat susah nak buang, huhu..

    ReplyDelete
  5. hm . selalu je ambil ringan benda nie ...

    ReplyDelete
  6. AnonymousJuly 12, 2011

    insyaAllah, gee cube baiki ape yg kurang. (byak perlu dibaiki.. )

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana ingat mengingati sesama kita....

    ReplyDelete
  8. ya..bersama mencari keredhaanNya..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.