ETIKA PEMAKAIAN DI HARI LEBARAN
سلام عليكم al-salamu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua.

"jangan sampai begini jadinya". hiasan google.
Menghampiri 1 Syawal dalam beberapa hari lagi, PCL nak share berkenaan dengan
etika pemakaian di hari lebaran.
[Disalin dari sumber ini ]
ETIKA PEMAKAIAN DI HARI LEBARAN (Secara Umum)
Umum mengetahui, merupakan satu sunnah kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian terbaik dan tercantik pada hari raya. Imam Syafie menyebut di dalam Kitab al-Umm:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."
Adapun bagi kaum wanita pula walaupun sunnah hukumnya memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakai pakaian yang boleh menarik perhatian kaum lelaki seperti pakaian yang terlalu bercorak-corak, pakaian nipis yang menampakkan bentuk tubuh badan serta perhiasan yang berlebih-lebihan. Mereka juga dilarang sama sekali memakai wangi wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian orang disekelilingnya. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." ( Hadis riwayat al-Nasaai)
Realiti yang berlaku, ramai para wanita yang tidak pandai mengukur had-had dan etika pemakaian mereka ketika berhari raya sehingga ramai yang kelihatan berpakaian tetapi sebenarnya mereka bertelanjang. Dalam keadaan ini, pahala sunnah yang diharapkan bertukar menjadi dosa jika tidak dipelihara batasan-batasannya..
Kesimpulannya, Setiap usaha dan amalan yang bertujuan meneladani sunnah merupakan batu loncatan kita mengharapkan syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Percayalah, amalan sunnah itu dirasakan sesuatu yang asing kerana kita selaku Umat Islam sendiri yang menjadikannya asing. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini dapat disambut dengan penuh penghayatan dan kemeriahan selari dengan perintah Allah dan RasulNya.
Selamat Hari Raya Edul Fitri dari PCL sekeluarga.
..
SALAM,
ReplyDeleteSINGGAH. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN
betul tu pakcikLie... :) thanx for sharing
ReplyDeleteramai yg x endah bab2 cenggini..yg dia tau tayang baju walaupun menjolok mata..yg sedihnyer mak pak tgk je...
ReplyDeletepakai yang sopan2 ajer... dan semestinya tutup aurat.
ReplyDeletebetul tu...dah sopan dah,tapi baju tu dah mcm sarung nangka..
ReplyDeletetapi skang... hurmmmm...
ReplyDeletemenjawap pertanyaan PCL berkenaan template baru PCL >> ahaksss, okai je la.. kalau tuan blog rase selesa ngan penampilan baru ni, okai la jawap ye.. nanti kalau taye gee, merapu pulak gee jawap.. gittewwww... =)
bab2 decorate je yg PCL perlu mantapkan lagi. cuma as a man blogger, tak perlu nak decorate bebanyak nanti jadi cam blog org perempuan pulak.. hehe..
@Cik Gee: oh ye..patut la statik n skematik je.. haha..cool !
ReplyDeleteterima kasih berkongsi..
ReplyDeletejom join GA di sinie =>
http://siluncaimalang.blogspot.com/2011/08/first-ga-cr-perlukan-rakan-alam-maya.html