Bertakbir malaungkan kalimah agung yang suci
سلام عليكم al-salamu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua.
Bertakbir malaungkan kalimah agung yang suci di hari lebaran, jangan kita remehkan...
Amalan bertakbir pada 1 syawal merupakan amalan yang disyariatkan Bermula sebaik sahaja terlihatnya hilal (maghrib 1 syawal ) dan berakhir sehingga imam selesai berkhutbah di pagi Syawal. Firman Allah S.W.T:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah : 185
Ketika seluruh kaum keluarga berkumpul beramai-ramai pada malam hari raya, ramai yang melupakan anjuran bertakbir. Kita lebih selesa menonton rancangan –rancangan hiburan di kaca televisyen, tidak kurang juga yang berkesempatan berkaraoke sehingga larut malam. Jika ditinjau di masjid-masjid sebenarnya tidak ramai yang memanfaatkan peluang yang ada menyertai jemaah malaungkan kalimah agung yang suci ini.
Satu perkata yang perlu ditekankan juga ialah anjuran Rasulullah agar Umat Islam bertakbir dengan suara yang lantang ketika dalam perjalanan dari rumah menuju ke tempat menunaikan Solat Sunat Eidul Fitri walaupun kebanyakan Umat Islam memandang remeh sunnah ini. Bertakbir dengan cara sebegini antara lain sebenarnya bertujuan menyerlahkan keagungan syiar Islam di samping menjadi contoh kesepakatan umat Islam di mata masyarakat bukan Islam.
disalin dari sumber ini
..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKita sudah berada di penghujung Ramadhan dan peluangnya untuk terus beribadah masih terbuka sebelum kita bertakbir Raya...
sedih la nak tinggalkan ramadhan...mudah2an dpt berkumpul lg dgn keluarga..Aminn
ReplyDeletebila takbir bergema maka berakhir la ramadan...ntah dpt jupe lg ke x ramadan akn dtg
ReplyDeletebila terdengar je takbir raya terus terasa sebak.. berhari raya tanpa abah :(
ReplyDeletekat kampung saya malam raya
ReplyDeletejemaah2 masjid akan berarak dari rumah2 ke rumah untuk bertakbir...
memang seronok..
meriah malam raya dengan takbir
dlu msa kecik2 slalo ikt jemaah takbir dr rmh ke rmh :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, kat kampung kakkoii, sunnah ini masih diamalkan ^^
ReplyDeletetak lama lagi berakhir lah ramadhan :(
ReplyDelete