Mohon Kebahagian Dan Murah Rezeki
Assalamualaikum wbt...
Hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiranku..Syukur tak terhingga kerana aku masih lagi berada di dunia ini dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Mohon Kebahagian Dan Murah Rezeki
Rezeki sebenarnya bukan hanya harta dan kekayaan semata-mata.. Jadi janganlah kita berasa gusar atau bimbang sekiranya kita telah berusaha, tetapi tidak memperolehi rezeki seperti yang diharapkan.. Mendapat kesihatan tubuh badan, kelapangan masa, keluarga yang bahagia, anak-anak yang comel, sihat dan bijak juga rezeki yang cukup berharga buat kita semua.
Terdapat beberapa doa untuk memeperolehi kebahagaiaan dan dimurahkan rezeki.. insyaAllah kita amalkan , doa-doa ini telah di ambil dari
sini.
Doa Memohon Kebahagiaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keberuntungan pada-Mu dalam hal ketetapan (keputusan), tempat orang-orang yang mati syahid, kehidupan orang-orang yang bahagia, dan kemenangan terhadap musuh
Doa Memohon Kemenangan Dan Kemuliaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah maka kuatkanlah aku, dan sesungguhnya aku ini hina, maka muliakanlah aku, dan sesungguhnya aku ini fakir, maka kayakanlah aku, wahai Dzat Yang paling Penyayang
Doa Memohon Keluasan Rezeki
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, Dzat yang kaya dan Pemurah, Dzat yang mempunyai anugerah yang Agung. Dzat yang luas pemberian dan kedermawanan-Nya. Kayakanlah aku dengan apa-apa yang engkau halalkan,
dan cukupkanlah aku dengan kemurahan-Mu dari siapa saja selain-Mu
Doa Memohon Kekayaan Berupa Harta
Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Ya Allah, Tuhan yang maha kaya dan Maha Terpuji, Tuhan yang menakdirkan, kasihan dan Maha Kasih Sayang, berilah aku kekayaan harta yang engkau halalkan bukan yang engkau haramkan,
berilah aku kelebihan dari yang lain dengan berkat kurnia-Mu
Doa Ketika Memperoleh Rezeki
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih
Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki padaku tanpa daya dan upaya dariku.
Ya Allah, berkatilah rezekiku ini.
Doa Ketika Menerima Sedekah dan Hadiah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Semoga Allah memberi pahala padamu terhadap apa yang telah engkau berikan,
dan semoga Allah menjadikannya sebagai pembersih untukmu.
Dan semoga Allah memberkati harta yang masih tertinggal padamu..
..Jadi jangan lupa baca doa-doa tersebut setiap kali sebelum memulakan suatu pekerjaan dan selepasnya, dan juga selepas memperolehi rezeki..
11 Comments:
[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.